Sunday, January 12th, 2025

Al-Baqarah: 30-33… Mengapa Terkejut?

Semasa Allah memaklumkan Adam menjadi khalifah, malaikat menyuarakan perhatiannya kepada potensi makhluk ini pada melakukan kerosakan dan menumpahkan darah.

Bukankah malaikat itu yang lebih sesuai kerana mereka baik dan 100% menurut perintah?

Allah tidak menafikan risiko dan sisi pandang berkenaan.

Sebaliknya Allah kata, “Aku tahu apa yang kamu tidak tahu (mengenai potensi Adam).”

Allah mengajar.

Adam belajar.

Menghubungkan nama dengan makna.

Memproses maklumat menjadi ilmu.

Allah suruh malaikat buat macam Adam buat.

Malaikat tidak mampu.

Ilmu malaikat hanya terhad kepada apa yang Allah ajar semata-mata.

Risiko melakukan kerosakan dan menumpahkan darah memang ada, tetapi ia adalah kesan sampingan kepada potensi penuh Adam dan keturunannya sebagai makhluk yang belajar. Pembelajaran sebagai kerja akal, untuk menyokong keupayaan memilih antara baik dan buruk yang hanya diberikan kepada makhluk ini, sang manusia.

Jika manusia itu belajar dan berfikir, kerosakan dan menumpahkan darah dikurangkan manakala potensi sebenarnya diserlahkan.

Apabila kita mengoperasikan sekolah dan memilih profesyen mengajar, murid sekolah kita adalah keturunan Adam.

Bukan malaikat.

Mengapa terkejut dengan masalah perangai?

Had maksimum adalah kerosakan dan pertumpahan darah.

Seumpama memandu di lebuhraya, terkejut berjumpa dengan tol!

Mengapa terkejut?

Memang lebuhraya, hujungnya ada tol!

Kembalikan pendidikan kepada mengukuhkan pembelajaran dan keupayaan berfikir.

Dan semestinya, bukan memalaikatkan manusia.

Kerna, bukan itu formulanya Allah melantik Adam menjadi khalifah-Nya.

Hasrizal Abdul Jamil
Oulu Finland.

Yayasan Pendidikan Khalifah
Khalifah Model School
Khalifah Model School – Secondary

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam

Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan yang relevan dan efektif, kita sering mendengar pelbagai alasan untuk menolak model luar—kononnya model Finland “asing” bagi masyarakat kita, model Singapura “tidak sesuai” dengan konteks tempatan, manakala model Jepun “hanya sesuai” untuk keperluan kanak-kanak di Jepun. Namun, apabila kita meneliti dengan cermat, banyak idea-idea penting yang diketengahkan oleh sarjana Muslim terdahulu sebenarnya telah lama diamalkan secara produktif di negara-negara tersebut. Mereka tidak ambil pusing sama ada amalan itu berasal daripada cendekiawan Muslim atau bukan, atau sama ada dilabel “tempatan” atau “asing.” Sebaliknya, mereka memberi keutamaan kepada amalan yang terbukti berkesan menurut hasil kajian demi kesejahteraan proses pembelajaran kanak-kanak. Kita perlu menginsafi ego kita yang cenderung mempertahankan kelemahan dan menghiasinya dengan hujah “kita ada cara sendiri,” tanpa menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan “cara kita.” Jujurnya, jika kita mahu mengangkat jati diri sistem pendidikan sendiri, adalah lebih terhormat untuk bersikap terbuka dan menilai semula amalan yang wujud—bukannya menutup kelemahan dengan retorik lokaliti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Skip to content