Saturday, January 11th, 2025

Anak dan Gajet: Hanya Ibu Bapa Yang Mampu Membimbing

Ini adalah iskusi paling parah tentang realiti menguruskan penggunaan gajet oleh anak-anak remaja, tanpa selindung, demi memahamkan diri sendiri dan sahabat semua bahawa bukan sekolah, bukan cikgu, bukan kerajaan, tetapi mak bapak adalah pihak yang paling boleh dan perlu membimbing anak-anak menggunakan gajet, melayari internet, beraktiviti di media sosial serta game di atas talian dengan sebenar-benarnya. Asas paling utama adalah:

1. Pengetahuan ibu bapa sendiri tentang peralatan (gajet), kandungan (internet, media sosial, dan game), dan tingkah laku anak-anak. Dapatkan ilmu mengenai hal ini, dan jangan berhenti belajar.

2. Melazimi perbualan dengan anak-anak agar ibu bapa selesa melakukannya apabila berbual bukan lagi hal kasual tetapi pedagogi kritikal dalam keibubapaan.

3. Menjaga ’emotional security’ dan memilih masa yang sesuai untuk bercakap benda-benda berat ini tanpa menimbulkan peperangan dan konflik. Sabar, tangguhkan diskusi bukan di masa kejadian, tetapi ke masa aman.

4. Jaga anak sendiri, sayang mereka, dan jangan menyibuk hal anak kawan atau orang lain atau membanding-bandingkan anak-anak. Anak kita adalah yang di sini, bukan yang sinun. Elakkan cemburu kejayaan orang. Ini bukan pertandingan.

5. Doa banyak-banyak. Minta dengan Allah agar beri kita kekuataan. Kita hari ini jaga anak, seumpama susahnya macam zaman mak ayah sorok anak bawah kolong zaman Perang Jepun dahulu. ‘Bom’ zaman ini masuk ke nyawa anak ikut telefon.

Terima kasih Tuan Amin Idris atas platform, perkongsian dan edit video ini. Juga kepada Dr. Norharlina Bahar. Maaf kerana untuk topik ini saya termakan masa panjang sedikit. Hampir 15 minit.

Semoga bermanfaat, dan moga Tuhan ampunkan dosa-dosa saya atas kekurangan dalam hal ini.

Hasrizal
Naas, Ireland

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam

Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan yang relevan dan efektif, kita sering mendengar pelbagai alasan untuk menolak model luar—kononnya model Finland “asing” bagi masyarakat kita, model Singapura “tidak sesuai” dengan konteks tempatan, manakala model Jepun “hanya sesuai” untuk keperluan kanak-kanak di Jepun. Namun, apabila kita meneliti dengan cermat, banyak idea-idea penting yang diketengahkan oleh sarjana Muslim terdahulu sebenarnya telah lama diamalkan secara produktif di negara-negara tersebut. Mereka tidak ambil pusing sama ada amalan itu berasal daripada cendekiawan Muslim atau bukan, atau sama ada dilabel “tempatan” atau “asing.” Sebaliknya, mereka memberi keutamaan kepada amalan yang terbukti berkesan menurut hasil kajian demi kesejahteraan proses pembelajaran kanak-kanak. Kita perlu menginsafi ego kita yang cenderung mempertahankan kelemahan dan menghiasinya dengan hujah “kita ada cara sendiri,” tanpa menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan “cara kita.” Jujurnya, jika kita mahu mengangkat jati diri sistem pendidikan sendiri, adalah lebih terhormat untuk bersikap terbuka dan menilai semula amalan yang wujud—bukannya menutup kelemahan dengan retorik lokaliti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Skip to content