Wednesday, April 9th, 2025

Pendidikan Jalan Islah

Generasi Hilang di Depan Mata

Istilah ‘Generasi Yang Hilang’ asalnya timbul ekoran daripada laporan UNICEF pada November 2020 yang lalu. Generasi ini dianggap ‘hilang’ apabila mereka kehilangan punca, keliru dan terputus daripada rutin yang selama ini berfungsi membentuk mereka. Ini adalah satu peringatan untuk menyedarkan kita bahawa apabila persekolahan terpaksa dipindahkan ke dalam talian, ia …

Read More »

Teladan Kisah Musa Dan Khadir: Cabaran Era ‘Fragmented Knowledge’

Di dalam al-Quran, surah al-Kahf ayat 65 dan seterusnya, Allah menceritakan keazaman Musa ‘alayhi al-salam untuk belajar dengan al-Khadir (sebutan yang lebih tepat (الخَضِر) ‘alayhi al-salam, hamba Allah yang mengetahui perkara yang Musa tidak tahu. Permintaan Musa itu disambut dengan kenyataan al-Khadir bahawa Musa tidak akan mampu bersabar belajar dengannya …

Read More »

Don’t Look Up: Bencana Tatkala Kebodohan Menjajah Bumi

HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights. Sepanjang menonton filem DON’T LOOK UP ini, saya asyik teringat kepada dua pesanan. Pesanan pertama adalah pesanan Neil …

Read More »

Kenapa Tak Jadi Cikgu?

“Sukacita saudara dipelawa menghadiri temuduga…” saya membaca surat itu baris demi baris. Pulang dari perantauan, usaha memulakan kehidupan penuh cabaran. Antaranya adalah mencari pekerjaan. Surat di tangan adalah surat panggilan temuduga untuk program j-QAF. Saya mengemukakan permohonan tersebut di saat-saat akhir. Ayah Anjang mencadangkan saya memohon program berkenaan. Ustaz Anuar …

Read More »

Perjalanan Sengsara Mendidik Anak Remaja

“Mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan mahu meluangkan masa bersama supaya kita boleh sokong menyokong, hubungi saya. Kejiranan kita ada kumpulan WhatsApp khusus untuk itu” tulis Angela. Kumpulan WhatsApp kejiranan kami dibanjiri emoji gembira, lega, berterima kasih, dan ramai yang memberikan maklum balas positif kepada jemputan Angela. Ibulah… …

Read More »

Pendidikan Adalah Urusan Proses

Pendidikan adalah daerah yang mengutamakan proses, mengatasi hasil. Jika hasil yang menjadi keutamaan, mungkin saya kekal di dalam industri motivasi, dan tidak memilih terjun ke dunia pendidikan di sekolah. Semasa mengendalikan program-program motivasi, saya cuba belajar melakukannya dengan baik, namun nature program itu sendiri yang bersifat jangka pendek, menjadikan ia …

Read More »

Harapan Sumber Kekuatan Bertahan

Lelaki itu terperangkap di atas bumbung rumahnya. Air banjir semakin naik menenggelamkan sekeliling. Ikhtiar beliau adalah dengan menelefon bantuan kecemasan. “Bertahan. Jangan bimbang. Kami ada di kampung sebelah. Sejam lagi kami tiba!” kata anggota pasukan penyelamat. Walaupun sejam itu lama, tetapi sejam itu padanya ada harapan. Lelaki itu boleh mengira. …

Read More »

Krisis Fikir Yang Mengancam Survival Kita

Bermula daripada umur 60 bulan, anak-anak sudah mula meluangkan masa terbaik mereka setiap hari di sekolah. Apa yang berlaku semasa mereka di sekolah? Atau soalan yang lebih spesifik, apakah yang terjadi di dalam diri kanak-kanak semasa mereka belajar? Manusia adalah hidupan yang berfikir. Fikir itu menjadikan manusia, manusia. Akan tetapi, …

Read More »

Apabila Murid Berbohong

Sekolah kami juga mengalami masalah disiplin. Ketika berlakunya kecurian dan beberapa kejadian yang memeningkan guru, hati kami memang panas. Marah, kecewa dan baran, semua naik sekali gus. Kena sabar dan kawal diri. Kami kena ingat kepada tanggungjawab mendidik. Sama ada semasa murid baik, atau semasa mereka buat perangai. Pelajaran bukan …

Read More »