Wednesday, April 2nd, 2025

Terkini

Terkini di blog

13 Strategi Keibubapaan Untuk Anak ADHD di Bulan Ramadan

Seorang rakan menghubungi saya baru-baru ini meminta pandangan bagaimana untuk beliau menguruskan anaknya, seorang ADHD, untuk berpuasa di bulan Ramadan. Anaknya awal-awal lagi sudah menyatakan keengganannya berpuasa di bulan Ramadan. Pada usia kanak-kanak, sebelum aqil baligh, Allah belum menjadikan ibadah puasa itu wajib ke atas si anak. Justeru, puasa di …

Read More »

Gangguan Regulasi Emosi (Emotional Dysregulation)

Emotional dysregulation atau gangguan regulasi emosi adalah cabaran besar yang dihadapi oleh ramai ADHD dewasa. Seorang yang mengalaminya merasai emosi-emosi biasa orang lain (sedih, marah, gembira dan sebagainya), tetapi mereka sukar mengendalinya dengan baik. Apabila marah, mudah menjadi sangat marah dan sukar meredakan kemarahan itu. Ia bukan ‘mainan perasaan’. Sebaliknya …

Read More »

Bolehkah Murid Finnish Ketawa Dengan Jenaka Bahasa Arab?

Seorang Arab dari Jordan berjumpa dengan seorang Arab dari Sudan. Sama-sama Arab. Arab Jordan itu ingin memulakan perbualan. Beliau bertanya, “ish lownak (إيش لونك)?” Arab Sudan itu bulat matanya. Ditumbuknya Arab Jordan tersebut lalu menjawab, “aswad (أسود)!” “Kalian tahukah kenapa kejadian itu berlaku?” saya bertanya kepada murid-murid Finnish di kelas …

Read More »

Makan Tumpah Jalan Tergolek: Postural Sway dan ADHD Dewasa

Di dalam vlog kali ini saya kongsikan pengalaman hidup yang berlaku semenjak kecil apabila saya sering menjatuhkan makanan dan minuman ke baju. Kemalangan-kemalangan kecil juga sering menghantui diri hingga saya menganggap diri saya kalut (clumsy) dan tidak matang kerana cenderung kepada kemalangan (accident-prone). Namun, dek saya bukan seorang yang hiperaktif, …

Read More »

Menghargai Kejadian Otak dan Fungsi Akal

Semenjak sekian lama saya sentiasa teruja dengan kehebatan otak dan fungsi akal. Oleh kerana saya bukan daripada bidang sains, bidang agamalah medan saya meneroka keterujaan ini. Suka dengan pembelajaran yang membabitkan diskusi, debat, bertukar pendapat, kerana saya dapat rasa yang otak saya bekerja semasa belajar sebegini. Pembelajaran secara hafalan dan …

Read More »

ADHD Dan Faktor Keturunan

Mengambil kira genetik sebagai faktor penting di sebalik ADHD seseorang, mengetahui akan hal ini boleh membantu kita meningkatkan kepekaan terhadap cabaran-cabaran yang wujud di dalam keluarga sendiri, serta saudara mara. Perkara ini boleh memainkan peranan yang besar untuk melawan stigma negatif yang menyebabkan ADHD diabaikan atau dipandang remeh. Ia bukan …

Read More »

Mengantuk Semasa Memandu: Daripada OSA ke ADHD Dewasa

Masalah mengantuk semasa memandu sudah lama saya alami. Dahulukala, ia menjadi permulaan saya melakukan kesilapan dalam hidup. Saya cuba mengatasi rasa mengantuk itu dengan minum kopi, minum air bergas, dan kemudian energy drink. Akibatnya, saya menjadi pesakit diabetes. Saya juga pernah tertidur semasa memandu. Kereta yang dipandu telah merempuh belakang …

Read More »

Jangan Abaikan ADHD Sebelum Sambung Belajar Atau Kerja

Bahaya sebenarnya buat seseorang yang mengesyaki dirinya ADHD, tetapi tidak mendapatkan diagnosis rasmi dan rawatan sebelum menandatangani surat tawaran penajaan untuk sambung belajar atau menerima tawaran pekerjaan. Surat berkaitan masalah kesihatan mental tiada, stimulant andai perlu tidak diperolehi, sepanjang pengajian bertarung untuk menyiapkan tugasan dan tesis. Andai ia berakhir dengan …

Read More »

Ya’qub AS: Pendekatan Ayah Yang Terluka Hati

Selepas DIARI ABAH (2020), apakah masih ingin menulis tentang keibubapaan? Saya tiada jawapan. Semasa melihat anak-anak membesar, kita bersemangat untuk melakukan yang terbaik. Kita cuba mengendali dan menguasai perjalanan itu dengan ilmu. Saya belajar ilmu agama, belajar ilmu sains, belajar tentang masyarakat, dan berusaha memperbaiki kualiti masa dengan anak-anak, demi …

Read More »

Menulis Mengenai ADHD Dewasa Secara Terbuka

Menulis secara terbuka mengenai ADHD dewasa adalah berisiko besar. Fikiran saya ada banyak lapis mengenainya. Bermula dengan rasa malu, khuatir diperlekeh, paling takut jika orang secara rambang menganggap semua yang saya pernah cakap atau tulis dianggap tidak benar kerana saya ‘tidak betul’. Kemudian saya fikir, selama ini saya menulis dengan …

Read More »