Terkini

Terkini di blog

Reindeer Kebuluran dan Banjir Yang Menggila

Baru-baru ini, akhbar BBC melaporkan ribuan reindeer di Lapland hilang daripada ladang mereka. Reindeer ini terpaksa merayau-rayau ratusan kilometer kerana mencari sumber makanan di musim sejuk agar tidak kebuluran. Berita penuh di https://www.bbc.com/news/world-europe-59742359 Di musim sejuk, reindeer biasanya makan lichen (disebut sebagai jäkälä di dalam bahasa Finnish). Lichen ini tumbuh …

Read More »

Don’t Look Up: Bencana Tatkala Kebodohan Menjajah Bumi

Sepanjang menonton filem DON’T LOOK UP ini, saya asyik teringat kepada dua pesanan. Pesanan pertama adalah pesanan Neil Postman. Beliau kata hentikan pendidikan daripada bercita-cita secara melampau ingin memandaikan manusia, sedangkan yang lebih utama adalah menyelamatkan mereka daripada kebodohan. “Kenapa doktor dan peguam lebih berjaya dalam misinya berbanding pendidik?” tanya …

Read More »

Naratif BULI Yang Kita Normalisasikan Ia

“Kita mengajar, dia tidur!” ustaz datang ke meja saya dan cuba menconteng muka saya dengan kapur tulis. Seluruh kelas ketawa. Ketawa mereka jadi lebih besar apabila ustaz gagal menconteng apa-apa ke muka saya dek peluh. Ia kenangan paling awal yang saya boleh ingat bagaimana tertidur di dalam kelas mula menjadi …

Read More »

Wahabikah Aku?

Tempat ke-40 Wahabi di Malaysia, Hasrizal Abdul Jamil. Pernahkah anda mendapat senarai berkenaan? Senarai itu sudah lama berlegar di media sosial dan saiznya bertambah panjang dari semasa ke semasa. Jika senarai itu mahmudah, baik, berkebajikan, maka banyaklah pahala di sisi Allah orang yang menghasilkannya. Tetapi jika senarai itu mazmumah, dusta …

Read More »

Bolehkah PMS Menjadi Alasan?

Suatu ketika Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam menyuarakan pengetahuannya selepas diperlihatkan kepadanya Neraka, bahawa di dalam Neraka ada ramai perempuan. Mereka bukan masuk Neraka kerana mereka perempuan. Tetapi sama seperti lelaki, mereka masuk Neraka ekoran apa yang mereka lakukan. Sesuatu yang manusia diberi akal fikiran untuk cermat memilih tingkah laku …

Read More »

Kenapa Tak Jadi Cikgu?

“Sukacita saudara dipelawa menghadiri temuduga…” saya membaca surat itu baris demi baris. Pulang dari perantauan, usaha memulakan kehidupan penuh cabaran. Antaranya adalah mencari pekerjaan. Surat di tangan adalah surat panggilan temuduga untuk program j-QAF. Saya mengemukakan permohonan tersebut di saat-saat akhir. Ayah Anjang mencadangkan saya memohon program berkenaan. Ustaz Anuar …

Read More »

Perjalanan Sengsara Mendidik Anak Remaja

“Mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan mahu meluangkan masa bersama supaya kita boleh sokong menyokong, hubungi saya. Kejiranan kita ada kumpulan WhatsApp khusus untuk itu” tulis Angela. Kumpulan WhatsApp kejiranan kami dibanjiri emoji gembira, lega, berterima kasih, dan ramai yang memberikan maklum balas positif kepada jemputan Angela. Ibulah… …

Read More »

Kalau Rindu, Mengapa Pergi Beribu Batu

Keputusan meninggalkan tanah air bukanlah keputusan yang mudah. Gelora jiwa, Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Paling membimbangkan, adalah emak di kampung. Emak semakin uzur. Sudah lama emak tidak berupaya memasak. Ingatan pun semakin berkurang. Apabila saya suarakan hajat hati untuk menyambung pelajaran ke Finland, emak dengar tetapi emak ingat Ireland. Negeri …

Read More »

Pendidikan Adalah Urusan Proses

Pendidikan adalah daerah yang mengutamakan proses, mengatasi hasil. Jika hasil yang menjadi keutamaan, mungkin saya kekal di dalam industri motivasi, dan tidak memilih terjun ke dunia pendidikan di sekolah. Semasa mengendalikan program-program motivasi, saya cuba belajar melakukannya dengan baik, namun nature program itu sendiri yang bersifat jangka pendek, menjadikan ia …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share