Terkini

Terkini di blog

Kebuntuan Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya

Ini kelemahan terbesar saya. Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran. Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku …

Read More »

Pelancaran Produksi Teledrama CINTA SEMPURNA

Alhamdulillah. Itulah sebaik-baik kalimah untuk saya ungkapkan rasa syukur atas sempurnanya majlis Taaruf dan Taklimat Teledrama CINTA SEMPURNA, siang tadi di Hotel Shangri La Putra Jaya. Saya dan Al-Adib bergegas ke Putra Jaya selepas solat Jumaat di Masjid UKM. Kami tiba lewat 10 minit, namun lega kerana majlis belum bermula. Sempat juga …

Read More »

FITRAH: Dari Blog ke Drama TV

Saya bukan penulis skrip. Saya memang tidak pandai menulis skrip. Saya berdakwah, bekerja, mendedahkan diri kepada realiti, mengutip pelbagai cerita dari masyarakat dan saya menulis untuk mengembalikan ibrah segalanya kepada masyarakat. Tetapi saya bukan penulis skrip. Walaupun saya ada banyak cerita. “Kalau mahu belajar teknik menulis skrip, lima minit sudah …

Read More »

Terlalu Letih Untuk Mati

“Ehh… ramainya pasukan tentera!” saya terkasima. Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut kelihatan hiruk pikuk. Askar berkawal di sana sini. Saya yang baru mendarat tiba dari Amman kebingungan. “Sila buka beg anda,” tentera bersenjata itu mengarahkan saya membuka beg. Belum pernah lagi saya diperiksa sebelum keluar dari pesawat. Selalunya pemeriksaan ialah sebelum …

Read More »

Sebelum Dibius Cinta

“Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?” marah seorang lelaki kepada seketul batu yang ‘melanggar’ buah hatinya. “Oh abang, biar pun baju abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!” kata seorang girlfriend kepada boyfrriend. Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biar pun bunyinya agak luar biasa kepada manusia …

Read More »

Kemaafan Yang Kudambakan

“Allahu Akbar… Allahu Akbar…”, khatib sedang berkhutbah. Suaranya begitu bertenaga. Ketika itu, saya sedang mengusap-usap kepala Saiful Islam yang duduk bersandar di riba usai solat Sunat Aidilfitri.   Perasaan saya sedikit berkecamuk. Banyak yang bersarang, sarat di fikiran. Semenjak dua tiga hari terakhir Ramadan jiwa saya begitu resah melambai perginya …

Read More »

Biar Pun Atas Nama Anak Yatim

“Nak, beli madu ni nak. Bagus madu ni” kata pakcik di sebelah saya. “Tak apa pakcik, di rumah saya ada lagi madu belum habis. Membazir pula nanti” saya membalas dengan baik. “Jangan begitu, nak. Madu ini berkualiti tinggi dan pakcik menjualnya untuk anak yatim. Ini surat pengesahan” pakcik tersebut sedikit …

Read More »

Bercadang Untuk Tidak Berpuasa

“Ustaz, saya bercadang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan ini sebab saya terpaksa menduduki peperiksaan” kata seorang mahasiswi melalui emelnya kepada saya.   “Saya yang lemah iman tidak mungkin boleh berpuasa Ramadan ini sebab aktiviti minggu orientasi yang berat!” maklum seorang mahasiswa pula. “Saya terlalu bernafsu kuat dan sering melakukan …

Read More »

Krisis Pendidikan Seksualiti Dalam Budaya Lucah

“Sebelum Abi dengan Ummi kahwin, Yop ada dekat mana?” anak sulung saya bertanya. Usianya baru enam tahun. “Sudah besar, anak aku rupanya” hati saya terdetik. Sentiasa melihat anak-anak dengan wajah mereka tatkala di dukungan, terlupa yang mereka sudah meniti usia dewasa. “Sebelum Abi dengan Ummi kahwin, Yop duduk di tempat …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share