Saturday, April 5th, 2025

Terkini

Terkini di blog

Trend Semasa Buku ‘Healing’ Yang Merosakkan?

Semasa meneliti perbincangan mengenai segmen pembeli dan pembaca buku sekarang, perasaan saya bercampur aduk. Saya sedih memikirkan bagaimana generasi muda menjadi seperti begitu rapuh jiwanya. Kerapuhan yang menjadi lubuk pelbagai pihak memanipulasi dan buat duit.  Pelbagai produk boleh ditawarkan untuk menyembuhkan kerapuhan itu. Ia menjadi lubuk duit ‘self-help‘ yang saya …

Read More »

Cabaran Mendapatkan Tidur Yang Baik Tetapi Ada ADHD?

Selepas belajar bidang learning sciences, antara perkara terawal dan segera saya cuba buat dalam keibubapaan ialah mengawal waktu tidur anak-anak. Musuh paling besar kepada usaha ini adalah skrin; telefon, tablet dan komputer. Saya belajar betapa besarnya impak kualiti tidur. Malam waktu berehat bukan semata-mata konsep. Tetapi tubuh badan manusia, gelap …

Read More »

Moral, Sains & Agama: Kali Pertama Pulang ke Malaysia Bersama ADHD

Mengenang diskusi-diskusi mengenai ADHD semasa pulang ke Malaysia Disember 2022 yang lalu. Tanpa dirancang, salah satu topik yang banyak dibincangkan walaupun pulang dalam tempoh masa yang begitu singkat adalah ADHD. ADHD perlu difahami sainsnya sebaik mungkin melangkaui istilah ADHD itu sendiri. Usul Profesor Russell Barkley agar ADHD dinamakan sebagai EXECUTIVE …

Read More »

The Banshees of Inisherin

Saya sudah selesai menonton filem hebat THE BANSHEES OF INISHERIN ini. Filem ini mengisahkan Colm Doherty, seorang pemuzik lagu asli di sebuah pulau bernama Inisherin, tiba-tiba ‘tak nak kawan’ dengan sahabat sepanjang hayatnya, Pádraic Súilleabháin (boleh disebut sebagai ‘Patrick Sullivan’). Bagi Colm, Pádraic itu walaupun seorang yang baik dan disenangi …

Read More »

Menghargai Mesej Profesor Jasser Auda di Dublin

Seumur hidup ini kali pertama saya berpeluang mendengar dan melihat kupasan Sheikh Jasser Auda secara langsung. Jiwa rasa seperti kanak-kanak melompat girang jumpa adiwira pujaan. Namun, saya simpan diam-diam dan fokus sahaja kepada mendengar, berfikir dan memproses dapatan persidangan. Beliau adalah jemputan untuk menyampaikan ucap utama Islamic Cultural Centre of …

Read More »

Kaedah Mengurangkan ‘Campurtangan’ Kerajaan di Sekolah

Kenapa sekolah di Finland berbeza daripada sekolah di Malaysia? Ada macam-macam cara untuk jawab soalan ini. Tetapi kali ini saya ingin cuba menjawabnya dengan penerangan secara sosiologi. Secara sosiologinya, sekolah boleh berada di dalam satu daripada dua kategori (boleh ada pengkategorian yang lain juga). Sama ada sekolah itu berada di …

Read More »

Menghina si Anak Muda Kerana Mudanya Mereka

Semasa kita mahu guna anak muda, kita puji mereka sebagai ‘masa hadapan kita’. Kita buka ladang tebu untuk ditanam di bibir manis semua. Apabila anak muda tidak buat seperti yang kita harap, kita hina mereka sebagai ‘tengin’, tidak reti, buang masa, dan tidak patut diberi peranan melebihi yang sepatutnya. Ayat-ayat …

Read More »

Kuasa Perkataan: Renungan Kisah Kecemburuan Aishah r.a. Kepada Khadijah r.a

Umm al-Mu’minin Aishah radiyallāhu ‘anhā bermurah hati berkongsi dengan ummah, kisah cemburu beliau terhadap Saidatina Khadijah radiyallāhu ‘anhā. Kisah ini menuntut kita untuk terlebih dahulu meluruskan akal dan hati untuk fokus kepada iktibar yang hendak dipelajari, dan bukan membanding-banding antara dua isteri Rasulullāh ﷺ ini dan membandingkan siapa lebih baik …

Read More »

Malaskah Murid ADHD Itu?

Dalam sesi bersama Prof  Dr Harlina Halizah Siraj pagi tadi, timbul pertanyaan mengenai ‘malas’ dan hubungkaitnya antara moral (perangai malas) dan biologi manusia (impairment ADHD misalnya). Saya ambil peluang berkongsi, bagaimana sepanjang perjalanan pengajian saya pasca persekolahan, saya rasa saya tidak malas. Saya membaca ketika orang lain tidur, mengkaji ketika tiada orang …

Read More »