Saturday, January 11th, 2025

Mä Oon Rizal: Travelog Cikgu Malaysia di Finland

BLURB Mä Oon Rizal

Mendengar suara hati di negeri salji meskipun sunyi bukanlah mudah.

“Hasrizal, kamu lahir pada zaman yang salah dan menginginkan sesuatu yang tiada pada realiti hari ini. Mungkin lama selepas kamu tiada nanti, barulah kamu akan difahami!”

Kata-katanya itu membuatkan saya termenung saban hari.

Lazimnya, saya menulis dalam keadaan saya tahu daripada apa sesuatu bermula, dan di mana noktah akhir yang disasarkan sebagai perhentian. Jelas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki namun, kembara di sebuah negeri salji bernama Finland ini penuh onak dan duri.

Sebanyak mana pun ia saya ungkapkan dalam bab demi bab, ungkapan itu hanyalah menceritakan sebahagian daripada apa yang saya mampu ceritakan untuk teladan bersama. Seumpama puncak sebongkah ais yang terapung di sepi Artik, apa yang dilihat mata, hanyalah satu persepuluh daripada keseluruhan bongkah ais yang terendam menurut Undang-undang Apungan Archimedes.

Saya hidup dengan persoalan.

Persoalan mendorong saya berjalan.

Perjalanan yang saya coret dalam naskhah ini, tujuannya agar sepi di negeri asing ini tersimpan erat dalam kenangan.

Dapatkan naskhah anda di capaian berikut:

PEMBELIAN NASKHAH MÄ OON RIZAL https://jtbooks.onpay.my/order/form/JTMAOON/Hasrizal

PEMBELIAN BUKU-BUKU BERKUALITI PENERBITAN JEJAK TARBIAH https://jtbooks.onpay.my/order/form/SEJT/Hasrizal

PEMBELIAN BUKU-BUKU BERKUALITI PENERBITAN LAIN DI JEJAK TARBIAH https://jtbooks.onpay.my/order/form/SELAINJT/Hasrizal

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam

Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan yang relevan dan efektif, kita sering mendengar pelbagai alasan untuk menolak model luar—kononnya model Finland “asing” bagi masyarakat kita, model Singapura “tidak sesuai” dengan konteks tempatan, manakala model Jepun “hanya sesuai” untuk keperluan kanak-kanak di Jepun. Namun, apabila kita meneliti dengan cermat, banyak idea-idea penting yang diketengahkan oleh sarjana Muslim terdahulu sebenarnya telah lama diamalkan secara produktif di negara-negara tersebut. Mereka tidak ambil pusing sama ada amalan itu berasal daripada cendekiawan Muslim atau bukan, atau sama ada dilabel “tempatan” atau “asing.” Sebaliknya, mereka memberi keutamaan kepada amalan yang terbukti berkesan menurut hasil kajian demi kesejahteraan proses pembelajaran kanak-kanak. Kita perlu menginsafi ego kita yang cenderung mempertahankan kelemahan dan menghiasinya dengan hujah “kita ada cara sendiri,” tanpa menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan “cara kita.” Jujurnya, jika kita mahu mengangkat jati diri sistem pendidikan sendiri, adalah lebih terhormat untuk bersikap terbuka dan menilai semula amalan yang wujud—bukannya menutup kelemahan dengan retorik lokaliti.

2 comments

  1. Menunggu versi e-book 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Skip to content