April, 2018

  • 23 April

    Mengajak Sokong Secara Paksa

    Tak nak! Tak nak! Seorang elaki mendapat petua bahawa minyak ikan bagus untuk anjing kesayangannya. Maka setiap hari, beliau akan mengepit anjing itu di celah kakinya, membuka mulut anjing tersebut untuk memasukkan sesudu minyak ikan yang berkhasiat berkenaan. Anjing itu meronta-ronta. Selalunya lelaki berkenaan berjaya. Satu hari, rotaan anjing itu …

  • 21 April

    Ketakutan Terhadap Ancaman Cina dan DAP?

    Ada beberapa mesej yang diajukan kepada saya menyatakan kebimbangan tentang jumlah kerusi kaum Cina atau non Muslim. Susah sebenarnya saya hendak jawab soalan ini sebab saya tidak faham di mana logiknya. Negara kita ada perlembagaan, yang menjamin hak istimewa orang Melayu hingga secara realistiknya ancaman ke atas hak-hak berkenaan mustahil …

  • 19 April

    Ada Sinar di Hujung Terowong

    Dalam beberapa hari ini, trafik blog saya menjadi tinggi dan sesekali tersangkut. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berkongsi pandangan, menyokong dan tidak menyokong. Ia bukanlah tujuan saya menulis kerana saya tidak berhajatkan kepada sokongan. Saya tidak bertanding, dan tiada apa-apa kepentingan. Saya hanya menulis kerana saya mahu menjelaskan fikiran saya mengenai situasi semasa. …

  • 18 April

    Tiga Keputusan Antara Yang Senang Dengan Yang Susah

    Di blog ini, apabila saya bahasakan diri saya sebagai saya, saya hanyalah diri ini yang terbatas pada setakat apa yang dia tahu, apa yang dia alami dan apa yang dia fikirkan mengenainya. Catatan peribadi di sini, biar pun terbuka untuk bacaan umum, ia adalah jurnal peribadi. Ia tidak bermaksud sama …

  • 16 April

    PRU14: Mengalahkan Sebuah ‘Kemustahilan’

    Apakah yang telah berubah? Banyak yang telah berubah. Saya berada jauh. Ia tidak memungkinkan saya membuat dakwaan. Ia akan menjadi andaian, malah andaian dari jauh. Apa yang boleh saya ungkapkan adalah mengenai perubahan yang terjadi di dalam diri saya sendiri. Kemudian, disokong oleh interaksi dengan sebahagian sahabat yang masih bertukar khabar berita …

  • 10 April

    Cikgu Malaysia di Perkampungan Artik

    Sudah tiga kali saya mengisi program Erasmus in Schools selama berada di Finland ini. Ia adalah program kesukarelawanan yang dikendalikan oleh Finnish National Agency for Education untuk memberi peluang kepada pelajar antarabangsa melawat sekolah-sekolah Finnish, berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran, sambil berpeluang mengenali sistem pendidikan Finland dan budaya tempatan secara hands on. Kali …

  • 8 April

    Sikap Kita Terhadap Pelarian dan Pencari Suaka (Asylum Seekers)

    “Rizal, saya tidak dapat membayangkan bagaimana pelarian boleh hidup sedemikian rupa di Malaysia!” kata rakan saya. Petang itu saya bersama beliau dan kira-kira lima orang lain sukarelawan, mengendalikan kelab mingguan kami bersama anak-anak asylum seekers di kem mereka. “Oh, kenapa kamu kata begitu? Ada sesuatu yang berlaku ke?” saya bertanya. “Saya …

March, 2018

  • 21 March

    Ancaman Kasih Sayang Ibu Bapa Sendiri Kepada Anak

    Semasa kami sekeluarga baru tiba di Finland, saya membawa keluarga ke pawagam Finnkino untuk menonton filem “Fantastic Beasts and Where to Find Them”. Tiket dibeli menggunakan aplikasi di telefon secara atas talian. Ia adalah kali pertama kami ke pawagam di Finland. Di Finland, menonton di pawagam bukanlah aktiviti yang sangat popular, …

  • 18 March

    Startup Weekend: Perjalanan Idea ke Hasil Cipta

    Program Startup kali ini berbeza sedikit berbanding acara yang pernah saya sertai sebelum ini, seperti Demola. Bezanya, Startup Weekend yang dianjurkan oleh Techstars di seluruh dunia ini, berlangsung hanya selama 54 jam, iaitu bermula petang Jumaat hingga lewat Ahad petang, secara intensif. Ia adalah sebuah perjalanan yang padat untuk sebuah proses ideation to creation. Saya asalnya masih …

  • 14 March

    Mengenang Stephen Hawking di Daerah ‘La Ilaha’ Ini

    14 Mac 1879 dunia menyambut kehadiran Albert Einstein. 14 Mac 2018, kita melambai pemergian Stephen Hawking. Beliau pergi, meneruskan perjalanannya bersama masa, di luar semua dimensi yang sudah pernah diterokai, dan ditandakan dengan nombor sebagai bahasa penerangan. Pada tarikh berkenaan, saya duduk bersama anak-anak menonton kembali filem The Theory of …

RSS
Follow by Email
Twitter
Youtube
Instagram
LinkedIn