February, 2018

  • 20 February

    Pelaburan Masa Untuk Memupuk Budaya Fikir

    “Siapa nama nursing mom kepada Prophet Muhammad, abi?” anak saya bertanya. “You know the answer. You knew the answer.” saya jawab. “But I don’t understand what is the meaning of this nursing mom thing!” balasnya. “What do you understand about the word ‘nurse’?” saya menyoal lagi. “Alaaa, abi jawab aje la!” …

  • 20 February

    Beragama Dengan Akal Yang Sakit

    Sekitar tahun 2008-2012 saya cuba wacanakan topik buku Apa Erti Saya Menganut Islam. Isi kandungan utama modul tersebut ialah membetulkan cara fikir Muslim, memposisikan dengan baik di mana Sunnatullah dan di mana Syariatullah, mengharmonikan usaha dengan tawakkal. Biar pun kursus itu sering dikategorikan sebagai kursus motivasi, saya menganggap sesuatu yang …

  • 6 February

    3 Jam Mencanai Idea Pendidikan Bersama Roger Osorio

    Anda boleh mengikuti perkongsian Roger Osorio di https://www.rogerosoriolearning.com/ Banyak masalah yang wujud di dalam pendidikan hari ini, adalah berkaitan dengan pembelajaran. Ia adalah komponen penting di dalam pendidikan, melebihi persoalan mengajar, dan pentadbiran pendidikan, walaupun semuanya saling memerlukan lagi melengkapkan satu sama lain. Justeru, saya rasa banyak ilmu teras yang dipelajari di …

  • 1 February

    Tragedi M Vasanthapiriya: Merenung Kembali Pendekatan Disiplin Kita

    KISAH BATU BERLAGA AIR “Marah itu kalah!” petik seorang peserta program KEM HIJRI suatu ketika dahulu. Mungkin beliau terkesan dengan cerita yang saya kongsi semasa program, mengapa kami tidak berjaya dijadikan marah oleh pelbagai kerenah peserta. Bukan tidak marah. Degil, berbohong, khianat, biadab. Mustahil sebagai manusia biasa, kami tidak marah. …

January, 2018

  • 18 January

    Pelayaran Mengenal Fungsi Diri

    “Ustaz, sampai sekarang saya masih belum nampak saya ini sebenarnya Allah cipta untuk buat kerja apa?” tanya Imad. Salah seorang anak muda yang hadir ke Kuliah Maghrib di KTDI sebentar tadi. “Maksudnya?” saya menyoal kembali. “Saya sudah di hujung pengajian perubatan. Belum ada kepastian kelebihan dan kecenderungan saya di mana” …

  • 16 January

    Tragedi Kerusi Terbang: Kejutan Budaya di Tanah Air Sendiri

    Semasa saya dan kawan-kawan bersiap sedia untuk berlepas meninggalkan Malaysia buat pertama kali di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Subang, pada 15 September 1993, pegawai penaja berpesan, “di negeri orang nanti, berhati-hati. Jangan pula terkena kejutan budaya!” Kejutan budaya? Saya tidak faham sebenarnya bagaimana rupa kejutan budaya itu. Tetapi …

  • 15 January

    Bantulah Kami Membalas Kejahatan Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik

    Membalas kejahatan dengan kebaikan, dengan sesuatu yang lebih baik, bukanlah sesuatu yang mudah. Rasional fikiran kita memberitahu kejahatan itu mesti dikalahkan, dan tidak boleh diberi muka. Semangat untuk membanteras kejahatan itu, sering menyebabkan kita memilih jalan yang sama jahat, malah terkadang dengan cara yang lebih jahat. Kita memberanakkan kejahatan daripada kejahatan. Ia …

  • 8 January

    Diriku, Agama Dan Tanahair Tercinta

    Saya sudah lama tidak mencoret apa-apa tentang politik Malaysia. Sama ada kerana saya sedang berada jauh dari tanah air, atau kehilangan ‘faham’ tentang apa yang berlaku, kedua-duanya memberi maksud diam itu lebih baik daripada berkata-kata. Hanya memerhati, dan berbual dengan anak-anak tentang apa yang berlaku di tanah air, apa politiknya sehingga …

  • 6 January

    Membina Sempadan Minda dan Bahasa Dengan Video Logan Paul

    Lama kami berbual malam ini tentang Logan Paul dan video kontroversinya. Sebelum ini saya  sudah berulang kali mengingatkan anak-anak, bahawa saya tidak berkenan dengan hobi mereka menonton video-video Logan Paul, dan yang seumpama dengannya. Sebelum meninggalkan Malaysia, nasihat yang sama saya berikan kepada mereka tentang kecenderungan melayan video Luqman Podolski. Memang sekali …

December, 2017

  • 30 December

    Arkangel di Netflix: Teknologi Membantu ‘Mengawal’ Anak, Sepenuhnya!

    Salah satu perkara teras di dalam pembelajaran kami di dalam program LET di Finland ini​ ialah teknologi tidak mengawal tingkah laku manusia, sebaliknya keperluan manusialah yang membimbing bagaimana teknologi direka bentuk dan digunakan di dalam kehidupan. Menonton episod Arkangle (tulisan Charlie Brooker dan arahan Jodie Foster) di dalam musim baru …

RSS
Follow by Email
Twitter
Youtube
Instagram
LinkedIn