March, 2013

  • 7 March

    11. Saya Bukan Pakar, Saya Pelajar

    Bersama Prof Dr Redzuan Othman, yang selayaknya seorang Pakar   Di dalam masyarakat kita, orang yang menulis atau berbicara tentang satu-satu subjek, pantas diangkat menjadi PAKAR di dalam subjek tersebut. Saya menulis tiga buah buku bertemakan kekeluargaan, saya dianggap pakar subjek kekeluargaan. Kadang-kadang disebut juga sebagai pakar cinta. Ia adalah …

  • 5 March

    10. Kritikan Bukan Menjatuhkan

    ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 5 MAC 2013 Saya menerima banyak saranan yang mencadangkan agar kritikan saya terhadap novel karya Ayahanda Pak Latip dilakukan secara senyap-senyap lagi tertutup. Alasan yang diberikan, saya rumuskan kepada dua: Ia mengaibkan. Ia mengelirukan. Pembaca sudah tidak pasti adakah buku-buku berkenaan patut dibeli dan dibaca atau bagaimana. …

  • 4 March

    09. Peranan Editor Buku

    ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 4 MAC 2013 Keresahan yang timbul semasa saya melontarkan kritikan kepada novel-novel karya Ayahanda Pak Latip, andai boleh dimanfaatkan, turut memberikan beberapa penekanan kepada peranan editor. Editor adalah pihak yang meneliti naskhah yang dihantar oleh penulis untuk dinilai, diterima dengan pembetulan atau ditolak. Jika lazimnya aspek yang …

  • 3 March

    08. Berusaha Adil Walaupun Kepada Ataturk

    Walaupun kisah Atatürk selepas matinya tidak diterima bumi sangat meluas diperkatakan, malah saya juga mendengar kisah itu daripada pakcik-pakcik tua di Turki, namun disebabkan oleh saya tidak pernah bertemu dengan bukti bertulis yang bolehdipercayai mengenai hal ini, saya tidak mencatatnya di buku, dan sudah lama tidak menyebutnya di dalam ceramah. …

  • 3 March

    07. Jangan Simpan Dendam

    ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 2 MAC 2013: Saya berusaha untuk mengenepikan semua bentuk ekspresi emosi sama ada berbentuk marah, kecewa, jauh sekali sifat cemburu atau iri hati (naudhubillah) semasa mengemukakan kritikan terhadap novel karya Ayahanda Abdul Latip Talip, HIJRAH. Termasuk juga emosi malu dan dilihat jahat oleh pihak yang tidak bersetuju, …

  • 3 March

    06. Sebelum Penulis Menulis

    ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 2 MAC 2013: (kredit foto haidatul-territory.blogspot.com) Apabila seorang artis berhijrah, bertaubat dan mahu mengubah kehidupannya, dia berhadapan dengan kesulitan besar apabila karya-karya seninya yang terdahulu, bukan miliknya untuk dengan mudah ditarik balik. Mungkin sudah bertudung, tetapi imej-imej tidak bertudung yang tersebar, tidak berada dalam upayanya untuk dicegah …

  • 2 March

    05. Novel Sejarah Dan Konflik Asbab al-Nuzul

    Novel Sejarah karya Ayahanda Abdul Latip Talip turut dianalisa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Shahrizal Nasir daripada UNISZA daripada sisi penisbahan ayat-ayat al-Quran kepada peristiwa secara tidak tepat dan mengganggu kefahaman tentang Asbab al-Nuzul ayat al-Quran. [Klik Untuk Mendapatkan Salinan Kajian Berkenaan] Agak janggal apabila sebuah novel dikarang tanpa meraikan disiplin akademik …

  • 2 March

    04. Qaulan Sadida: Kritikan Dalam Gelanggang Akhlaq

    ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 1 MAC 2013: Kita perlu belajar untuk memberi pandangan dengan amanah, tenang, jujur serta kuat berpegang dengan akhlaq Islam, pada memilih perkataan yang benar adabnya. Barulah kita terdidik untuk menjadi masyarakat yang berpeadaban tinggi. Saya cuba sedaya upaya untuk menyampaikan pandangan saya tentang novel fiksyen sejarah, industri motivasi …

  • 1 March

    03. Teknik Penulisan ‘Pemungkin’ Novel Sejarah Dihasilkan

    ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 1 MAC 2013: Saya mengikuti kursus penulisan anjuran PTS pada tahun 2005 di Taman Permata, KL. Saya belajar dengan sifu penulisan saya Puan Ainon, teknik menyampaikan agama melalui cerita. Sampaikan agama melalui cerita, menjadi tema saya di blog www.saifulislam.com semenjak itu dan dengan teknik yang sama jugalah terhasilnya buku …

  • 1 March

    02. Kritikan Bukan Tuduhan

    Petikan Sirah Ibnu Hisyam pada bahagian Islamnya Khadijah radhiyallahu anha ENTRI Facebook bertarikh 1 mac 2013: Kritikan saya kepada novel Hijrah karya Ayahanda Pak Latip, bukan TUDUHAN. Penuduh adalah ahli maksiat yang melakukan permusuhan dengan motif yang dicela oleh Allah. Supaya dapat difahami oleh sahabat yang mengikuti wacana ini, saya …

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share