January, 2010

  • 31 January

    Jangan Sekadar Syurga Dunia

    “Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda. “Mungkin tidak patut saya menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya. Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak. “Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya. “Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan. …

  • 14 January

    Pecah Kaca Pecah Gelas, Rosak Bahasa Nak Baca Pun Malas

    Reading a postcard by the window. “Ust, sy cdgkan spy ut tulis artikel ttg Badi’zman Said Annursi!” emel seorang pembaca kepada saya. “Sy harap ust dpt update blog ust dgn lbh krp lagi sbb hari2 sy buka n baca. Just 4 ur info!” tulis seorang pembaca di shoutbox blog saya. Emel dan komen di blog dengan bahasa (ejaan) sedemikian rupa semakin menjadi-jadi. Malah ejaan cacat seperti itu …

  • 3 January

    Metode Khalifah Laskar Pelangiku

    “Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?” saya melontarkan soalan kepada seorang teman. Wajahnya berubah sedikit. Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj. Fitnah …

September, 2009

  • 24 September

    Min al-‘Āidīn wa al-Fāizīn: Slogan Kemenangan Mendamba Kepulangan

    Selamat hari lebaranMin al-‘Āidīn wa al-FāizīnMari bersalam-salamanSaling bermaaf-maafanIkhlaskanlah diri muSucikanlah hati muSebulan berpuasaJalankan perintah agamaSelamat hari lebaranMin al-‘Āidīn wa al-FāizīnMari mengucapkan syukurKe hadirat IllahiKita berkumpul semuaBersama sanak saudaraTak lupa kawan semuaJumpa di hari bahagiaSelamat hari lebaranMin al-‘Āidīn wa al-Fāizīn Lagu ini berkumandang bersama puluhan lagi koleksi lagu raya, yang saya …

  • 23 September

    Petanda Kasih di Bulan Syawwal

    “Bedah, abah dengan emak nak ke surau. Kalau hujan nanti, angkat jemuran ni ya. Jangan lupa!” jerit Haji Ahmad dari kereta. Bedah mengangguk-angguk sambik tersenyum mengunci pagar. Kilat berdentum di langit, tanda beratnya awan menanggung kemungkinan. Selesai sahaja kuliah zohor dan solat berjemaah, Haji Ahmad dan isteri balik ke rumah. …

  • 7 September

    Lupa Tuhan Lantas Lupa Diri

    “Beli 1 dapat 10!!!” sehelai kain bidang dibentang seluas-luasnya. Bukan hanya kain bidang, malah semua orang memperkatakannya. “Talk of the town” kata orang putih. Sebuah pasar raya membuat tawaran yang amat hebat. Bertaraf mega, bahawa apa sahaja barang yang dibeli di pasar raya itu, belian 1 akan diberi 10. Bukan sahaja …

  • 5 September

    Selamatkan Uda Dan Dara Dengan Hikmah Puasa

    “Ustaz, rasanya saya ni memang dah sampai ke tahap wajib untuk kahwin,” kata seorang mahasiswa. “Kalaulah anta juga sudah memang sampai tahap wajib berjihad!” saya mengusik. “Err…” beliau kebingungan. “Ana gurau je. Apa yang membawa anta berjaya sampai ke tahap wajib kahwin ni?” saya mengajak beliau kepada diskusi. “Ye lah, …

  • 4 September

    Separuh Masa Kedua Piala Taqwa

    “Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183] Sahabat, Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadan ini seperti …

  • 3 September

    Selamatkan Rumahtangga Dengan Hikmah Puasa

    “Ya Allah, susah sangat ke nak picit ubat gigi ni elok-elok?” rengus si suami. Geram melihat tiub ubat giginya penyek-penyek dipicit isteri. Dia memicit ubat gigi itu dengan tertib, dari bawah ke atas. Kemas. Si isteri pula memicit sesuka hati. Setiap pagi kerja si suami ialah membetul dan mengemaskan tiub …

August, 2009

  • 6 August

    Andai Kau Tahu

    “Assalamualaikum Ustaz” saya memberi salam sambil mengetuk pintu. “Wa alaikum al-Salaam wa Rahmatullaah wa Barakaatuh” jawab Ustaz Zamri, Pengetua sekolah. Salam sentiasa beliau jawab dengan ungkapan penuh, teladan buat anak-anak muridnya. Saya resah melihat wajah Ustaz Zamri yang cemas. Sudah hampir 6 tahun saya duduk di bawah didikannya. Air muka …