Palestin: Peperangan Propaganda dan Suluhan al-Quran

Isu Palestin ni lain macam sikit.

Ia direkodkan oleh al-Quran secara ‘past, present and future‘, khususnya di dalam surah al-Isra’. 

Allah SWT mengatakan bahawa Yahudi telah termaktub di sisi-Nya melakukan dua kerosakan besar.

Kerosakan pertama ialah di zaman Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam. Ia diselesaikan dengan pengusiran mereka dari Jazirah Arab semasa Perang Khaibar, dan disempurnakan di zaman Umar apabila Palestin menjadi wilayah Islam.

Kerosakan kedua adalah di masa hadapan, iaitu sekarang. Pasca WW1.

Ciri utama era kerosakan yang dibuat oleh Yahudi pada pusingan kedua mereka ini ialah, “kekuatan mereka dipanjangkan dari luar dalam bentuk kewangan dan penyokong”.

Di sinilah letaknya peranan Amerika Syarikat, dan sekutunya pada menjaga kepentingan Zionis di Palestin.

Keupayaan USA berterusan menyokong Zionis ini adalah melalui propaganda. Ia amat halus, sistemik, akademik, dan bersaiz gergasi. Sebab itu peperangan di Palestin sekarang mesti dibantu dengan memahamkan umat Islam akan kepentingan mengetahui cara propaganda ini dibuat.

Kemenangan mutlak dalam pusingan kali ini, hanya akan terjadi apabila umat Islam, bukan hanya di Palestin, tetapi seluruhnya, kembali kepada Islam yang sebenar.

“Jika kamu pulang, Kami akan pulang (membantu kamu)” janji Allah.

Saya kongsikan beberapa catatan silam mengenai hal ini dari blog saifulislam.com:

1. Al-Isra’ wa al-Mi’raj: Palestin Dalam Suluhan Surah al-Isra’ https://saifulislam.com/2014/05/al-isra-wa-al-miraj-palestin-dalam-suluhan-surah-al-isra/

2. Palestin Memanggil Muslim Kembali Kepada Islam https://saifulislam.com/2014/07/palestin-antara-ilusi-dengan-realiti/

3. Palestin: Antara Masa Depan Mereka dan Masa Depan Kita https://saifulislam.com/2014/07/palestin-antara-masa-depan-mereka-dan-masa-depan-kita/

4. Mendidik Anak-anak Tentang Isu Palestin https://saifulislam.com/2014/07/mendidik-anak-anak-tentang-isu-palestin/

5. Belfast Tidak Pernah Melupakan Palestin https://saifulislam.com/2014/07/belfast-tidak-pernah-melupakan-palestin/

6. Orientalists: The Fishy Experts https://saifulislam.com/2007/03/orientalists-the-fishy-experts/

7. Membantu Palestin: Selut Desa Dan Asap Kota Sebelum Debu Gaza https://saifulislam.com/2014/07/membantu-palestin-selut-desa-dan-asap-kota-sebelum-debu-gaza/

8. Seruan Prihatin Palestin Tanpa Sindiran https://saifulislam.com/2014/07/seruan-prihatin-palestin-tanpa-sindiran/

Semoga bermanfaat.

Semoga Allah memberi kekuatan dan keselamatan kepada saudara-saudara kita di Palestin dan memusnahkan kekuatan Zionis serta konco-konconya sejagat.

Hasrizal
Naas, Ireland

About Hasrizal

Hasrizal is an educator, author, and advocate specialising in inclusive education situated between policy formulation and learning design. The author of 30 books, his is now based in Naas, Co. Kildare, Ireland.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.