Salahkan Anak Kakak Makcik Sendiri

Saya menulis di Facebook (3 Januari 2025):

Kejahilan memang penyakit.

Kita hanya biasa dengan satu dua hadis mengenai ‘fitrah’, lalu kita bercakap mengenai fitrah, kita buat macam-macam konsep, bebelkan orang lain kalau tidak kena dengan kefahaman kita, dan kita dikenali ramai, malah dirujuk, hingga sukar menyedari, menginsafi, dan merawat kejahilan. Walhal hadis mengenai fitrah itu ada banyak, ada pelbagai dimensi, memerlukan pembelajaran berterusan.

Kita hanya tahu Umar r.a itu garang dan keras orangnya. Lalu kita meleret-leret mengembangkan konsep garang, kasar dan keras dalam Islam, beralasankan Umar. Malah tanpa segan silu merasakan diri adalah Umar di dalam organisasi sebab dikenali ramai sebagai garang lagi ditakuti. Walhal kita belum meneliti riwayat hidup Umar, apa punca beliau garang, apa pula ulasan Umar sendiri terhadap karakter garangnya itu, sama ada beliau gembira dan berbangga dengannya, atau ada idea yang berbeza. Kita tidak meneliti implikasi garangnya Umar kepada polisi di zamannya, dan apa yang perlu dijadikan teladan serta sempadan. Semua itu perlukan pembelajaran berterusan.

Kejahilan adalah penyakit.Kebodohan bukan perkara yang memalukan atau mengaibkan. Kita dilahirkan memang tidak tahu apa-apa. Ia titik mula perjalanan kita semua. Tetapi kebodohan menjadi kejahilan yang memalukan, mengaibkan, dicela Allah dan Rasul-Nya, apabila kita gagal mengenalpasti sempadan bodoh diri masing-masing di mana. Ia disusuli dengan kegagalan menghormati sempadan berkenaan. Dilengkapkan pula dengan kegelojohan berkata-kata. Akhirnya disempurnakan oleh kebodohan yang diangkat menjadi angsa emas, membina rasa sombong, memandang rendah orang lain dan meremehkan kebenaran.

Kita tidak pernah terlambat untuk insaf dan berubah.

Kecuali yang ingkar.

“Setiap umatku masuk Syurga, kecuali yang tidak sudi. Siapakah yang tidak sudi itu, wahai Rasulullah? Sesiapa yang mentaatiku masuk Syurga. Mereka yang ingkar, itulah yang tidak sudi!”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hantaran asal boleh dilihat di sini:

Seorang pembaca menegur tulisan saya itu sebagai “mengomel tanpa arah”. Beliau membacanya melalui perkongsian sahabat lain di halamannya.

Katanya:

𝑀𝑒𝑛𝑔𝑜𝑚𝑒𝑙 𝑡𝑎𝑛𝑝𝑎 𝑎𝑟𝑎ℎ?

𝐵𝑒𝑟𝑚𝑢𝑙𝑎 𝑑𝑔𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑒𝑛𝑡𝑢ℎ 𝑖𝑠𝑢 𝑘𝑒𝑗𝑎ℎ𝑖𝑙𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑘𝑒𝑙𝑖𝑟𝑢𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑠𝑦𝑎𝑟𝑎𝑘𝑎𝑡 𝑑𝑙𝑚 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑛𝑎𝑙𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑠𝑜𝑛𝑎𝑙𝑖𝑡𝑖 𝑈𝑚𝑎𝑟 𝑎𝑙 𝐾ℎ𝑎𝑡𝑡𝑎𝑏 𝑟𝑎 𝑦𝑔 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟?

𝐾𝑒𝑚𝑢𝑑𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑢𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑒𝑏𝑢𝑡 𝑡𝑡𝑔 𝐾𝑒𝑗𝑎ℎ𝑖𝑙𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑏𝑜𝑑𝑜ℎ𝑎𝑛 𝑑𝑔𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑦𝑎𝑘𝑖𝑡?

𝑆𝑒𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑎𝑟𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎 𝑖𝑛𝑠𝑎𝑓.

𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟𝑖 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑑𝑖𝑡ℎ 𝑡𝑡𝑔 𝑔𝑜𝑙𝑜𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑖𝑛𝑔𝑗𝑎𝑟.

𝑒𝑛𝑡𝑎ℎ 𝑎𝑝𝑎 𝑓𝑜𝑘𝑢𝑠 𝑝𝑒𝑛𝑢𝑙𝑖𝑠.

𝑛𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑒𝑙𝑎𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑡𝑔 𝑘𝑒𝑝𝑒𝑟𝑖𝑏𝑎𝑑𝑖𝑎𝑛 𝑈𝑚𝑎𝑟 𝑎𝑙 𝐾ℎ𝑎𝑡𝑡𝑎𝑏?

𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑙𝑢ℎ 𝑡𝑡𝑔 𝑘𝑒𝑏𝑜𝑑𝑜ℎ𝑎𝑛?

𝐺𝑜𝑙𝑜𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑦𝑔 𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑟?

𝑡𝑎𝑘 𝑦𝑎ℎ 𝑠ℎ𝑎𝑟𝑒 𝑝𝑎𝑛𝑑𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑦𝑔 𝑐𝑒𝑙𝑎𝑟𝑢 𝑚𝑐𝑚 𝑛𝑖 𝑡𝑢𝑎𝑛.

Saya selalu melihat komen sebegini di media sosial. Saya juga menjadi sasaran komen sebegini dari semasa ke semasa. Ia menjadi penyakit yang membarah di dalam masyarakat, mengurangkan nilai dan kualiti pembelajaran umat, walaupun internet hari ini kaya dengan sumber pengetahuan. Saya fikir, ada pelajaran yang boleh kita manfaatkan semasa menekuni senario sikap seperti ini. Saya sampaikan kepada beliau:

𝑆𝑎𝑦𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑎𝑠𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑘𝑢𝑖 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑤𝑎 𝑡𝑢𝑙𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑙𝑒𝑚𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑑𝑖𝑡𝑢𝑙𝑖𝑠 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑎𝑛𝑓𝑎𝑎𝑡 𝑟𝑎𝑚𝑎𝑖. 𝑇𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑎𝑛𝑓𝑎𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎, 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑡𝑎𝑘 𝑓𝑎ℎ𝑎𝑚 𝑡𝑢𝑙𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔, 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑘𝑒𝑐𝑎𝑚 𝑝𝑒𝑛𝑢𝑙𝑖𝑠 𝑑𝑎𝑛 𝑐𝑎𝑘𝑎𝑝 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑡𝑢𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑎ℎ *** 𝑗𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑛𝑔𝑠𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑢𝑙𝑖𝑠𝑎𝑛-𝑡𝑢𝑙𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑝𝑎 𝑎𝑟𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑔𝑖𝑛𝑖, 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑝𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑓𝑖𝑘𝑖𝑟 𝑠𝑒𝑗𝑒𝑛𝑎𝑘, “𝑘𝑒𝑛𝑎𝑝𝑎 𝑟𝑎𝑚𝑎𝑖 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑎𝑖𝑛 𝑓𝑎ℎ𝑎𝑚 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑎𝑘𝑢 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑓𝑎ℎ𝑎𝑚? 𝑀𝑢𝑛𝑔𝑘𝑖𝑛𝑘𝑎ℎ 𝑎𝑘𝑢 𝑠𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑏𝑎𝑐𝑎, 𝑎𝑑𝑎 𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑏𝑎𝑐𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢 𝑎𝑘𝑢 𝑝𝑒𝑟𝑏𝑎𝑖𝑘𝑖?” 𝑌𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑢𝑙𝑖𝑠 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑝𝑒𝑟𝑏𝑎𝑖𝑘𝑖 𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑢𝑙𝑖𝑠. 𝑌𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑐𝑎 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑝𝑒𝑟𝑏𝑎𝑖𝑘𝑖 𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑐𝑎. 𝑆𝑎𝑚𝑎-𝑠𝑎𝑚𝑎 𝑏𝑒𝑙𝑎𝑗𝑎𝑟.

Tetapi saranan saya tidak diterima.

Saya cuba jelaskan lagi:

𝐷𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑡𝑢𝑙𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑖𝑡𝑢 𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑢𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑟𝑎. 𝐾𝑒𝑑𝑢𝑎-𝑑𝑢𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑐𝑜𝑛𝑡𝑜ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑖𝑡𝑢 𝑘𝑒𝑑𝑢𝑎-𝑑𝑢𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑠𝑒𝑛𝑡𝑢ℎ 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑟𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑠 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑏 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑜𝑝𝑖𝑘 𝑢𝑡𝑎𝑚𝑎.

𝐶𝑜𝑛𝑡𝑜ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ:

1. 𝑆𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑓𝑎ℎ𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑛𝑎𝑖 𝑚𝑎𝑘𝑛𝑎 𝐹𝐼𝑇𝑅𝐴𝐻 𝑑𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑠𝑢𝑛𝑛𝑎ℎ.

2. 𝑆𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑓𝑎ℎ𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑛𝑎𝑖 𝑈𝑀𝐴𝑅 𝐵𝐼𝑁 𝐴𝐿-𝐾𝐻𝐴𝑇𝑇𝐴𝐵 𝑟.𝑎.

𝑃𝑢𝑛𝑐𝑎 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑠𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑓𝑎ℎ𝑎𝑚 𝑖𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑜𝑝𝑖𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟 𝑡𝑢𝑙𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑖𝑎𝑖𝑡𝑢 𝐾𝐸𝐽𝐴𝐻𝐼𝐿𝐴𝑁. 𝐼𝑎 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑗𝑒𝑚𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐾𝐸𝐵𝑂𝐷𝑂𝐻𝐴𝑁 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑠𝑒𝑑𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑢𝑙𝑖𝑠 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑛𝑎𝑖 𝑡𝑒𝑚𝑎 “𝑀𝐸𝑀𝐵𝐸𝐷𝐴𝐻 𝐾𝐸𝐵𝑂𝐷𝑂𝐻𝐴𝑁”.

𝑆𝑒𝑏𝑎𝑏 𝑖𝑡𝑢 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑢𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑏𝑎𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑛𝑎𝑖 𝑈𝑀𝐴𝑅. 𝑆𝑎𝑦𝑎 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑢𝑙𝑎𝑠 𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑏𝑎𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑛𝑎𝑖 𝐹𝐼𝑇𝑅𝐴𝐻. 𝑆𝑒𝑏𝑎𝑏 𝑘𝑒𝑑𝑢𝑎-𝑑𝑢𝑎𝑛𝑦𝑎 ℎ𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑐𝑜𝑛𝑡𝑜ℎ. 𝑆𝑎𝑦𝑎 ℎ𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡 𝑏𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑟𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑛𝑎𝑖 𝑠𝑒𝑡𝑖𝑎𝑝 𝑠𝑎𝑡𝑢𝑛𝑦𝑎 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑔𝑎𝑚𝑏𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑛𝑦𝑎𝑘 𝑙𝑎𝑔𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑟𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢 𝑑𝑖𝑝𝑒𝑟𝑡𝑖𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑏𝑎𝑐𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑛𝑎𝑖𝑛𝑦𝑎, 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛 𝑟𝑖𝑤𝑎𝑦𝑎𝑡-𝑟𝑖𝑤𝑎𝑦𝑎𝑡 𝑡𝑒𝑟𝑏𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑎𝑠𝑦ℎ𝑢𝑟 𝑑𝑖 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑟𝑎𝑚𝑎𝑖.

𝑆𝑎𝑦𝑎 𝑠𝑢𝑑𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑤𝑎 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑎𝑐𝑎 𝑓𝑜𝑘𝑢𝑠 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑦𝑎𝑛𝑦𝑎 𝐾𝐸𝐽𝐴𝐻𝐼𝐿𝐴𝑁 / 𝐾𝐸𝐵𝑂𝐷𝑂𝐻𝐴𝑁 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎:

1. 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝑡𝑎ℎ𝑢 𝑠𝑒𝑑𝑖𝑘𝑖𝑡, 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑠𝑎 𝑐𝑢𝑘𝑢𝑝 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑑𝑖𝑘𝑖𝑡 𝑖𝑡𝑢 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑛𝑗𝑢𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑎𝑐𝑎𝑎𝑛 / 𝑘𝑎𝑗𝑖𝑎𝑛.

2. 𝐾𝑖𝑡𝑎 𝑏𝑖𝑛𝑎 𝑚𝑜𝑑𝑢𝑙, 𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑖𝑎 𝑚𝑜𝑑𝑎𝑙 𝑏𝑒𝑟𝑐𝑒𝑟𝑎𝑚𝑎ℎ, 𝑖𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑠𝑢𝑚𝑏𝑒𝑟 𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛, 𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑚𝑎𝑠𝑦ℎ𝑢𝑟 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑟𝑢𝑗𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑛𝑎𝑖𝑛𝑦𝑎, 𝑠𝑒𝑑𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑒𝑡𝑎ℎ𝑢𝑎𝑛 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑛𝑎𝑖 ℎ𝑎𝑙 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑒𝑛𝑎𝑎𝑛 𝑠𝑎𝑛𝑔𝑎𝑡 𝑠𝑒𝑑𝑖𝑘𝑖𝑡.

3. 𝐾𝑖𝑡𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑟𝑎𝑤𝑎𝑡 𝑚𝑎𝑠𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑒𝑟𝑔𝑒𝑠𝑎-𝑔𝑒𝑠𝑎 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑠𝑖𝑚𝑝𝑢𝑙𝑎𝑛, 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑙𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑠𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑝𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑢𝑚𝑝𝑎𝑚𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎.

4. 𝐾𝑖𝑡𝑎 𝑏𝑖𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑟𝑖 𝑑𝑖𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎𝑖 𝑠𝑖𝑓𝑎𝑡 𝑎𝑙-𝐾𝑖𝑏𝑟 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑁𝑎𝑏𝑖 ﷺ 𝑗𝑒𝑙𝑎𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 “𝑚𝑒𝑚𝑎𝑛𝑑𝑎𝑛𝑔 𝑟𝑒𝑛𝑑𝑎ℎ 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑎𝑖𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑚𝑒ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟𝑎𝑛” ℎ𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑜𝑙𝑎𝑘 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑒𝑡𝑢𝑙𝑎𝑛.

𝑆𝑒𝑑𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑖𝑓𝑎𝑡 𝑖𝑡𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑝𝑢𝑛𝑐𝑎 𝑏𝑒𝑠𝑎𝑟 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑡𝑒𝑟ℎ𝑎𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑟𝑒𝑑𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑆𝑦𝑢𝑟𝑔𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑤𝑡.

𝐾𝑖𝑠𝑎ℎ 𝑈𝑚𝑎𝑟 𝑏𝑖𝑛 𝑎𝑙-𝐾ℎ𝑎𝑡𝑡𝑎𝑏 𝑟.𝑎. ℎ𝑎𝑛𝑦𝑎 𝐶𝑂𝑁𝑇𝑂𝐻. 𝐵𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑇𝑂𝑃𝐼𝐾 𝑈𝑇𝐴𝑀𝐴.

Ackbarali, Naielah; Birgivi, Imam. The Treasure of Families & Women: Imam Birgivi’s Treatise on the Advanced Fiqh of Menstruation (p. 25). Kindle Edition.

Kebetulan saya baru membaca komentar Imam Birgivi rahimahullah (meninggal dunia 1573m) di dalam muqaddimah salah sebuah bukunya berkaitan Fiqh Taharah. Beliau menerangkan di situ bahawa topik haid di kalangan wanita difahami secara simplistik walaupun di dalam teks kitab-kitab yang masyhur di zaman berkenaan. Akibatnya, banyak salah faham terjadi.

Imam Birgivi mahu merawat masalah ini. Beliau mengkhususkan sebuah buku untuk mengupas mengenainya. Beliau berharap pendekatannya mudah dipelajari baik oleh kaum wanita sendiri, mahu pun suami dan orang lelaki secara keseluruhannya. Tetapi Imamm Birgivi mengingatkan, proses untuk menjelaskan perkara ini hadir bersama risiko.

Risiko yang kompleks.

Risiko yang dibimbangi oleh Imam Birgivi adalah kandungan bukunya yang boleh jadi kontroversi dan lain dari yang lain, disambut oleh pembaca dengan kegelojohan menghukum. Belum habis mendengar, sudah membuat kesimpulan.

Ia musuh tradisi proses belajar.

Bahagian berkenaan berkait rapat dengan tulisan saya ini.

Imam Birgivi memberi nasihat, kalau membaca apa-apa yang kita tidak biasa, jangan cepat menyalahkan. Nanti dahulu. Takut-takut yang sebenarnya bersalah itu adalah diri kita sendiri.

Tetapi puncanya itu yang unik.

Semasa tergesa-gesa menghukum, kita tidak sedar yang kita terbelit dengan bahasa. Lalu kita salahkan penulis. Sedangkan bahasa penulis tidak semestinya berbelit dan menjadi punca kita salah faham. Kita sendiri yang tidak cermat. Imam Birgivi menggunakan pepatah Arab:

أن تخطئ ابن أخت خالتك

“Engkau menyalahkan anak kakak makcikmu!”

Kita menyalahkan anak kepada kakak makcik kita. Kakak kepada makcik kita itu adalah emak kita. Dan anak kepada emak kita itu adalah kitalah!

Diri kita sendiri!

Allah swt beri peringatan di dalam al-Quran, syarat mendapat hidayah, menjadi golongan yang disebut sebagai Ulul Albab, ialah dengar dengan tenang terlebih dahulu, pendapat-pendapat yang hadir, kemudian memilih untuk mengikut apa yang terbaik. Dengar dahulu. Dan dengar bukan sebarang dengar. Dengar dengan berhati-hati.

“Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah para Ulul Albab.” [al-Zumar 39: 18]

Kalau ramai orang faham, kita tidak faham, sebelum salahkan penulis tulisan yang kita tidak faham itu, pertimbangkan terlebih dahulu, mungkin kita yang ada masalah memahami.

Mudah-mudahan sama-sama dapat pahala serta manfaat islah.

Hasrizal
Naas, Ireland

Baca juga:

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

IQRA’ (2026): Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden

HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and …

One comment

  1. faham ustaz, walaupun akak sedar ustaz serious tapi akak masih tersenyum-senyum sebab faham sangat perangai orang yang faham 1 aspek lepas tu jaja merata .. dan juga orang yang suka lari topik ni, akak bayangkan mereka senang jatuh terpelecok di tepi bahu jalan.. akak pun sama la juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.