Friday, December 5th, 2025

Single (2025): Anak Sekolah Asrama

Pergi, pergi dan pergi
Jerit raungan di dalam hati
Setiap kali aku kembali
Kampung halaman yang kurindui

Jika rindu mengapa bimbang
Jika sayang mengapa terbang
Jika ada mengapa bagai bayang
Jika mesra mengapa jauh memandang

Sesungguhnya
Aku tidak tahu
Aku tidak kenal siapa diriku
Aku sunyi di dalam mesra
Aku terasing di celah manusia

Dahulu namanya berdikari
Dahulu nilainya berani
Dahulu bekalnya bijak bistari
Dulu disangka terpilih tersendiri

Bayangan itu bukan khayalan
Ia cita-cita ia perjuangan
Ayah ibu hatinya bangga
Anak bertuah, jauh belajarnya

Di situ lengkap segala
Guru cemerlang, nama terbilang
Ia bukan peluang semua
Ia kurnia hasil berusaha

Di sebalik hidup berjaya
Di sebalik pangkat dan kerjaya
Ada jiwa sukar menzahir rasa
Sampai masa meretak rahsia

Anak-anak sekolah asrama
Terbang tinggi mengejar cita
Saat ingin pulang ke desa
Kabus panjang jalan meraba

Itulah hidupku di senja usia
Merantau di hujung benua
Bisa hidup di mana-mana
Namun terasing selamanya

Maafkan daku ayah dan ibu
Maafkan daku keluarga yang dirindu
Aku tidak pernah berhenti mengasihimu
Kugenggam kelana ribuan batu

Moga kita kembali bersama
Di sini, mahu pun di Sana

Lagu dan lirik: Hasrizal

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah ‘Abasa

HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.