MENGAPA BELAJAR SEJARAH?
Ramai pelajar menghubungi saya bertanyakan soalan ini. Mereka berminat untuk menyambung pengajian di bidang sejarah. Tetapi mereka tidak dapat menerangkan kepada ibu bapa, mengapa mereka mahu memilih bidang ini, ketika mana bidang-bidang lain yang lebih ‘baik’ hadir sebagai pilihan.
Tidak mudah untuk ibu bapa menyetujui hasrat anak memilih bidang sejarah, ketika mana dia berpeluang belajar di bidang perubatan dan kejuruteraan. Anak-anak dan ibu bapa perlu berkongsi jiwa dan minda yang besar, mungkin juga di luar kotak, untuk melihat sejarah sebagai suatu bidang yang kritikal. Bidang yang diberikan penekanan oleh negara yang mahu bangkit daripada kesilapan semalam.
Tidak ramai di dalam masyarakat kita, ada anak muda seperti Ahmad Ammar yang beribu bapakan ibu bapanya yang berkongsi visi dan misi yang sama. Visi dan misi yang tidak mengendahkan universiti di Turki itu diiktiraf kerajaan Malaysia atau tidak, yang tidak mengendahkan habis belajar nanti apa kerjanya, yang tidak mengendahkan mampukah si anak itu nanti memberi duit bulanan pada usia emas mereka nanti, dan mungkin menghantar ibu bapa ke Mekah mengerjakan umrah.
Buat masa ini, anak-anak yang hendak belajar di bidang sejarah, mengalami kesulitan untuk meyakinkan ibu bapa. Malah untuk meyakinkan sekolah, guru dan dunianya. Ia memerlukan pelajar yang berani berdiri di atas kaki sendiri. Pelajar yang karakternya mengambil sisi-sisi positif seorang Hyperthymic.
Video ini menceritakan secara mudah tetapi mendalam, MENGAPA KITA BELAJAR SEJARAH:
1. AKAR
Ilmu kita adalah seperti pokok. Sejarah adalah akarnya. Kesihatan pokok banyak bergantung kepada kesihatan akar. Tanpa akar, pokok layu dan mati. Kerana mineral dan zat-zat penting yang diperlukan oleh pokok, dan seterusnya menghasilkan buah, tidak diserap kerana ketiadaan akar.
2. MEMAHAMI
Sejarah membantu kita lebih MEMAHAMI dunia tempat kita menumpang hidup ini. Memahami manusianya. Memahami KESAN tindak tanduknya.
3. SEBAB MUSABAB
Belajar SEJARAH melatih kita skil yang penting iaitu keupayaan untuk mengenal pasti cause and effect (sebab musabab) kepada satu situasi, menganalisanya dan menjadikannya sebagai panduan untuk tindak tanduk kita yang seterusnya. Perbuatan manusia tidak rawak (random). Ia mematuhi cause and effect (buat ini jadi ini buat itu jadi itu) dengan pemboleh ubah yang maha luas (ilmu Allah). Maka dengan mempelajari sejarah, kita boleh memahami ke arah manakah kita sedang bergerak pada satu-satu masa dengan berbekalkan sampel perlakuan yang sudah berlaku di dalam sejarah.
4. IDEOLOGI DAN IDEA
Belajar SEJARAH juga menjadikan kita lebih menghargai kepelbagaian pendapat dan perspektif oleh manusia yang sangat pelbagai dan rencam. Kita tidak melihat satu ideologi itu sebagai satu ideologi, sebaliknya ia berasal daripada idea-idea yang terbit daripada fikiran, perasaan, pemerhatian manusia terhadap apa yang berlaku di sekitarnya. Ia mengurangkan pergeseran yang tidak perlu antara ideologi kerana di akar umbinya, ideologi-ideologi itu mungkin bertemu dan berkongsi harapan di peringkat pengalaman manusia.
5. PEMIKIRAN KRITIS
Belajar SEJARAH juga mengukuhkan keupayaan kemahiran pemikiran kritis. Sejarah mencabar kita untuk berfikir di luar kotak, dan tidak secara literalis. Sejarah mencantumkan kepingan-kepingan puzzle berbentuk maklumat sejarah untuk melihat sesuatu daripada saiz mikro kepada gambaran makronya. Bermula daripada Revolusi Petani menentang Penjajah Inggeris di Terengganu, kita pergi kepada melihat polisi imperialis Eropah, kemudian menganalisis Revolusi Industri di sana, pergolakan politik, teori White Man’s Burden, Social Darwinist, Herbert Spencer, Charles Darwin, Teori Evolusi, Ibn Miskawayh, hinggalah kepada penciptaan Adam, Al-Quran dan Allah SWT.
6. MENILAI BAHAN BUKTI
Belajar Sejarah juga akan melatih kita untuk menilai bahan bukti. Sejarah bukan hanya meletakkan asas satu-satu benda mesti dibuktikan, bahan bukti itu juga perlu dinilai kekuatannya untuk diterima sebagai bahan bukti. Pertembungan fahaman begitu meruncing di dalam masyarakat, dan demi memenangkan kumpulan masing-masing golongan yang taksub mengutip apa sahaja maklumat yang ditemui, teruja dengan lamanya naskhah buku, kagum dengan penulis, yakin dengan muktabarnya kitab, mendedahkan diri kepada mencetuskan pertempuran berbekalkan sesuatu yang tidak HAQ dalam situasi sebenarnya. Naskhah buku perlu dianalisa, penulisnya perlu dikaji, kemuktabaran kitab perlu dihalusi, belajar SEJARAH memberikan ilmu yang perlu untuk melakukannya, demi KEBENARAN.
7. MENGAITKAN SEMALAM DAN HARI INI
Sejarah adalah TINGKAP untuk melihat semalam. Memahami semalam adalah kunci untuk memahami SEMASA. Mereka yang buta semalam, akan terjebak dalam bencana mengulangi (kesilapannya).
Seperti kata guru saya, ahli sejarah adalah hakim tanpa mahkamah.
Beliau berdiri di pinggir masa, memisahkan diri daripada terikat dengan kewujudan semasa, dan melihat untuk memahami dalam keterbatasannya sebagai makhluk, ketika mana ciptaan Allah yang sangat agung itu adalah MASA.
Demi MASA, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian yang nyata. Kecuali yang beriman dan beramal soleh. Berpesan-pesan dengan kebenaran. Berpesan-pesan dengan kesabaran. [Al-‘Asr 103: 1-3]
HASRIZAL @ www.saifulislam.com
43000 BSP
Assalamualaikum ustaz,
Boleh tak saya dapatkan slideshow ‘Minda Penyeru Di Jalan Allah’ yang ustaz bentangkan di Surau Annur semalam?
Terima kasih.
Satu lagi sebab; yang sering didendangkan berulang kali – “belajar sejarah untuk mengelak kesilapan lampau berulang kembali”
Cerita tentang diri saya dan sejarah, dulu nya minat belajar Sejarah selepas bermain siri permainan video Age of Empires. Permainan itu sangat-sangat menarik minat saya untuk belajar tentang sejarah tamadun, sebab dalam permainan tu kita boleh pilih hendak membangunkan tamadun yang mana – Babylon, Assyria, dan beberapa tamadun lain. Saya pun dah lupa, lama tak main.
From: Bila Karipap Boleh Bercakap
Salam Ustaz, saya ingin bertanya pendapat dari ustaz berkenaan anak saya. Anak saya Muhammad Azzubair merupakan anak yg agak excellent dlm pelajaran dinniyah mahupun akademik. Beliau memperolehi straight A daripada UPSR( SRI Al-Amin , Gombak), PMR (Maahad Muhammadi(L) P Chepa – 10A PMRU, 9A PMR) dan SPM (KISAS 7A+, 4A). Beliau dilema kini. Sekarang beliau mengambil ASASI – Sains Fizikal di UIA.InsyaAllah beliau akan menamatkan ASASI nya March 2014(terpilih untuk program ASASI -1 tahun) Beliau memendam niat murninya untuk mendalami ilmu Islam. Jauh di sudut hatinya amat merindui untuk kembali zaman2 beliau ketika di Maahad Muhammadi dulu. Malah beliau juga pernah wakil Kebangsaan untuk pertandingan Debat Bahasa Arab semasa 2012. Mohon pendapat ustaz, bagaimana untuk meneruskan pengajian dinniyah beliau. Apa kursus yang sesuai? University mana yang sesuai, Jordan atauTurki atau Saudi ?
Saya akhiri dengan ucapan terima kasih.
Abu Azzubair
019-2727033
Taman Melawati, KL
Waalaikum al-Salam WBT tuan. Pertamanya syabas saya ucapkan. Tahniah, saya menumpang gembira dengan rekod cemerlang anakanda Muhammad Azzubair. Sampaikan salam saya kepadanya.
Susah juga untuk saya menjawab dan memberikan cadangan. Jika hajatnya ialah hendak mendalami ilmu Diniah, mungkin ia kenyataan yang masih agak umum. Persoalan yang memudahkan sedikit proses hendak membuat pilihan ialah, bagaimana beliau melihat masa depannya.
1. Apa yang difikirkan tentang kerjaya. Mengajar, makan gaji, entrepreneur atau bagaimana.
2. Bagaimana melihat masalah umat Islam semasa, apa keperluan umat Islam hari ini dan apa yang diperlukan untuk menyiapkan diri agar berupaya mengisi keperluan itu.
3. Bagaimanakah karakter beliau? Risk taker? Indoor, sosial dengan peers bagaimana, tahap kematangan berfikir.
Ini adalah antara isu-isu yang boleh difikirkan.
Kita kena imbangkan peranan faktor pilihan dengan peranan faktor pelajar itu sendiri. Ramai juga yang kecundang walaupun belajar di bidang dan lokasi yang bagus. Ada juga yang sukses walaupun belajar di bidang dan lokasi yang problematik
Assalamualaikum ustaz,
saya berminat menyambung bidang sejarah tetapi saya tidak tahu pekerjaan yang saya boleh ceburi.Boleh ustaz terangkan tentang kerjaya dalam bidang sejarah
Salam Ustaz, bagaimana saya nak meyakinkan ibu bapa saya tentang minat saya? Adakah saya salah kerana tidak mengikut kata2 mereka?