Alhamdulillah.
Buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk diedarkan ke perpustakaan desa seluruh negara.
Sungguh benar ibrah seruan haji oleh Ibrahim ‘alayhi al-salaam.
Ibrahim menyeru.
Allah yang menyampaikan.
Pendek benar kaki saya hendak melangkah ke seluruh desa di empat penjuru negara bagi melunaskan tanggungjawab dakwah. Terima kasih kepada semua ‘tentera Allah’ yang bekerja keras menukar sedikit ilmu dan maklumat di hati, minda dan jari, kepada pelbagai medium penyampai.
Moga semuanya menjadi amal jariah untuk hamba-Mu yang pendek usia dan sikit usaha ini.
Allah, kuatkan hatiku, kuatkan tanganku, kuatkan mindaku, kuatkan semangatku, untuk aku tidak lelah menempuh kehidupan yang penuh cabaran ini. Selepas buku ini Engkau sampaikan ke empat penjuru desa, gerakkanlah hati anak desa untuk menjamah buku ini, dan menyertai kembaraku pada memahami kehendak-Mu di dalam sebuah kehidupan.
Dan berkati perjalananku untuk kembali ke Bumi Shamrock 18 Disember ini… ameen.
HASRIZAL
43000 BSP
Aslmkm.w.b.t.tahniah atas kejayaan.mog a Allah sentiasa memberkati.buku itu ditulis dgn sgt baik penuh pengisian .pengalaman yg sgt jarang didengar tapi sgt bermakna.tetuskan menulis 🙂
Sangat Setuju!
Salam. Saya dah baca buku ni. Memang menginsafkan. Siapa sangka ustaz yang dijemput memberi ceramah di ofis pernah merasa “Pink Room” environment. Apa2 pun, semoge berjaya.
Salam Ustaz,
Tahniah..! Semoga sentiasa dirahmati dan diberi ruang untuk memberi lagi di masa-masa akan datang..insha Allah.
Antara buku yang habis saya baca…yang paling saya suka cerita tiga sahabat yang antaranya bernama ADAM….
Buku ini punya banyak pengajaran dan pengalaman ILMU yang ustaz lalui sendiri….luahan idea yang kontemporari yang kena dengan zamannya serta penilaian semasa. Cukup sesuai untuk generasi Y yang mencari WHY dalam persoalan hidup kini.
Terima kasih…
Wassalam
ZD
Learn through the hard/easy way.
Aku mengembara melalui buku,
mengharung pengalaman penulis,
mengutip cerita emosi mereka,
Bertuah punya mata untuk melihat sendiri,
punya perasaan untuk merasai,
punya harapan untuk digapai bersama,
Learn through the hard way.
Masih bertuah,
walau hanya imaginasi meratah setiap pelusok daerah
dan berdiri diantara tapak kaki,
merasai.
Learn through the easy way.
Aku punya impian untuk kesana,
namun rezeki dalam ketentuanNya,
andai hanya disini, aku mampu mengerti,
aku pasrah dalam mengaut apa yang ingin mereka kongsi.
10.12.2012
Seraya membaca muka demi muka
Asslamu’alaykum
Saya dari Indonesia, any chance I can get this book here in my country or somewhere online, or eBook maybe?