Fiqh ‘Rebel’: Anak Muda Mesti Berdiri

20130117-131309.jpg

Kita tidak perlu menunggu lama untuk berasa segan dan malu dengan apa yang pernah kita tulis. Membaca kembali surat yang saya hantar ke Harakah di ruangan Surat Pembaca bertarikh 29 Januari 1993, saya dapat merasakan jiwa saya ketika itu sangat pesimis, negatif, penuh rasa kecewa dan sentiasa mahu memberontak.

Saya masih lagi mencari, apakah yang membentuk seorang budak seperti saya, jadi begitu.

Atau ia memang fitrah kebanyakan anak muda? Sentiasa tidak berpuas hati.

Surat ini saya tulis, tidak lama selepas saya menjadi Naib Johan di dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Arab peringkat Negeri Perak. Majlis diadakan di Sek Men Raja Permaisuri Bainon.

Sekolah begitu memuji kemenangan saya dan mengumumkannya di Perhimpunan Pagi. Saya tebal muka, antara geram, malu dan rasa menipu lagi tertipu.

Saya dapat tempat kedua sebab dua orang sahaja yang bertanding!

Dan teks syarahan saya disediakan oleh pihak sekolah. Saya hanya menghafal, dan menggayakan penyampaiannya.

Itu kisahnya.

MENYUSAHKAN

Surat saya ini telah menyusahkan pihak sekolah. Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) meminta pihak sekolah menyiasat.

Saya dipanggil ke bilik Pengetua:

“Kenapa anta tulis di Harakah? Mengapa tidak di Utusan atau Berita Harian?” tanya Pengetua.

“Harakah ialah akhbar kesayangan ana, ustaz. Lagi pun, kalau ana tulis ke Utusan dan Berita Harian, rasanya depa nak ke siarkan isu ni?” saya menjawab.

“Kalau ya pun, gunalah nama samaran. Bukan nama sebenar!” marah Pengetua.

“Ana tak sangka Pejabat Ugama tahu, ada budak nama Hasrizal, sekolah di Izzuddin!” saya menjawab (lagi).

Pengetua menggelengkan kepala.

Gelengen itu hanya sebahagian daripada insiden-insiden besar yang terjadi pada masa tersebut. Sejarah itu sudah lama berlalu. Saya sayangkan Pengetua saya seperti saya sayangkan ayah saya. Semoga Allah merahmati roh al-marhum yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini, sebagai insan yang sangat berpengaruh ke atas diri saya.

18_14

Dan Kami kuatkan hati anak-anak muda itu (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka BANGKIT BERDIRI (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” [Al-Kahf 18: 14]

BAGAIMANA HENDAK ‘REBEL’?

MURSHID-STPM

Slot forum di dalam Seminar Hala Tuju Lepasan SPM dan STPM anjuran MURSHID baru-baru menjadi slot ‘menghasut’ pelajar agar meninggalkan semua ‘budaya ilmu’ zaman persekolahan dan digantikan dengan iltizam yang mutlak terhadap kebenaran. Muliakan kebenaran, utamakan kebenaran, carilah ilmu untuk kebenaran, mengatasi apa sahaja pertimbangan, selain keutamaan mengutamakan kebenaran.

Ada peserta bertanya, bagaimana caranya untuk ‘rebel’?

Lucu.

Tiada siapa yang saja-saja mahu rebel.

Apa yang sepatutnya ialah komited dengan kebenaran dan tidak mendiamkan diri apabila kebenaran dizalimi pembodohan. Suarakan, jelaskan, kongsikan pandangan, semuanya secara aman dan sudah tentu ia tidak akan berlaku jika pelajar tidak dapat berfikir, yang hanya dengan berfikir kebenaran dapat diyakini sebagai kebenaran.

Golongan anti ilmu yang akan ‘rebel’. Dan jika mereka ‘rebel’ bersama tuduhan tanpa bukti, kita rebel dengan hujah dan dalil.

Dan biar pun sejarah peribadi, serta program berkenaan telah berlalu, mesej yang ingin saya sampaikan ialah, ANAK MUDA MESTI BERDIRI!

HASRIZAL @ www.saifulislam.com
43000 BSP

 

Check Also

Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok Rome

Sama ada kematian mencecah dua puluh ribu saudara-saudara kita di Gaza, semenjak 7 Oktober 2023 …

14 comments

  1. Assalamualaikum
    Tahniah Ustaz!
    Kebangkitan ummah ada pada kebangkitan anak muda.
    saya juga anak muda yang masih banyak perlu belajar, masih memperjuangkan nilai Iman di sekolah. Kini tinggal tahun terakhir di SMK ALAM MEGAH, saya bergerak bersama rakan-rakan. Menubuhkan usrah sendiri di sekolah. Terasa banyak kelemahan dan banyak melakukan kecuaian. Kadang terasa macam mahu berhenti sahaja segala usaha yang dulunya pernah membara. Masih banyak perlu belajar, masih setahun jagung. Tetapi kami masih meneruskan peranan, kerana kami tahu, pemuda juga ada bahagiannya dalam kemenangan ummah, ada bahagian tanggungjawab kami yang kami sedar dalam mengusahakannya. Bukan main-main. Cuma ada kala tersasul dek kekurangan diri. Mohon doa semua! kembalikanlah semangat juang kami, bimbinglah kami! =)

    Syukran Ustaz, ustazlah guru psikologi saya=p
    Jazakallahukhairan kaseera

  2. Salam Ustaz,

    Kaitan di UUM?

    ZD

  3. Salam, apa pandangan atau nasihat ustaz kalau ada anak yg berani berdiri menyuarakan pendapat dan pandangan yg mungkin bertentangan dgn arahan dan peraturan yg ditetapkan di sekolah, lantaran tindak tanduknya akan menjejaskan ‘point’ nya dalam sistem pelajaran malaysia sekarang iaitu pentaksiran berdasarkan sekolah (PBS). Guru-guru yang tak sehaluan ini akan mengecop anak ini sebagai ‘kaki bangkang’ dan tidak akan masuk senarai anak murid ‘kegemaran’.

  4. Bagaimana sultan Muhammad al-Fateh diberi laluan oleh bapanya ntk memimpin Daulah Islam Uthmaniyyah saat umurnya masih muda remaja.

    dititip tarbiyyah demi tarbiyyah.

    matlamatnya satu.

    Kulil hak walau kana murran.

    “sya rasa hanya paper itu saja yg terima artikel mcm tu” =) wallahua’lam

  5. manusia di jadikan fitrah GELOJOH

  6. ..mengingatkan saye kepada pertandingan forum remaja yang pernah saya sertai..sekadar menjadi peserta simpanan, x beraksi mana..teks kesemua ahli panel perlu dihafal utk sebarang ketakpastian peserta..

  7. Fiqh Rebel. Kefahaman rebel. Rebel bukan sebarang rebel. Rebel pada menegakkan kebenaran.

    *Saya pun rasa nak tergelak juga apabila mendengar soalan “bagaimana hendak rebel?”*

  8. fatin mardhiah

    Assalamualaikum ustaz..

    bolehkah saya mendapatkan email @ nombor telefon yang dapat saya hubungi secara personal? 🙂

  9. Pisangpatah di kaki rijal

    Saya terduduk ust..merenung dan insaf di atas kelakuan masa lalu…saya bukanlah “senior” yg baik masa di bangku sekolah…pernah menubuhkan gang “taik kucing” (maaf) suka membuli adik2…ingat lagi masa tu saya pernah paksa pelajar yg mcm saya juga menari berdekatan dengan pintu tandas diringi dengan memukul2 perutnya…masih terkesan sampai ke hari ini.. saya rasa dia sekarang sudah jadi rebel mungkin..mudah2han dia tidak berdendam sama saya dan moga beliau jadi anak yang soleh dan bermanfaat untuk ummah !..kalau saya jumpa saya ingin bakar semangatnya !

  10. You can review and provide your feedback on the products sold through affiliate networks like Commission Junction, Revenue Gateway.
    Small code is required to be pasted at proper locations on a webpage and Google automatically recognizes the page.
    Don’t ignore this very valuable tool for your mental health.

  11. Anak muda memang perlu rebel & berdiri sendiri sebab ada pendapat orang muda mungkin lebih sesuai dengan keadaan zaman sekarang, tapi perlulah berpaksikan kebenaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share