Turki: Kembara Membuka Mata Hati

Rombongan Raudhatussakinah di Istanbul

Bertuahnya saya dapat bertemu dengan rombongan Raudhatussakinah yang hadir dengan pelbagai misi besar mereka. Gembira dapat belajar dan berkongsi, biar pun seketika

Semasa di Istanbul, saya jarang-jarang sekali pergi ke kawasan Sultanahmet.

Jarang, kerana kebanyakan urusan saya tidak begitu membabitkan kawasan berkenaan. Saya hanya ke sana kerana mahu ke Beyazit, membeli buku-buku yang saya cari di Safarlar ร‡arลŸฤฑsฤฑ dan kedai buku Diyanet di Bab-ฤฑ Ali Caddesi.

Ambil juga peluang, menyinggah sebentar di makam Sultan Abdul Hamid II, yang sentiasa dekat di hati.

Kali ini, lintasan saya di kawasan berkenaan memberi banyak rezeki.

Rezeki berselisih dengan rakyat Malaysia yang datang melancong. Ada yang singgah sebagai sebahagian program pra atau pasca umrah, ada yang semata-mata ke Turki, ada yang datang langsung dari Malaysia, ramai juga yang datang dari Mesir, Jordan, UK malah Russia.

Sempat juga saya bertegur sapa, beramah mesra. Mahu menolong lebih-lebih pun, saya juga sedang rancak memperbaharui maklumat kerana jarak 10 tahun memisahkan kunjungan kali ini, dengan yang terakhir, pada tahun 2003. Segalanya terasa seperti baru.

Tidak seperti 15 tahun yang lalu, Turki memang sebuah negara yang amat asing bagi kita orang Malaysia. Terasa amat jauh. Biar pun sekadar terpisah antara Jordan dan Turki itu, sebuah sahaja negara bernama Syria. Mahu ke Turki juga susah. Terutamanya kerana kekurangan maklumat, dan keasingan lisan.

Kini berkunjung ke Turki sudah seakan menjadi trend.

Ramai.

Mudah.

Walaupun berganda-ganda lebih mahal belanjanya berbanding dulu.

Dan apabila datang ke Turki menjadi trend, ia mendatangkan kesan-kesan tidak baik bagi sebuah trend.

Atau lebih tepat, ia seperti sebuah fad.

Kesan tidak baiknya ialah, fad ini tidak ada kesan. Ia ikut-ikutan, dan apa yang dilakukan seperti tidak membekas kepada diri. Tidak pasti apa yang hendak ditengok, apa yang mesti dicari, apa yang perlu ditahu. Semuanya bermula dengan ketiadaan saripati di kepala.

Mata kita tidak mampu melihat apa yang tiada di kepala.

Kepala pula, perlu terisi dengan isi. Dan isinya mesti isi yang betul.

Rugi benar jika datang ke Turki, atau ke mana sahaja, kita hanya berkejar merakam imej di kamera, tidak di kepala, atau di hati, yang semestinya jika berlaku, akan melakukan banyak perubahan kepada diri.

Semasa saya bertugas di Ireland Utara dahulu, ramai juga daripada kalangan saudara baru Irish yang memeluk Islam, yang mendetikkan minat kepada Islam, adalah semasa mereka datang berkunjung ke Turki.

“Budi bahasa orangnya!” kata seorang saudara baru.

“Kebersihannya” kata seorang yang lain.

“Azannya” beritahu seorang lagi.

Macam-macam.

Kunjungan mereka ke Turki berimpak besar. Hingga boleh mengeluarkan mereka daripada gelap kepada cahaya. Mereka pulang dari Turki bukan lagi seperti diri mereka sebelumnya. GiriลŸ dan รงฤฑkฤฑลŸ pada cop pasport mereka seperti pendaftaran ke sebuah sekolah dan graduasi daripada sebuah madrasah.

Sungguh berimpak.

Sesungguhnya sesiapa sahaja yang melancong, lebih-lebih lagi ke negara seperti Turki, berhutang dengan umat. Sebelum berhutang dengan umat, mereka berhutang kepada diri, dan sudah tentu berhutang kepada Ilahi.

Hutang iktibar.

Apakah iktibar daripada kunjungan itu?

ุฃูŽููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุณููŠุฑููˆุง ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ููŽุชูŽูƒููˆู†ูŽ ู„ูŽู‡ูู…ู’ ู‚ูู„ููˆุจูŒ ูŠูŽุนู’ู‚ูู„ููˆู†ูŽ ุจูู‡ูŽุง ุฃูŽูˆู’ ุขุฐูŽุงู†ูŒ ูŠูŽุณู’ู…ูŽุนููˆู†ูŽ ุจูู‡ูŽุง ููŽุฅูู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ู„ูŽุง ุชูŽุนู’ู…ูŽู‰ ุงู„ู’ุฃูŽุจู’ุตูŽุงุฑู ูˆูŽู„ูŽูฐูƒูู† ุชูŽุนู’ู…ูŽู‰ ุงู„ู’ู‚ูู„ููˆุจู ุงู„ูŽู‘ุชููŠ ูููŠ ุงู„ุตูู‘ุฏููˆุฑู

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. [Al-Hajj 22:46]

Hasrizal
BSP 43000

Check Also

Mu’arrikhun: Membumikan Sejarah di Gelanggang Ummah

“Saya tidak seronok memikirkan peraturan di Malaysia, pensyarah perlu bersara wajib pada usia 65 tahun” …

6 comments

  1. Dengar katanya di Turki pertaniannya sangat bagus. Buah-buahannya pun besar-besar. Teringin saya pergi ke sana.

  2. lihatlah sahaja…
    istanbul aku datang…
    hanya kisah dongeng kembara menambah maksiat bukan lagi tempat mencari ilmu akhirat…
    aduhai…

  3. Alhamdulillah ustaz, tinta kali ini di bumi uthmaniyyah begitu menarik sekali. Bila ustaz kata, biarlah ia berbekas pada diri. Pergi bukan sekadar memenuhi “PAKEJ MELANCONG” tetapi membawa mesej “PAKEJ IKTIBAR”.

    Kini semua cepat, maklumat dan ilmu pengetahuan mudah dicapai. Tetapi kita buta dengan iktibar disebalik tembok Konstantinople, bangunan ini cantik..ini pun cantik..ini lagii cantik. SNAPPP!!! Hanya sekadar gambar.

    Selalu ole2 yg dibawa pulang..gambar, coklat, kicin, baju2, kain2..

    Saya mahu ole2 lain..iaitu kehebatan iktibar dibalik negara yg bernama Turki.

    wallahua’lam =)

  4. salam, ustaz saya nak tanya adakah sistem pembelajaran negara turki dlm bidang agama baik ?? mhon pandangan.

  5. bintuzaharudin

    Assalamualaikm. Ustaz, sy mahu bertanya apakah peluang pengajian islam di turki ini meluas atau sebaliknya?

    • Wsalam wbt. Ya, ia peluang yang terbuka luas, asalkan calon pelajar gigih belajar bahasa baru sekurang-kurangnya setahun dan bersungguh belajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share