Jejak Birgivi: Jalan Masih Panjang

20130226-095658.jpg

Banyak yang ditempuh.

Menyusuri satu demi satu langkah dan marhalah kehidupan.

Masuk ke usia 40an, Imam Birgivi meninggalkan jawatan tinggi beliau sebagai Hakim Mahkamah Tentera di Edirne dan sarjana terkenal di Istanbul. Jiwanya gelisah dengan gelagat agamawan di institusi-institusi pengajian di Istanbul dan istana Othmaniyyah.

Atas nasihat gurunya, Imam Abdullah el-Karamânî, Birgivi meletakkan jawatan dan memulangkan kembali seluruh gajinya selama 4 tahun perkhidmatan, pergi ke perkampungan Birgi, hidup dalam kesederhanaan jauh daripada publisiti, mengajar, mengkader dan menulis hingga 35 buah buku.

Sesekali Birgivi ke Istanbul, menyampaikan nasihat-nasihat beliau kepada Perdana Menteri, Sokullu Mehmet Pasha tetapi bergeseran dengan Sheikh al-Islam, Imam Ebussaud kerana isu bayaran mengajar agama.

Imam Birgivi menukar graf hidupnya.

Hilang daripada perhatian masyarakat.

Namun kerja-kerja ‘sebenar’ yang dilakukannya jauh daripada kemasyhuran itu, menyebabkan 500 tahun selepas kematiannya, saya boleh menemui maklumat mengenai Imam Birgivi dan perjuangannya di celah lembaran buku. Semakin didalami mengenainya, semakin banyak yang memaksa saya membuat penilaian diri dan persekitaran.

Sebutlah ia sebagai mid life crisis atau apa sahaja, menjengah usia 40 mendesak setiap insan menilai perjalanannya, yang berdiri di sebuah persimpangan.

Entah mengapa, hati ini sangat ingin menikmati kebahagian seperti pilihan Birgivi.

Lensa, liputan, tidak mempunyai sebarang makna, untuk sebuah perjalanan yang panjang.

JALAN MASIH PANJANG

Jalan masih panjang terbentang dihadapan
Tak hanya sekedar dunia
Lihatlah ke depan yang lalu biar berlalu
Jadikan pemicu kalbu

Jalan hidup takkan pernah lurus
Pasti ada salah lewati segalanya
Tapi Tuhan tak pernah berhenti
Membuka jendela maaf untuk kita

– (edcoustic)

HASRIZAL @ 43000 BSP

 

Check Also

Mu’arrikhun: Membumikan Sejarah di Gelanggang Ummah

“Saya tidak seronok memikirkan peraturan di Malaysia, pensyarah perlu bersara wajib pada usia 65 tahun” …

4 comments

  1. salam,
    hari sekali lagi diri ini di ingatkan untuk memilih arah pekerjaan daripada belajar. gara – gara isu penempatan pekerjaan yang semakin meruncing. hari ini bukan rakan2 yang dah bergelar pekerja yang basuh, tetapi TD yang cakap. kalau tak pergi kerja tahun ini, supervisior ko tak akan dapat dapat tolog pun kalau ko tak dapat kerja lepas ni. ko akan menyesal..3x perkataan itu D ungkapkan..sehingga saya terpaksa berkata ye, baik DR..
    dalam hati memberontak dan sedih kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa adakah rezeki tiap2 manusia itu Dtentukan oleh manusia. atau saya yang tak bersyukur untuk tidak mendengar perkataan yang Dberikan oleh rakan dan TD pagi tadi dan sebelum ini.
    cara penyelesaian yang di tawarkan oleh TD tadi adalah tukar mode sem depan atau ssekarang bila dah dapat kerja yang di tawarkan.
    sedangkan untuk pengajian sekarang adalah satu perkara yang perlu saya ambil peluang kerana kajian terhadap isu baharu. niat di hati sementara masih belun 30tahun biar belajar sampai habis. bukan kah 5 tahun ketika muda lebih baik daripada 10 tahun umur tua..

  2. Mohd Dzulhuzmi Nasruddin

    Menjadi kewajipan sebenarnya, bagi setiap insan menilai ‘sejarah hidup’ masing-masing. Penilaian itu lebih kepada untuk memperbaiki diri. Agar erti ‘hari esok adalah lebih baik dari hari ini’ difahami dan direalitikan.

  3. pilih lah mana2 jalan sekalipun. yang penting sentiasa ada matlamat untuk berbakti pada masyarakat dan ummat. semoga bermanfaat ilmu dan pengalaman yang telah ditimba selama ini.

  4. Midlife crisis2

    Midlife crisis, nampak mcm drmaza pun ada konflik berkaitan persimpangan yg ingin dipilih. Nampak early 40 crisis dalam kehidupan drmaza. Suka duduk fikir sorank2, ini krisis kaum adam 40-an ke?

    Dr Maza nampak mcm ilmuan, namun entah kenapa nampak cenderung kepada politik. Cenderung kepada ilmu pemerintahan, ok. Namun cenderung kepada menjadi wakil politik suasana malaysia, mcm kurang sesuai. Kasihanilah kami yg dahagakan ilmu, namun tidak dapat mencedok kitab2 arab ni. Kdg2 rasa Dr Maza lebih sesuai dikategorikan sebagai ilmuan yang tidak turun padang sangat. Lebih sesuai duduk dengan kitab2 dan kekal dalam sumbangan teori dan idea. Mengubah cara fikir dan cara pandang masyarakat yang bersedia untuk berubah. Dan masyarakat yg bersedia untuk berubah mengimplementasikan teori dan idea hasil kajian dan pandangan bernas dlm bidang masing2, justeru dapat terus mempengaruhi masyarakat umum melalui social norms. Kami lebih nampak begitu.

    Maaf ustaz hasrizal, ckp ttg drmaza pulak .. sekadar ketukan , sekadar pandangan dalam meneliti krisis umo 40. Kami pembaca, ramai yang meneliti midlife crisis ni. Sekadar pandangan, harus salah. Namun tidak salah sekadar perkongsian.

    Sekadar perkongsian ilmu psykology ttg Authentic Personality vs Survival Personality :
    http://www.quantumkoan.com/qk/writings/glossary?e=Survival+Personality
    http://www.quantumkoan.com/qk/writings/glossary?e=Authentic+Personality

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share