Menghantar Kekuatan Untuk Palestin Dari Jauh

Di dalam surah Al Isra ayat yang keenam Allah menegaskan bahawa pusingan kedua orang orang Yahudi melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, kekuatan mereka adalah kekuatan yang dipanjangkan dari jauh.

ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ ٱلْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَـٰكُم بِأَمْوَٰلٍۢ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَـٰكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا ٦

“Kemudian Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami panjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.” (Q17: 6)

Ini selari dengan apa yang kita maklum bagaimana kuasa Zionis yang menjajah bumi Palestin itu, kekuatan mereka datang daripada sokongan negara negara barat terutamanya Amerika Syarikat. Negara tersebut membelanjakan sehingga US Dollar 13.1 juta sehari dalam bentuk bantuan ketenteraan untuk menyokong rejim Zionis di bumi Palestin tersebut.

Sumber: https://ifamericansknew.org/stat/usaid.html#source

Seandainya penjajah mendapat kekuatan dari jauh, sokongan daripada luar, maka penduduk Palestin, umat Islam, lebih utamalah untuk mereka itu mendapat kekuatan mendepani kuasa jahat ini dengan sokongan dari jauh dan dekat, dari seluruh dunia, sama ada dalam bentuk bantuan kemanusiaan, kewangan, sokongan moral , doa, pendidikan, untuk menentang propaganda maklumat yang sedang melata di seluruh dunia.

Semua ini perlu diusahakan bersama, menjadikan isu Palestin bukan isu mereka semata mata tetapi isu sejagat.

عَنْ مَيْمُونَةَ عَنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا سَأَلَتْهُ فَقَالَتْ أَفْتِنَا فِي بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَقَالَ أَرْضُ الْمَحْشَرِ وَالْمَنْشَرِ وَائْتُوهُ فَصَلُّوا فِيهِ فَإِنَّ صَلَاةً فِيهِ كَأَلْفِ صَلَاةٍ فِي غَيْرِهِ قَالَتْ أَرَأَيْتَ إنْ لَمْ أَسْتَطِعْ أَنْ أَتَحَمَّلَ عَلَيْهِ قَالَ فَلْتُهْدِي لَهُ زَيْتًا يُسْرَجُ فِيهِ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَهُوَ كَمَنْ أَتَاهُ

Maymunah r.a meriwayatkan beliau berkata, “Wahai Rasulullah, terangkan kepada kami tentang Baitul Maqdis. Baginda ﷺ menjawab, “Ia adalah bumi perhimpunan dan kebangkitan, hadirkanlah diri kepadanya dan bersolatlah di dalamnya. Sesungguhnya solat di dalam masjid itu adalah seperti seribu solat di masjid selainnya.”

Maimunah r.a berkata, “apa pandanganmu seandainya aku tidak mampu pergi ke masjid itu?” Baginda ﷺ menjawab, “maka hantarlah ke masjid itu minyak untuk menyalakan lampu di dalamnya. Barangsiapa melakukan hal berkenaan, maka beliau adalah seperti orang yang hadir dan bersolat di dalamnya.”

Sumber: Sharḥ Mushkil al-Āthār 610 Kedudukan: Sahih menurut Al-Arna’ut

#bebaspalestin

Check Also

Misteri ‘Sengaja Susah Supaya Tabah’?

Dalam masyarakat kita, terdapat kecenderungan untuk mengagung-agungkan susah payah dengan anggapan bahawa ia menjadikan seseorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.