Monthly Archives: October 2012

October, 2012

  • 31 October

    Iconoclasm di Bumi Haramain

    Bangunan lama sudah tiada Ia satu bentuk ICONOCLASM.  Iconoclasm is the deliberate destruction of religious icons and other symbols or monuments, usually with religious or political motives. It is a frequent component of major political or religious changes. The term encompasses the more specific destruction of images of a ruler …

  • 24 October

    Dakwah ‘Hati Kering’!

    Saya kehairanan semasa membaca buku  al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah oleh tokoh yang sedang saya kaji, Sheikh Mehmed Birgivi (1522-1573M). Sheikh Mehmed Birgivi datang daripada latar belakang keluarga, pendidikan serta persekitaran Tasawwuf. Malah pada hari ini, ada beberapa kumpulan Tarekat seperti Tarekat Bayramiyah, yang menyatakan bahawa asas disiplin kumpulan …

  • 23 October

    Sunnah Meminta Pendapat Anak

    “Kalau Abi tanya sikit, boleh?” saya memecah sepi di dalam kereta. “Tanyalah” jawab Saiful Islam. “Apa tentang Abi yang paling Yop suka?” saya menyoal. “Hmm…” anak sulung saya mengeluh perlahan. Lama beliau berfikir. Sambil memandu, saya memandang di ekor mata memerhatikan gelagatnya. “Sabar! Yop rasa Abi seorang yang sabar” jawabnya. …

  • 22 October

    Kebijaksanaan Karya Al-Asma’ Al-Husna Asmawi (Mawi AF)

    Selepas dua bulan mendapatkan album Al-Asma’ Al-Husna oleh Asmawi (Mawi AF) ini melalui iTunes, saya masih mengekalkannya sebagai album terbaik untuk tahun ini. Tidak keterlaluan saya katakan, penghasilan album ini sangat bernilai tinggi pada bakat dan kebijaksanaan memilih Al-Asma’ Al-Husna sebagai satu-satunya lirik dalam kesemua trek. Hanya dengan Al-Asma’ Al-Husna, …

  • 21 October

    Pakar Motivasi di Dalam Rumah Sendiri

    “Siapa yang baru balik daripada kem motivasi lain?” saya bertanya. Seorang pelajar mengangkat tangan. Mukanya masam mencuka. “Khair. Jangan sedih ya. Dalam kem ini, kamu akan berehat daripada keletihan kem sebelumnya, Insha Allah” saya memujuk. “Siapa yang selepas kem ini, akan pergi ke kem lain pula?” saya menyambung pertanyaan. Pelajar …

  • 18 October

    Pemuda Berjuang Tidak Akan Bersendirian

      Gua disinar mentari. Cahayanya tidak kena secara langsung ke tubuh anak-anak muda itu. Mereka duduk di tengah gua. Manusia yang menjengah, melihat mereka berjaga, mata seperti terbuka. Sedangkan mereka lena. Tidur bagai berhibernasi. Tubuhnya dibolak balik kadang-kadang ke kanan, kadang-kadang ke kiri. Terhindar daripada cedera luka oleh graviti. Si …

  • 18 October

    Iqra’: Permulaan Sebuah Perjalanan

    Hari ini apabila kita menguasai satu topik, kita sudah digelar pakar. Tatkala meneliti bibliobiografi alim ulamak dulu, terasa betapa kerdilnya kita hari ini, yang miskin segala-galanya, tetapi bercita-cita mahu bergandingan tangan dengan mereka menuju Syurga. Malas dan jahil, menjauhkan Radhiyatan Mardhiyyah. Iqra’ menjadi ayat pertama pada memperbaharui Kerasulan yakni mengembalikan …

  • 17 October

    Berkomunikasi Dengan Hati

    Di zaman sains dan teknologi ini, pelbagai alat canggih dicipta untuk tujuan komunikasi. Telefon pintar. Keupayaan internet yang tinggi. Pengangkutan yang pantas dan efisyen. Segalanya demi manusia berhubung dengan lebih efektif, mudah-mudahan produktif. Namun rumahtangga masih berantakan, politik dalaman organisasi di pejabat dan persatuan tidak berkesudahan, salah faham antara bangsa dan …

  • 16 October

    Di Musim Segalanya Statik dan Menjemukan

      Berat badan saya menjadi statik semenjak sebulan. Saya tahu puncanya. Motivasi yang merosot menyebabkan saya tidak sempat memasak sendiri. Saya makan di luar dan akibatnya, trace of sugar and carb tidak terjaga. Ia menbantutkan peranan HCG. Keletihan menguruskan akademik dan kerja menyebabkan saya tidak tidur dengan baik, mengganggu mood …

  • 16 October

    Sheikh Mehmed Birgivi di Minda dan Hatiku

    Saya kini kembali bergelar pelajar. Buat kali yang entah ke berapa. Kini saya menjadi pelajar sepenuh masa untuk program Sarjana Pengajian Islam di dalam Sejarah dan Tamadun Islam. Untuk semester ini, saya mengambil lima subjek iaitu: Fiqh Sirah Sejarah dan Tamadun Islam Sebelum Kejatuhan Baghdad 1258M Tamadun Islam Kajian Teks …

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share