Monthly Archives: July 2013

July, 2013

  • 30 July

    Persinggahan Imam Mazhab di Serambi Kerajaan ‘Abbāsi

    Bayt al-Hikmah [kredit foto: Wikipedia] Selain daripada perkembangan sains dan seni kesusasteraan, Daulah ‘Abbāsiyyah juga menyaksikan perkembangan yang rancak di dalam perkembangan bidang Fiqh.  Keempat-empat imam utama di dalam mazhab Fiqh memainkan peranan dan menyumbang secara signifikan di era awal pemerintahan Daulah ‘Abbāsiyyah. Akan tetapi, pergeseran di antara ‘ulama dan …

  • 27 July

    Kembara Turki Bersama Anak-anak MTS

    Di dalam kepala saya, ada kejanggalan yang perlu diuruskan bagi program kali ini. Bercerita tentang Turki, kepada pelajar Malaysia, yang belajar di Maahad Tahfiz Turki, di Malaysia. Kekok untuk saya menentukan lengguk. Tambahan pula saya memang sudah lama tidak berceramah kepada murid sekolah. Hari ini, saya berkesempatan untuk hadir memberikan …

  • 26 July

    Derma Organ: Agar Kematian Tidak Mematikan Saya

    MENGAPA SAYA MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI PENDERMA ORGAN? Saya mendaftarkan diri sebagai penderma organ pada tahun 2007. Ketika itu saya bertugas sebagai kaunselor pesakit di Institut Jantung Negara (IJN). Saban hari saya melihat penderitaan pesakit, sebahagian daripada mereka menunggu pendermaan organ kritikal terutamanya jantung. Antara pesakit yang saya kenali pada masa …

  • 26 July

    Memberi, Menambah Makna Kepada Diri

    kredit foto: alegacyofgiving.org “Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu. Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi. Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya. Pergi bercuti sepuas …

  • 24 July

    Kaderisasi Dakwah Antara Gen-X dan Gen-Y

    Foto ihsan Ustaz Fazdi Harun “Sheikh, apabila kapal terbang sudah terbang di udara, baru baca surat ini, ok!” kata Ustaz Syukur. Saya mengangguk. Mujur bukan ‘dadah’. Saya menerima bungkusan daripada ketua kami dan menyimpannya di dalam beg. Seperti yang diarahkan, apabila pesawat Royal Jordanian telah terbang di udara, membawa saya …

  • 24 July

    Ramadan Tetamu Dataran Syam

    Foto Ihsan Ustaz Fazdi Harun “Assalamualaikum!” kedengaran suara memanggil dari luar. “Eh, siapa pula tu?” saya bertanya kepada Arief. Kami sedang sibuk memasak lauk untuk berbuka puasa malam ini. Maklum sahajalah, hari ini adalah Ramadhan pertama kami di perantauan. Rupa-rupanya Muhannad, anak jiran kami datang. Beliau membawa sepinggan besar nasi …

  • 20 July

    Generasi Y Teruji Kesetiaannya

    Dalam setahun dua ini agak ramai pelajar perubatan dan doktor pelatih menghubungi saya, menyatakan keletihan mereka menjalani kehidupan di bidang perubatan, khususnya housemanship. Ada yang mahu beralih ke perniagaan Herbalife©. Ada yang lebih tenang menjual Tupperware©. Ada juga yang rasa kerjaya lebih bermakna sebagai ustaz dan ustazah, atau kaunselor. Sebahagiannya, saya …

  • 19 July

    Menyertai ‘Ottoman Culture and History Summer School’ di Istanbul

    Sudah lama saya membaca dan cuba memahami tentang sejarah Daulah Uthmaniah. Membaca kerana ingin tahu, membaca kerana berminat, membaca kerana jatuh cinta, dan menterjemahkan hasil bacaan itu dalam tulisan, ceramah dan perbualan harian. Masanya sudah tiba, pembacaan naik ke peringkat mengkaji. Mengkaji bukan hanya berbekalkan kerajinan membaca, tetapi mengkaji dengan …

  • 18 July

    Antara Orang Agama Dan Orang Beragama

    Petikan ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta “Abah tak paksa. Terpulang kepada kamu. Cuma dulu arwah Tok ada pesan, keluarga kita keluarga ulama. Kalau boleh biarlah ada anaknya yang mengikut jejak. Tak dapat anak, cucu pun Alhamdulillah” itu sisa-sisa memori saya tentang dialog bersama abah lebih 20 tahun yang lalu. …

  • 17 July

    Taubat Seorang ‘Televangelist’

    Ramadan ini saya mengenang kembali permohonan-permohonan saya pada Ramadan lalu. Doa. Hajat. Apakah rentetan hidup yang terjadi selepas Ramadan tahun lalu, ketika Ramadan kali ini sudah surai seminggu? Pada tahun lalu, saya berasa sangat tertekan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri, kaitan masyarakat dengan diri dan dakwah secara keseluruhannya. …

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share