Hari Pertama IBA Summer School di Istanbul

IBA Ottoman Culture and History Summer School

Pada masa ini saya sedang mengikuti program Summer School di Istanbul.

Program selama tiga minggu anjuran Istanbul Bilimler Akademisi (IBA) ini memberikan kami peluang mengikuti kursus secara intensif mempelajari Bahasa Turki Uthmaniah (Osmanlica) iaitu bahasa Turki klasik yang ditulis di dalam huruf Arab, seperti mana yang digunakan oleh Daulah Uthmaniah, sebelum penggugurannya pada tahun 1928.

Program ini juga menyediakan seminar intensif membabitkan tajuk-tajuk pengajian Uthmaniah. Seminar tersebut meliputi subjek sejarah politik Daulah Uthmaniah, sejarah perkembangan sains, seni dan budaya, serta falsafah dan pemikiran.

Saya bersyukur kepada Allah kerana terpilih menyertai program ini kerana ruang penyertaan yang disediakan amat kecil iaitu seramai 20 orang sahaja. Bersama saya, adalah rakan-rakan peserta daripada Finland, Italy, Germany, Spain, Bulgaria, Greece, Indonesia, USA, Kanada, United Kingdom, Morocco, Egypt dan Pakistan.

Sungguh mengagumkan, untuk saya melihat para peserta yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda pelbagai latar belakang bangsa, agama dan pendidikan, mempunyai minat yang begitu mendalam kepada Daulah Uthmaniah. Sebahagiannya sudah boleh bertutur di dalam bahasa Arab, mula mempelajari bahasa Turki sebagai ‘bayaran’ untuk mendapat ‘ilmu’.

Hari pertama sudah selesai. Kami mempelajari huruf-huruf Osmanlica di sebelah pagi. Manakala pada sesi kedua kami dibentangkan dengan topik sejarah Politik Daulah Uthmaniah bermula daripada era Selcuk membawa kepada era Beyazid II, anakanda kepada Fatih Sultan Mehmed.

Semoga kami beroleh manfaat sebaik-baiknya daripada program ini, dan dapat membantu kami berkhidmat kepada bidang sejarah dan seterusnya umat ini.

Hasrizal @ www.saifulislam
Istanbul

 

Maklum Balas

Maklum Balas

Check Also

syrianchildreninistanbul

Jangan Beragama Sekadar di Pinggiran

kredit foto: demotix.com “Ammu, Ammu, fi sabilillah!” seorang kanak-kanak kecil menarik baju saya. Dia bukan …

2 comments

  1. Semoga Allah terus menjaga ustaz dalam dunia akademik dan perjuangan tafaqquh Osmanli. Mohon doa berpanjangan ustaz juga agar saya diberi kekuatan mengikuti segera jejak akademik ustaz dalam medan Osmanli ini.

  2. Assalamualaikum. Ustaz, saya telah membaca sedikit ilmu berkaitan sultan alfateh.
    Adakah di Malaysia ada menawarkan kursus untuk mempelajari bahasa Osmanlica?Saya ingin menghantar anak2 saya untuk mempelajarinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *