close
Saifulislam.Com Saifulislam.Com
Search
Abi Dinosaur, Ummi Raksasa

p1010050.JPG

“Abi dinosaur, Ummi raksasa!”, kata Saif.

“Yop apa?”, saya bertanya.

“Yop kanak-kanak”, dia menjawab.

“Kanak-kanak ke, atau katak-katak?”, saya mengusik.

“Apalah Abi ni”, Saif malas melayan.

Abi dinosaur, Ummi raksasa. Apakah ini suatu gurauan, atau memang ini imej kami di mata anak-anak? Entah kenapa malam tadi, saya berfikir demikian. Teringat kembali kepada gurauan kami dengan anak-anak semasa di dalam kereta.

Kisah Abi dinosaur dan Ummi raksasa timbul di ingatan saya, apabila salah seorang peserta ceramah “Sharpen the Saw” saya di Al-Nidaa’ tempoh hari, melontarkan soalan tentang masalah anak-anak hari ini yang sangat suka menonton kartun di televisyen.

“Macam mana nak buat, ustaz?”, tanya seorang muslimah.

“Saya bukan pakar psikologi kanak-kanak, maka jawapan saya ini hanyalah suatu perkongsian dan bukannya pandangan seorang pakar”, saya ‘berlapik’ sebelum menjawab.

Muslimah yang menyoal mengangguk.

Saya berpandangan, adalah mustahil untuk kita menyekat anak-anak daripada menyukai kartun dan animasi. Perbuatan kita menyembunyikan kewujudan kartun-kartun itu di rumah, akan menyebabkan anak-anak melakukan ‘jenayah’ apabila mereka mencari peluang menontonnya di luar rumah.

Di pusat asuhan…

Di pasar raya…

Dari cerita dan mulut kawan-kawan…

Kartun ada di mana-mana.

Menyekatnya adalah suatu kemustahilan. Tetapi kita boleh membimbing dan meletakkan had keperluan. Namun sebelum soal bimbingan dan had keperluan itu diperkatakan, ambillah peluang untuk menyelami fikiran anak-anak kita sendiri tentang hal ini.

KUALITI WATAK ITU

Mana mungkin seorang kanak-kanak yang normal, tidak suka kepada hero mereka yang berwarna terang, lincah, penuh aksi, penyayang, lucu, bercakap dengan jelas, lantas mendampingi watak-watak itu menjadikan mereka terhibur, gembira, malah ada juga yang ‘beroleh rasa selamat’.

powerrangersspd.jpg

Lihat sahaja Power Rangers. Warnanya terang dan menarik perhatian. Aksinya lincah dan sentiasa menang dalam pertempuran. Mereka juga bekerja dalam pasukan dan sering bantu membantu untuk menangkis ancaman. Unsur-unsur ini sungguh kuat mempengaruhi anak-anak kita.

Renung pula seorang hero bernama Ultraman. Beliau adalah seorang yang action oriented. Beliau diangkat sebagai perwira kerana bertindak kena pada masanya. Beliau tidak perlu berleter dan bercakap untuk dilihat sebagai hero dan idola. Beliau hanya perlu beraksi. Membuktikan kepahlawanannya melalui tindakan.

Renung pula kepada Barney. Walaupun matanya besar, perutnya buncit dan susah untuk dipeluk, Barney ‘seorang’ yang pengasih lagi penyayang. Barney tidak marah-marah dan berleter. Barney sentiasa membelai, dan pandai mengambil hati. Biar pun warnanya ungu dan sering dikutuk oleh mereka yang jemu dengannya sebagai ‘The Purple Thing“, dia tetap mendapat tempat di hati anak-anak kita.

ultraman-s1v1-04.jpg

‘Cinta’ anak-anak kita kepada Power Rangers, Ultraman dan Barney bukanlah cinta buta. Komitmen dan kesetiaan mereka kepada idola animasi ini, kerana watak-watak ini berkualiti. Mereka memberikan perlindungan, gaya mereka meyakinkan, mereka juga hanya memberi aksi tanpa perlu berleter bagai butir beras padi. Mereka juga penyayang, lucu, pembelai dan pandai mengambil hati.

Apakah kita sebagai ibu bapa, mampu menyaingi watak-watak itu? Apakah ada ciri-ciri Power Rangers dalam diri kita sebagai ibu bapa?

Ibu buat hal sendiri.

Ayah buat hal sendiri.

Malah sering bergaduh sesama sendiri.

Jauh sekali dari watak Power Rangers yang sentiasa berpakat menentang ancaman. Lebih buruk lagi jika ibu ayah suka baju berwarna hitam dan kelabu. Sungguh membosankan.

Apakah kita sebagai ibu bapa, mampu menyaingi Ultraman? Kita adalah ibu dan bapa yang suka membebel sedangkan jarang aksi dan perbuatan kita berpihak kepada anak-anak. Kita membina kekuatan dengan bercakap, tidak seperti Ultraman yang bisu seribu bahasa tetapi penuh tindakan dan aksi yang memberikan keyakinan serta kepuasan.

sub-square-barney.gif

Mahu membandingkan kita sebagai ibu dan bapa, dengan Barney? Oh, sudah tentu kita kalah sebelum masuk gelanggang lagi. Barney itu hodoh di mata kita, tetapi mungkin kita lebih hodoh di mata anak-anak berbanding ‘The Purple Thing‘ itu. Barney penyabar, kita baran. Barney pengasih, kita suka marah-marah dan menyakitkan hati. Barney sering ketawa, kita masam muka sepanjang masa. Bergaduh dengan majikan dan bertempur dengan kereta di jalan, kita hukum anak-anak dengan muka dan bau badan yang kedua-duanya masam!

Tiba-tiba kita berleter mahu memisahkan anak-anak dari segala yang ‘baik’ pada diri Power Rangers, Ultraman dan Barney itu.

Jangan terkejut jika kita ditentang dan dilawan. Apa yang kita ada sebagai alternatif kepada Power Rangers, Ultraman dan Barney?

Abi dinosaur, Ummi raksasa… mungkin itu imej kami dan anda di mata anak-anak kita.

ALTERNATIF HARUS SEPADAN

Soal watak ibu bapa yang mengecewakan anak-anak, bukan isu remeh yang harus ditertawakan.

Dalam masa yang sama, alternatif yang ingin kita tawarkan juga haruslah sepadan dengan jiwa anak-anak.

Lihat sahaja kartun-kartun yang mengajar doa, animasi Islam yang ajarannya bersandarkan sumber Islam yang sahih, perhatikan watak-watak yang menutup aurat dan bersopan itu. Ia memenuhi kriteria yang kita letakkan sebagai ibu bapa. Tetapi adakah ia sesuai dengan anak-anak?

Kebanyakannya kaku, mulut bergerak seperti boleh dibilang buka tutupnya. Bahasanya membosankan. Ia adalah orang dewasa di dalam lukisan kanak-kanak. Rupanya seperti kanak-kanak tetapi psikologinya adalah seorang dewasa. Maka anak-anak kita bosan dengan alternatif sebegini.

Mujurlah muncul baru-baru ini Upin dan Ipin. Semoga produk cemerlang sepertinya bertambah dari semasa ke semasa.

Itu jika kita berhasrat memberikan animasi alternatif.

Keadaan menjadi lebih serius apabila kita mahu anak-anak berhenti menonton kartun untuk memberi laluan kepada program belajar mengaji.

Rancangan mengaji al-Quran bukan kelas mengaji al-Quran. Jika kelas mengaji, seorang ustaz boleh mengunci pintu kelas dan tangannya kemas menggenggam rotan.

Tetapi rancangan mengaji al-Quran di televisyen boleh ditinggalkan hanya dengan gerak hujung jari menukar siaran. Belajar adalah proses yang sepatutnya menyeronokkan biar pun ia kelas mengaji al-Quran. Untuk itu saya ucapkan syabas kepada sahabat saya Ustaz Zamri di TV9 kerana berjaya membawa suatu pendekatan baru dalam kelas mengaji al-Quran. Usahkan anak-anak saya, malah ibu bapa mereka dan pakcik makcik pun suka menontonnya.

Tidak salah ada gelak ketawa, asalkan ia berpada.

generasibaru.jpg
Kami Ustaz-ustaz ‘Baru’

BERUSAHA MEMAHAMI

Maka ibu bapa mestilah banyak menyemak diri sendiri, apabila anak-anak suka menonton TV. Cubalah melihat ‘krisis’ ini dari pandangan anak-anak. Adakah anak-anak yang degil, atau kita sebenarnya yang bermasalah?

Jika mahu dibandingkan watak kita dengan watak Nabi SAW itu dianggap terlalu jauh, maka cermin-cerminlah imej kita di depan anak-anak. Mampukah kita menyaingi Power Rangers dan Ultraman? Apakah kita kalah kepada keluhuran watak Barney?

Abi dinosaur, Ummi raksasa… mungkin itulah kita, di depan anak-anak hari ini yang peka dan bijak belaka.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Kenapa Ummi Mengandung? “Ummi, kenapa Ummi penat?”  tanya Naurah. “Ummi bawa adik dalam...

arrow39 Comments

  1. israkmikraj
    33 mos, 1 wk ago

    Subhanallah. Baru sekejap tadi anak2 bergaduh dirumah pasal kartun! Sampai terpaksa Mak Mertua yang duduk dirumah telefon untuk menenangkan suasana. Masing-masing nak tengok CD cerita lain. Adik perempuan 3 tahun tak mahu beralah dengan abang yang 10 tahun. Abang ‘terpaksa’ mengalah dengan melakukan sedikit kekasaran dengan membaling CD dan terkena mata bibiknya yang menangis sakan selepas itu. Disebabkan saya yang berada diofis tidak sempat menjadi dinosaur, maka abang dihukum melalui telefon supaya mencubit diri sendiri, selepas itu solat sunat taubat dan seterusnya kena mengaji all day sampai ‘dinosaur’ ni balik. Tadi memang gerrram sungguh… Tapi disebabkan adanya meeting yang penting sebentar lagi, maka leteran disingkatkan dan abangnya ‘dihukum’ melalui telefon dan lepas solat hajat kena berdo’a taubat sampai menangis! Apa pandangan ustaz? Bolehke cara ini dibuat?

  2. 33 mos, 1 wk ago

    hehehe…

    dinosaur update semulalah lepas sampai rumah nanti.. nak tahu kesudahan cerita

  3. Amin Ahmad
    33 mos, 1 wk ago

    Interesting article!

    Ya ustaz, kebetulan abang saya bekas kartunis di majalah kartun BOOM! dan Ujang sebelum ini sebelum berhijrah ke Singapura. Anaknya (anak saudara saya la tu..) cukup suka dengan Barney sampaikan Eidul Fitri tempoh hari saya tak boleh online kerana dia akan datang untuk minta saya bukakan Barney di YouTube. Dan adik saya kini di Lim Kok Wing menuntut dalam bidang animasi juga.

    Dalam kajian ilmiah di Barat, saya fikir mereka cukup teliti. Kita boleh lihat silibusnya dari K-1 hingga ke K12, mereka cuba mengenengahkan keperluan silibus dengan kesesuaian tahap perkembangan minda, fizikal dan emosi seorang kanak-kanak dan ia dikuatkan dengan budaya yang dominan dalam persekitaran mereka. Mungkin contoh pengkaji, untuk sesiapa yang berminat, ialah Eric Erickson.

    Bila saya terlibat dalam usaha memindahkan teori2 dalam bidang saya kepada praktis, saya dapat merasakan ‘the beauty of learning environment’ dalam masyarakat Barat yang agak tandus dalam masyarakat kita. Mereka cukup teliti dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil mereka, meskipun apa yang ada sudah dilihat terlalu memadai dalam masyarakat kita.

    Dari aspek penyampaian, prinsipnya terkandung, jika dalam bidang saya dari Interpretasi Persekitaran prinsip ke-6 disebut Children (Prinsip yang menekankan keperluan kita memahami audiens yang laras bahasanya harus disesuaikan).

    Ya, sangat setuju dengan ustaz, bahawa perbandingan nilai adalah cukup penting. Saya percaya bukanlah niat ustaz untuk meremehkan ibu bapa dengan perbandingan dengan Ultraman, Power Rangers dan Barney. Watak2 ini dicipta manusia dan boleh memberi kesan baik serta buruk. Melarang anak2 dari menonton watak2 ini bukanlah jawapan kepada ‘kemahuan’ mereka. Mungkin itu adalah tanda yang perlu dilihat.

    Ustaz, saya masa kecil walaupun menonton pelbagai kartun – Mask, Voltron, Ultraman, Captain Power, Thundercat, Transformers, Flash Gordon etc, minat saya waktu itu tetap pada Shogun dan Hang Jebat! Mungkin kerana P.Ramlee dan Kurosawa lebih berktrampilan dan real!Hehe

  4. Kak Ija
    33 mos, 1 wk ago

    Artikel ustaz ni memang “timely” sebab sekarang kebanyakan anak2 bersama bibik di rumah tetapi anak akak di nursery, lega sikit. Bibik ni kadang tak berupaya mendisiplinkan anak2. Apa2 pun terima kasih ustaz. Bak kata ustaz dalam ceramah “Sharpen the Saw” kena layan juga kakak2 dan makcik2 ni wp separuh pembaca saifulislam penuntut universiti.

  5. man ana...
    33 mos, 1 wk ago

    TV terdedah dengan banyak unsur maksiat….bagaimana nak mengawal kanak2 ni tengok aksi yang mengghairahkan dalam filem atau cerita barat n sebagainya???/?/

  6. 33 mos, 1 wk ago

    Marilah kita berbincang satu satu ya. Tak berhasil jika semua benda bincang satu masa

  7. 33 mos, 1 wk ago

    saya suka tengok detektif conan…..

  8. 33 mos, 1 wk ago

    ok ustaz….mintak maaf…

  9. Amin Ahmad
    33 mos, 1 wk ago

    man ana..nampaknya kita berkongsi minat yang sama!

    Kartun Jepun tak kira Anime atau Manga telah jadi fenomena. Saya jadi saksi hadir semasa kunjungan ke Jepun pada tahun 2005. Dari sekecil-kecil budak yang boleh membaca hingga ke orang tua bertaraf Prof., hampir semuanya tersedut dalam arus tersebut termasuk bermain Game!

    Waktu saya sering berbual dengan adik tentang kurangnya kartun berunsur Islam dalam hasil kreativiti umat, rupanya di Iran mereka telah lebih ke depan. Saya tak berhasrat mahu bertukar pendapat soal Syiah-Sunni, tapi saya rasa keseriusan Iran dalam membangun keperluan umat, pada satu sisi adalah memotivasikan.

    Di sebalik minat kerana ciri teladan yang ada pada watak2 Protagonis2 yang dicipta, saya fikir Ruang Kebebasan Ekspresi juga wajar dilihat. Mungkin itu caranya di peringkat kanak2 mengekspresikan dirinya, dan ekspresi ini berpeluang dizahirkan kerana adanya Ruang Kebebasan Ekspresi yang membolehkan kreativiti didepankan oleh pencipta Protagonis dan Antagonis watak dalam karya.

    Ah, rasa macam terlalu tinggi pula untuk seorang kanak2 berfikir sejauh itu. Tapi tanpa fikiran, saya rasa benar seperti apa yang pernah ditulis oleh Robert Fulghum – All I Really Need To Know I Learned In Kindergarten. Cuma bila dewasa baru maknanya tiba untuk apa yang kita lalui di zaman kanak2.

  10. aiyrie
    33 mos, 1 wk ago

    man ana…
    memang betul TV terdedah dengan banyak unsur-unsur maksiat. Tapi, tak kurang juga rancangan-rancangan yang membina akhlak dan minda. Apa yang perlu kita buat ialah pastikan rancangan apa yang kita dan anak-anak tonton.

    Saya juga meminati anime, dan memang kita kekurangan “hero” yang mampu menarik minat anak-anak Melayu kita. Hinggakan naruto pun diserbankan, kerana apa? Kerana kita tiada ninja muslim yang bersemangat waja, setiakawan, benci sikiap mementingkan diri dan sebagainya. Yang terpampang di berita utama ialah, pengebom berani mati, pengganas dan seumpamanya yang sangat antagonis dengan sifat kanak-kanak yang manja, ingin berkawan, sayang pada haiwan, sukakan sesuatu yang menyeronokkan dll…

    Kita perlu melihat nilai kemanusiaan yang ada pada watak-watak cerita tersebut.

  11. anakkusazali
    33 mos, 1 wk ago

    salam semua,

    sebagai seorang bapa,saya melihat anak yg SANGAT gemarkan “sesame street”,
    SANGAT kerana sanggup berjaga malam sehingga ke pagi kerana melihat aksi ELMO,bert,ernie,big bird dan co.
    sekalipun ditegur berkali-kali,namun tetap degil bersengkang mata,padahal umur anak saya baru 2 1/2 tahun…!!!
    namun KESAN dari menonton “sesame street” dia boleh membuat kiraan 1-11,dan mula kenal abjad ABC…

    Walaupun saya rasa, kesan ini menjustifikasikan proses dia menonton kartun hingga larut pagi saya tetap rasa risau kerana anak begitu kecil sudah pandai menuntut untuk melihat kartun kegemarannya sekalipun mencecah 4-5 pagi.”

    Tak dapat menonton vs Pemberontakan”

    Saya sudah cuba memaksa dia tidur tapi dia gagahkan juga untuk berjaga.Fuh berpeluh juga pikir cara nak atasi melainkan “spanking”

    Penangan Jalan Sesame la katakan…

  12. fazli
    33 mos, 1 wk ago

    saya pun suka detektif conan.suka sangat.

  13. 33 mos, 1 wk ago

    Kalau kita tidak dapat merencana anak kita untuk memilih rancangan TV yang baik, maka masaalah yang sama akan mereka hadapai apabila berhadapan dengan dunia nyata nanti. Alam ini Allah jadikan mempunyai segala-galanya. + dan -, begitu juga TV. Terlalu banyak channel pelajaran di Astro, hanya kita tak mahu melihatnya, jadi tak salahkan anak-anak memilih yang mengikut selera mereka.

  14. 33 mos, 1 wk ago

    Salam…

    Tak dinafikan, banyak sungguh cabaran utk mendidik anak2 zaman sekarang. Kiri kanan depan belakang, semua perlu ditepis dan di’screen’ sebaiknya. Pengalaman kawan2 ustaz yang tidak menyediakan tv di rumah itu memang patut dipertimbangkan, tapi jalan alternatif mesti ada. Dan perlukan kerjasama dari semua pihak (terutamanya yang adults!). Bayangkan kalau tuk & wan yang dah biasa tengok tv kat kampung, tiba2 datang rumah cucu, takde tv… hmm.. kesian la pulak…

    Satu cara yang saya ‘paksa’ diri saya untuk amalkan, adalah untuk membawa anak2 ke padang. Padang kat UM ni, bukannya ada playground pun. Cuma tempat student berjogging dan bersenam. Tapi itu lebih dari memadai untuk anak2 saya tu. Bagi bola sorang satu, biarlah diorang berlari ke hulu ke hilir. Tapi tu lah, saya kira saya amat beruntung, sebab semuanya di depan mata. Jarak dan masa bukan masalah besar, janji mesti rajin angkut diorang ke padang. Yang bagusnya, diorang pun belajar bersosial dengan ‘kakak2′ dan ‘abang2′ (student uni), belajar menegur sapa dan berani ajak abang2 dan kakak2 ni main bola sama2 :) At least, sebelah petang tu takde la diorang mengadap tv aje.

    Anak2 saya pun tak terlepas dari cerita2 kartun ni. Tapi so far, tak la dilabel sebagai raksasa lagi hehe. Janganla salah faham pula, langsung tak berniat nak memuji diri sendiri, yg tersangat banyak cacat celanya.. ye lah.. kita nih ibu bapa muda, banyak lagi yang perlu dipelajari dari yang senior – senior. Tapi, saya jadikan pengalaman interaction dengan mak bapak sendiri sebagai pedoman. Biasalah, zaman dulu, kebanyakan (bukan la semua) mak bapak kurang berkomunikasi dgn anak2, dan saya amat terkesan dengan cara sebegitu. Akibatnya, saya kurang rapat dengan parents sendiri. Walaupun saya tau, diorang amat sayangkan kami semua. Bila diri sendiri dah jadi ibu, baru menjadi lebih rapat dengan mak sendiri. Saya tak mau anak – anak saya jadi macam tu…. terutamanya dalam dunia yang lebih mencabar skarang ni..

    Hmm.. tak tau lah, masih bereksperimen dengan anak2 sendiri.. nampak gaya sekarang tu, apa yang berkesan, macam yang ustaz katakan tu jugak sebenarnya… kurangkan leteran, lebihkan peluk cium dan ucapan sayang. Hasilnya, budak2 nih tak malu nak peluk kami at anytime. Tetiba aje datang peluk atau datang cium pipi. Antara perkara yang amat saya appreciate :) . Bukannya kita tak marah diorang langsung, kalau nakal, memang saya tegur. Tunjuk rotan pun ada. Itu kira last resort la tu.

    Saya tak taulah sejauh mana kebenarannya, tapi to start off, susu ibu tetap ada peranannya. Dari segi bonding, bukan saja antara ibu dan anak, tapi yang saya nampak, antara siblings.. si abang dan adik boleh main bersama. So far, takdela bergaduh sampai berdendam, tapi kalau menyakat sikit2 tu mesti ada :) Setakat ni, saya masih belum jumpa artikel yang boleh menerangkan hal ni, tapi peranan sejenis hormon dari ibu yang masuk ke dalam susu ibu dan diberikan pada baby, dikatakan ada positive effect pada attitude baby. Wallahuaklam.

    Wasalam.

  15. ummu aiman
    33 mos, 1 wk ago

    Salam

    T kasih ustaz krn mengetengahkan isu ini. Saya, sebagai ibu kpd 2 org anak (2 1/2 dan 9 bulan) juga terfikir2 ttg television dan perkembangan anak. apapun, anak sulong saya stkt ni masih terkawal..walaupun sangat suka dengan kartun2 spt teletubbies etc di Cbeebies tu, tp belum sampai tahap tak boleh hidup tanpa TV. apa yg saya lihat, perkembangan pertuturan dan tingkah laku berjalan dgn baik, dengan adanya siri2 di cbeebies. cthnya boleh menyebut dan memahami bbrp perkataan dan juga aksi2 spt ‘big hug’ dgn org yg disayangi dan menyebut ‘thank you’ bila diberi sesuatu, dan mcm2 lagi. Ini cerita tv pendidikan di UK.

    Ada juga cth lain, yg disarankan supaya langsung tidak ada tv di rumah. ada baik dan buruknya. baik- anak2 tak taksub dengan tv. buruk- risau jika dah bergaul dgn rakan2 sebaya, bila dengar rakan2 asik bercerita ttg hal watak2 di tv, anak akan rs ketinggalan. dan akan menyebabkan masalah lain pula -cthnya, nonton tv di luar pengetahuan ibu bapa..maka jika ini terjadi, lagi susah ibu bapa nak observe anak.

    apa pandangan ustaz dan sahabat2 di sini? adakah satu tindakan yg sesuai menidakkan kemahuan anak2 unt menonton tv waktu 1-6 tahun?

  16. Amin Ahmad
    33 mos ago

    Hero di Malaysia digambarkan dengan begitu selekeh. Tak percaya cuba tengok Cicak Man dan Kabhi Zero Kabhi Hero. Maaf cakap, hero macam tu tak berupaya menjadi teladan (tanpa saya menafikan ada beberapa hal yang umumnya boleh dipanggil baik, tapi tenggelam dengan karakter yang diboldkan).

    Isunya saya percaya Dr Shiha mahu mengheret kita kepada gambaran yang lebih besar – sukarnya mendidik anak zaman ini.

    Seorang rakan saya, dari apa yang diluahkannya kepada saya bila saya mahu mendalami masalah sebenarnya yang mengheret dia ke
    perlakuan yang kita sebut ‘gejala sosial’ pernah berkata “Aku dulu masa kecil dikongkong, nak keluar rumah pun susah. Sekarang dah bebas. Pandai-pandaila aku”.

    Ya, kita boleh persoalkan bahawa dia tak matang. Akhirnya dalam perbincangan panjang, kita akan hanya mampu berkata semuanya atas pilihan masing-masing. Apakah itu yang kita nak?

    Dalam kerumitan berdepan dengan realiti zaman, saya kira ‘daya saring’ harus dikemaskan. Bak kata Prof Syed Naquib Al-Attas dalam bab awal buku penting yang mesti jadi bacaan wajib (bukan wajib hukum ya!) – Islam dalam Kebudayaan Melayu, akhirnya dalam longgokan peristiwa dalam sejarah, hanya peristiwa yang memberi makna dibawa ke depan. Begitu lebih kurang maksudnya (saya tak ingat sangat ayat beliau yang tepat).

    Apakah makna yang kita salurkan kepada generasi baru? Mungkin cerita Sang Kancil yang Ustaz bawakan sebelum ini adalah sebahagian bahan renungan bagaimana kita menyalurkan makna ini.

    Moga saya dan kita semua diberi faham yang benar oleh Allah s.w.t.

  17. ummu arib
    33 mos ago

    salam..

    betul kata ustaz kita tak mungkin dpt sekat anak dr terdedah dgn kartun krn anak saya tak dpt kat rumah tapi membawa balik ke rumah dr kawan2nya di taska. cuma yg saya perhatikan kita parents cuma boleh kawal sahaja dan adakala perlu bertegas juga bila setiap masa dgn kartun takdpt la nak tengok berita semasa jawabnya.
    satu lagi yg membimbangkan ialah kartun2 ni byk watak pro n kon nya.kalau anak suka kartun yg dpt improve diri mereka dan mendidik mrk dlm byk hal ok la kan mcm ustaz cakap tu penyayang,mesra,kerjasama..cuma bila kartun yg terlalu byk yg mengarut dan byk unsur2 yg ada kuasa pelik2 macam doraemon,pokemon sailormoon naruto dll(org tuapun suka tgk..:)) ..bimbang pula terkehel aqidah..sbb seolah2 mereka ni cukup hebat dan betul2 berkuasa menjadi sanjungan dan idola anak2 pulak..di situ dah nampak berjaya musuh islam mencipta kelekaan dan memperdaya anak2 org islam.. adakala kita sendiri tak sedar perkara ni sampai anak bila diajak baca iqra’pun taknak sbb kartun nye pasal..masa ni la rotan terpaksa ambil peranan..camana yer nak disiplinkan mereka ni..

  18. Kak Ija
    33 mos ago

    Akak tuliskan kembali kenyataan yang ustaz tulis di shoutbox, naluri manusia sukakan sesuatu yang menarik, menghiburkan dan muncul berulang-ulang jadi alternatifnya mestilah mempunyai ciri-ciri tersebut.

  19. wardah18
    33 mos ago

    saya belum kahwin, tapi anak sedara saya yang sembilan orang(semuanya lelaki) mmg minat sangat dengat kartun2 hero ni..sampai bila balik kampung pon nak gaduh2 sbb semua berebut nak jadi ultraman(sapa yang ‘cup’ dulu dia yang dapat, jadi yang lain kena jadi raksasa!)tapi dulu mmg saya tak nampak kebaikannya (sbb apa yang nampak cumalah aksi lawan yang ‘dilakonkan’ balik setiap hari)..tapi sekarang saya tak nafikan, mmg ada teladan yang ditunjukkan.bila tengok perkara yang tak baik, mereka cepat buat penilaian-”maksu, tak baikkan kalau pukul2 orang..ultraman tak suka”..cuma saya lebih prefer untuk dengar “maksu, tak baikkan kalau pukul2 orang..Allah tak suka” :)

    tapi tak semua animasi di tv baik…mungkin sukar untuk kita sekat minat kanak2 dengan shin chan yang ditonjolkan sbg watak kanak2 yang dianggap kelakar suka kacau perempuan, ‘tarian gajah’, sebagainya.(risau kalau anak2 buah saya buat benda yang sama!)harap bidang animasi yang menarik tapi penuh teladan dan ilmu akan berjaya dibangunkan di malaysia~~

    p/s: yang pakai baju kotak2 biru tu ustaz zamri zaman muda2 ke?macam sama je.. :)

  20. israkmikraj
    33 mos ago

    Salam to all Dinosaurs and Raksasas,

    sambungan from #1:—-> semalam bila sampai rumah dah tak jadi nak marah …. feel takda nak marah! Tak boleh nak jadi dinosaur dengan baik!

    So lepas dia dah makan malam dan solat isyaq suruh dia baca semula apa yang dia mengaji for the whole day. Bila dapat detect yang dia sebenarnya tak baca…..jadi baru ada feel jadi dinosaur dan rotan pun bermula……. sampai pukul satu pagi dia kena mengaji.

    sebenarnya dah malas nak merotan sangat. tapi bila ada kejadian yang melampau2 baru dirotan. Dulu siabang ni telah mengikut aksi kartun Mr. Bean dengan masuk dalam washing machine front load dan dia tutup! Lepas tu bila dia paksa buka dari dalam habis patah pemegang pintu. Gone RM1,500! Tak leh pakai dah!

    Cuma saya rasa, kita sebagai parents kena perhatikan anak2 kita punya kebolehan dalam kenakalan mereka. Saya dok memikirkan nak memasukkan dia kedalam bidang sukan yang menggunakan tangan atau pun lontaran sebagai melihat kelebihan dia dalam melontar dengan tepat. Cuma belum ada idea lagi sukan apa yang saya patut dedahkan kepada dia. Anyway sebenarnya the first priority nak menjadikan dia seorang Hafiz al-Quran dengan memasukkan dia kedalam Tahfiz, tapi belum berjumpa lagi tahfiz yang sesuai. Apa komen ustaz?

  21. wan
    33 mos ago

    Saya SUKEEEE sangat ngan UPIN ngan IPIN…

    diorang comel sangat2…

    dan byk pengajaran…

    Grafik dgn jalan crite memang GEMPAK!!!

    tak sabor nak tengok film GENG tahun depan..

  22. 33 mos ago

    Again, saya cuba untuk menjelaskan kembali, bahawa tulisan saya di dalam artikel ini bukan bermaksud mahu mengulas pro dan kontra yang wujud di dalam kartun di televisyen itu. Perspektif pandangan orang dewasa seperti kita terhadapnya sudah pernah saya lakarkan beberapa kali, misalnya di dalam ulasan saya tentang filem Tentang Bulan.

    Jika mahu diulas dari pandangan orang tua kepada kartun ini, memang banyak yang boleh disenaraikan. Dari unsur ganas yang boleh ditiru oleh anak-anak, sampailah kepada perancangan Yahudi atau sekutunya di sebalik animasi-animasi sepelik Pokemon.

    Tetapi saya mahu mengajak pembaca berfikir, apa yang anak-anak kita nampak yang kita tak nampak? Apa yang menyebabkan segala keburukan di sebalik semua kartun itu, anak-anak kita masih “buang emak buang saudara, kerana Ultraman hamba turutkan”?

    Inilah yang cuba saya terokai. Mungkin betul mungkin tidak. Tetapi kehendak anak-anak sangat simple. Mereka mahukan semua benda asas yang Allah SWT install dalam diri mereka sebagai instinct. Mereka mahu contoh teladan, mahu kasih sayang, mahu keperiwaraan, mahu belaian, mahu sokongan… dan semua tu mereka tak dapat dari ibu bapa seperti kita. Mereka memperolehinya dari Power Rangers, Ultraman dan Barney.

    Di manakah silapnya?

  23. 33 mos ago

    Salam..

    Saudara Amin telah dapat membaca between the line, bagi saya memang sukar untuk mendidik anak zaman sekarang. Topik yang sudah dua tiga kali ustaz utarakan dalam artikel – artikel beliau. Mana dengan pengaruh TVnya, mana dengan rancangan Astro Tom Tom Baknya (sangat sedih sebenarnya melihat ibu bapa yang membenarkan anak masing2 ‘menonjolkan’ bakat seni dengan cara sebegitu… hmm..). Mana dengan sexual pervertsnya… the list goes on.. bukan anak perempuan saja yang dirisaukan, malah anak lelakipun belum tentu selamat. Sesuatu yang tidaklah sangat dipertimbangkan 15 – 20 tahun yang lalu.

    Zaman saya kecik – kecik, tak menjadi masalah kalau nak berjalan seluruh kampung dengan kawan – kawan sambil mengutip buah jambu air. Apa yang nak ditakutkan, kat hujung sana, rumah Tok Ndak, kat tepi tu, rumah Mak Long Yah. Kat sebelah sini, rumah Makcik Na. Ada saja orang tua yang tolong sama memerhati. Skarang tidak lagi…

    Isu kedua, ustaz tanyakan: “apa yang anak – anak kita nampak yang kita tak nampak?”. Bagi saya, mereka nampak ‘seseorang/sesuatu yang boleh ditiru’. Fitrah anak untuk mudah meniru. Mimik. Kalau ibu bapa tidak ‘membenarkan’ diri mereka ditiru, maka janganlah salahkan tv dan rancangan kartun sepenuhnya yang sentiasa ada untuk ditiru..

    Sokong dengan pendapat ustaz, bahawa kehendak anak – anak ini simple saja. Sesuatu yang saya cuba gunakan sepenuhnya hehe. Contohnya, kalau anak nak roti, saya akan bagi sekeping roti. Tapi saya tak faham kenapa mak saya (contoh aje) perlu bakar roti tu, kemudian potong keliling roti yang berwarna coklat tu. Menyusahkan benda yang mudah… anak saya cuma mahu sekeping roti. Itu aje. Tapi saya faham niat mak saya yang mahu memberikan yang lebih baik (pada pandangannya) pada anak saya. Perbezaan pandangan antara yang dewasa dan kanak – kanak ini – generation gap, kalau tak difahami sebetul – betulnya, pada pendapat sayalah, yang membawa kepada persoalan ustaz: ‘di manakah silapnya?’

    Saya kira, ustaz sudah memahami basic requirements bagi anak – anak; contoh teladan, kasih sayang, hero, belaian dan sokongan (antaranyalah). Tapi malangnya, tak semua adults/parents nampak akan benda ni. Tak tahulah kenapa. Sengaja tak mahu ambil tahu? Tiada kepentingan di situ? Cukup dengan menyediakan makan pakai, tempat tinggal saja tanpa memikirkan aspek emosi dan rohani?

    Bagi saya, mudah saja, ingat balik apa yang kita mahukan sewaktu kita kecil dulu, itulah jugak yang anak – anak kita mahukan dari kita sekarang. Bab makan pakai tu, tak perlu hebat sangat, sebab diorang tak hairankan sangat. Asalkan memadai. Tapi bab belaian dan kasih sayang (yang mana benda ni kita tak nampak samada cukup ke tidak), adalah lebih utama untuk dititikberatkan.

    Baru tadi, anak saya yang dah umur 5 tahun tu, marah benar kepada saya sebab saya tegas tak benarkan dia menukar channel TV3 (berita) kepada Astro Ceria. Kebetulan tuk & wan bertandang dari kampung, takkanlah mereka sanggup nak tengok Astro Ceria dari petang sampai ke malam. Dah lama tak tengok Ahmad (anak saya) marah sebegitu. Sudahnya, saya tarik dia dan masuk ke dalam bilik. Biarkan dia luahkan perasaan marahnya. Saya lebih banyak diam dan melihat saja. Tapi saya turut menunggu di dalam bilik itu. 10 minit kemudian, dia cool down dan datang minta dipeluk. Begitulah selalunya. Dengan sedikit pelukan dan sedikit slow talk yang tidak menghukum (lebih kpd menyatakan kesalahannya dan kesediaan kita untuk memaafkan), dia dah ok. Entah la betul ke tidak caranya but so far it works for him.

    Hmm.. beratnya tanggungjawab sebagai ibu bapa, bagi saya, yang paling berat jika nak dibandingkan dengan tanggungjawab kita sebagai pelajar, sebagai pekerja dll. Semoga Allah taala memberikan kebahagiaan dan ketenangan kepada kita di dunia dan di akhirat. Amin.

    wasalam.

  24. 33 mos ago

    salam kenal.

    ada gambar katak katak dan kanak kanak di blog saya:
    http://the-arc-ddeden.blogspot.com
    THE ARC

    wasalam.

  25. idea
    33 mos ago

    “Dah lama tak tengok Ahmad (anak saya) marah sebegitu. Sudahnya, saya tarik dia dan masuk ke dalam bilik. Biarkan dia luahkan perasaan marahnya. Saya lebih banyak diam dan melihat saja. Tapi saya turut menunggu di dalam bilik itu. 10 minit kemudian, dia cool down dan datang minta dipeluk. Begitulah selalunya. Dengan sedikit pelukan dan sedikit slow talk yang tidak menghukum (lebih kpd menyatakan kesalahannya dan kesediaan kita untuk memaafkan), dia dah ok. Entah la betul ke tidak caranya but so far it works for him.”

    - so sweet…:)

  26. hasniza74
    33 mos ago

    bila baca pandangan dan pengalaman semua, saya rasa masih banyak lagi yang perlu dipelajari dalam mendidik anak-anak yang sedang membesar ini. Bab TV ni, yang menjadi keluhan saya ialah waktu siaran terutamanya, waktu maghrib. Kalau boleh mohon pihak yang berkenaan meminda jadual siaran supaya tiada rancangan kartun antara 7 hingga 8 malam agar anak dapat beri tumpuan kepada solat maghrib dan baca quran. Kadang-kadang saya rasa telah ‘dikalahkan’ oleh TV kerana tak mampu menandingi kehebatannya dalam mempengaruhi anak-anak.

    Terima kasih ustaz kerana membincangkan isu yang kadang-kadang kita tak nampak tapi ustaz dapat menginterpretasinya dari pelbagai sudut. Malah kadang-kadang isu tersebut kita tak jumpa pun penyelesaiannya di dalam buku contohnya buku berkaitan pendidikan anak-anak. Kalau ada pun mungkin agak sukar untuk ditafsirkan mengikut kefahaman semasa. Teruskan menulis dan saya amat berminat dengan artikel berkaitan keluarga kerana apa yang ustaz tulis saya cuba fahami, pertimbangkan dan terjemahkannya dalam bentuk tindakan.
    terima kasih.

  27. Amin Ahmad
    33 mos ago

    Saya masih bujang, dan mungkin pandangan seorang bujang tidak dapat mewakili naluri bapa dan ibu dengan sebaiknya. Saya setuju dengan ustaz bahawa naluri yang telah ditetapkan Allah s.w.t. ke dalam diri seorang anak memerlukan wadah untuk diterjemahkan.

    Saya kekal dengan pandangan, sebagaimana saya berpegang kepada prinsip mendidik orang muda – get yourself accepted first!

    Sudah tentu untuk menjadikan diri kita diterima adalah satu cabaran asas sebelum kita mempamirkan kasih sayang dalam bentuk yg pelbagai – marah, berleter, buat tak kisah, bagi peluang dan sebagainya. Tahap penerimaan sudah tentu berbeza jika kita bandingkan seorang kanak2 dan yang lebih dewasa daripadanya kerana ia melibatkan perkembangan kognitif, emosi dan fizikal (sudah tentu termasuk rohaniah).

  28. 33 mos ago

    Saya ingatkan saya seorang saja yg terpaksa jadi “raksaksa” di rumah :) . Pandangan saya lah, dlm cerita2 kartun ini ada sifat2 positive dan negative. Cthnya Ultraman, terdapat juga unsur negative seperti menghukum tanpa usul periksa (kebanyakkan raksaksa yg dibunuh ultraman bukan lah “evil” cuma sekadar binatang biasa tetapi ntah macammana boleh membesar sebegitu) dan terdapat juga ciri positive seperti keikhlasan (ultraman tak pernah minta upah) dan heroism. Adalah elok untuk ibu bapa sebenarnya menjadi tapis, to amplify the positive aspects tapi dlm masa yg sama to downtone the negative aspects. Utk itu, mungkin ibu bapa juga perlu menonton (sekurang2nya tahu apa yg berlaku, kalau tak menonton secara khusyuk sekali pun) bersama anak2. Dlm masa itu lah, ibu bapa perlu memainkan peranan filter /penapis ini.

  29. shiha
    33 mos ago

    Salam..

    Hmm.. tadi dok sembang dengan Ahmad, saya tanya dia naper dia suka tengok Ultraman. Dia cakap, suka tengok Ultraman lawan – lawan. Itu aje. Sometimes I do wonder whether kita terextra analyse minat anak nih. Tak tau lah nak kata. Bila dah besar sikit, dia dah terlupa pun pasal Ultraman lawan – lawan, tapi dia minat benda lain la pulak. Tapi saya sentiasa pastikan dia faham, tak boleh lawan – lawan macam Ultraman kalau main dengan adik pompuan dia. Sebab adik girl, tak tahan sakit hehe. Kalau dah start main lawan – lawan tu, adui seriau tengok. Kena monitor and slalu ingatkan, tak boleh lawan – lawan macam tu dengan orang lain…

  30. akatsuki(dinihari)
    33 mos ago

    ana pun minat detective conan…monster gak.anime penyiasatan terbaik..moga tak melalaikan

  31. pena_prima
    32 mos, 4 wks ago

    Anak sedara saya suka sangat tengok cerita Pingu. Kalau tak silap, Ahad jam 830. Dua tiga kali saya tengok, saya pun berkenan. Jiwa kanak2 lagi kut.

    Pingu adalah cerita realiti sebuah keluarga di kawasan kutub/berais. Dia ada kelakar, ada gaduh2, ada nasihat seorang ayah.

    Mungkin agaknya, anak sedara saya suka sebab pingu adalah kartun yang dekat dengan dirinya. Lakonan semula seorang kartun drp realiti sekeliling dia sendiri.

    Kadang2 saya pelik juga, kenapa majoriti drp 43 anak sedara saya suka saya drp pakcik2 diorang yang lain? Sebab saya kelakar? Suka main dengan diorang? Saya suka sembang dgn diorang? Muka kelakar? Ntah ler.

    Yang saya perasan, bila saya bersama diorang, saya bukan seorang ustaz lagi. Dan bukan seorang ahli politik juga. Saya suka melayan mereka main-main, bawak jalan2 dan layan sembang budak2.

    Dengan anak sendiri, tak tahu le nanti.

    Saya paling suka : scooby …. , pink phanter show dan kartun apa tuh, tikus lawan kucing…

    Teringat seorang pakcik tua bertanya ketika menonton kartun : ” Kartun ni tinggal kat negeri mana yek? ” hehehe

  32. 32 mos, 4 wks ago

    Alamak yob, pat puloh tigey!!! Ghamey tu wehhh. Bah teluk sena kalo semue teghojun sungey peghok. Kume baghu doploh satu.

  33. pena_prima
    32 mos, 4 wks ago

    hehehe..yang ke empat puluh empat, anak teman le. Kalau balik kampung, jangan cakap ler, bingit dibuatnya rumah kampung tuh.

  34. tiang_agama
    32 mos, 4 wks ago

    assalamualaikum,,sekadar mahu berkongsi..

    ” hendaklah kamu berrmain dengan anak kamu pada 7 tahun yang pertama, kemudian pada 7 tahun yang kedua hendaklah kamu mendidik anak kamu, kemudian pada 7 tahun yang ketiga hendaklah kamu bersahabat dengan anak kamu, selepas itu barulah kamu biarkan anak kamu”…..Saidina Ali. kmwjh

    salam ustaz, saat itu semakin hampir..mohon guidance (artikel2) lagi ya

  35. 30 mos, 3 wks ago

    assalamu’alaikum wbt…mohon pandangan tentang tindakan yang harus saya ambik berkaitan masalah saya ini

    saya dlm delima, baru2 ni ada sebuah famili dtg merisik utk anak lelakinya yg bertugas ni tldm lumut. Saya kini bekerja di kuala terengganu..kami tidak pernah kenal antara satu sama lain sehinggalah selepas merisik kami hanya berkenal – kenalan melaui telefon dan insya alah dia kan dtg ke tganu utk berjumpa.

    Saya keliru utk menerimanya atau tidak…melihat kpd familinya dan dirinya sendiri..alhamdulillah..baik.. masalahnya jika kami ada jodoh, sudah tentu terpaksa berjauhan…saya sukar utk bertukar tpt kerja kerana tiada cawangan di negeri lain.

    Bantulah saya dalam membuat tindakan..semoga keputusan yang bakal saya buat dalam rahmat allah selalu..amiinnn

  36. 30 mos, 3 wks ago

    semasa saya berkahwin… kami tinggal berjauhan untuk tempoh yang agak lama. hanya bertemu sebulan sekali. bukan berbeza negeri tetapi negara. paling pantas untuk bertemu pun, naik bas 8 jam..

    tetapi semua ini terlalu kecil untuk menjadi penghalang kepada sebuah perkahwinan. terimalah lamaran itu, dan rancanglah sebaiknya…

    kami doakan.

  37. 30 mos, 3 wks ago

    terima kasih bebanyak ustaz..saya terlalu menghargai pendapat drpd ustaz……..semoga keputusan yg bakal saya buat adalah terbaik utk dunia & akhirat…

  38. syaza
    22 mos, 1 wk ago

    mmm.saye suke anime naruto sebab klu tengok blh memberi semangat. pastu ade semangat setia kawan, menolong org yg tak bape, tak putus ase n cite die pun best…hehe

  39. 6 mos, 3 wks ago

    @israkmikraj, Salam.

    Mula-mula saya terfikir, ish…kenapalah ‘dinasour’ yg ni garang sangat sampai anak kena hukum dlm telefon. Rupa-rupanya anaknya memang aktif sampai masuk dlm mesin basuh!

    Melontar dgn tepat sampai terkena muka bibik…Kasihan bibik. Saya setuju israkmikraj enroll anak ke sukan let say squash, tennis or arcgery since he has the ability to hit the target right. Bakat anak jangan disia-siakan. Hope this helps!

Leave A Comment