Projek Buku: Setia Dengan Kebenaran

Beragama Dengan Akal Yang Sakit

Sekitar tahun 2008-2012 saya cuba wacanakan topik buku Apa Erti Saya Menganut Islam. Isi kandungan utama modul tersebut ialah membetulkan cara fikir Muslim, memposisikan dengan baik di mana Sunnatullah dan di mana Syariatullah, mengharmonikan usaha dengan tawakkal. Biar pun kursus itu sering dikategorikan sebagai kursus motivasi, saya menganggap sesuatu yang …

Read More »

Aidiladha: Kisah Cinta Terhangat Lagi Tertinggi

Ibrahim ‘alayhi al-Salaam menginginkan seorang anak. Keinginan yang pasti luar biasa, kerana menginginkannya pada usia diri dan isteri yang sudah lanjut umur, dan memintanya ketika mana baginda adalah KHALIL Allah. Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan …

Read More »

Naskhah Baru: Setia Dengan Kebenaran

PRE-ORDER DIBUKA SEKARANG! “Setia Dengan Kebenaran” Karya: Hasrizal Abdul Jamil ?? Buku ini tidak dijual di kedai-kedai buku lain. ?? Cetakan pertama terhad 1000 naskhah sahaja (BUKU RM30) PRE-ORDER DI: ✅ bit.ly/tokojejaktarbiah ✅ bit.ly/tokojejaktarbiah ☎️ 011-2906 2609 ☎️ 011-2906 2609 *Pre Order hingga 20 April sahaja. . ✅ PENDAFTARAN EJEN …

Read More »

Bani Adam: Antara Khalifah Dan Makhluk Perosak Serta Penumpah Darah

“Sesungguhnya Aku jadikan di muka bumi Adam itu sebagai khalifah,” Allah memberitahu. “Mengapa Engkau jadikan di bumi itu seorang khalifah daripada jenis makhluk yang berisiko melakukan kerosakan di sana dan menumpahkan darah?” Malaikat bertanya. Pertanyaan Malaikat bukan membantah ketentuan Allah. Aqidah kita menetapkan sifat Malaikat itu adalah makhluk yang taat …

Read More »

Sembang Kerjaya: Bidang Syariah Bukan Pilihan Terakhir

Petikan akhbar The Star 2010 “Kenapalah kamu ambil Syariah? Nanti habis belajar nak kerja apa?” tanya salah seorang ahli keluarga saya. Saya hanya mendiamkan diri. Menelan sahaja persepsi umum yang dilontarkan kepada keputusan saya untuk menolak tawaran yang lebih lumayan Semasa mengisi borang UPU, saya memohon untuk menyambung pengajian dengan …

Read More »

Bencana Membuat Modul Berteraskan al-Quran Tanpa Ilmu Alat

“Apa batasan untuk membina modul dengan menggunakan ayat al-Quran?” Salah seorang peserta bertanya. Kami berada di dalam program teknik membina modul yang saya dijemput menyampaikan sepatah dua kata. Pertanyaan beliau itu berat. Macam mana sekali pun, modul-modul yang mahu bersandar kepada al-Quran, adalah satu bentuk penafsiran al-Quran. Untuk menafsir al-Quran, …

Read More »

Jangan Kuduskan Ijtihad Politik

Semasa belajar sejarah di peringkat sarjana, antara yang saya perolehi daripada latihan akademik di situ ialah pentingnya mengikis kecenderungan meromantikkan sejarah, yang turut boleh berlaku ke atas ahli akademik. Meromantikkan sejarah akan menyebabkan kita menggambarkan sesuatu lebih daripada yang sebenarnya, dan menghalang diri daripada bersikap objektif terhadap persetujuan dan kritikan. …

Read More »

Birgivi: Rendah Akhlaq Kerana Rendah Fikiran

  Abad ke-16 adalah abad cemerlang untuk Dawlah Uthmaniyyah. Banyak aspek ketamadunan yang mencapai ketinggian, mencapainya pada abad itu. Sultannya Suleyman al-Qanuni (Suleyman the Magnificent). Sheikh al-Islam pula Ebussuud Efendi. Senibina pula, pakarnya ialah Mimar Sinan. Ilmu pengetahuannya adalah Taşküprülüzâde. Demikian jugalah perihalnya dengan Barbaros Hayrettin Paşa (Khairuddin Barbarossa) dan tokoh-tokoh …

Read More »

Berakhlak dan Berbahasa Sopan Bukan Angan-angan

“Shaping Excellent Character” adalah cogan kata sekolah kami. Pelajar kami adalah rata-ratanya anak KL. Di KMSS, akhlaq dan karakter positif yang mendasarinya amat penting. Maka tatasusila, berbahasa dengan betul, sebagai sebahagian akhlaq mahmudah, amat kami titik beratkan. Guru-guru tidak dibenarkan sama sekali menggunakan bahasa menghina dalam komunikasi dengan pelajar. Mereka …

Read More »

Jerebu: Bencana Dukhan dan Amaran Tuhan

credit photo: .freemalaysiatoday.com Kita mempunyai pilihan untuk sekadar melihat jerebu ini sebagai satu kejadian bencana alam yang penjelasannya berlegar pada laporan berita serta penerangan saintifik. Namun Allah SWT memberi peringatan bahawa bencana-bencana hasil perbuatan tangan manusia itu, adalah kejadian bermesej daripada-Nya. Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan …

Read More »

Implikasi Menjahilkan Diri Terhadap Musuh

Diskusi bersama Profesor Abdullah al-Ahsan di dalam kelas kami, hampir sedekad lalu, masih berbekas di dalam diri. Di dalam pertemuan kami, kelas berdiskusi tentang persoalan pandangan Barat terhadap Islam di Zaman Pertengahan. Tentunya, teks yang menjadi asas diskusi kami adalah rakaman kuliah yang disampaikan oleh R.W. Southern di Universiti Harvard …

Read More »

Gerhana Gerakan Islam: Pada Mengabaikan Rukun al-Fahmu

Permulaan kepada setiap perbuatan kita adalah ilmu yang difikir. Hatta semasa bertaqlid buta sekali pun, ada secebis ilmu yang difikir lalu menggerakkan kita bertaqlid. “Dia itu kuat beribadat, orang baik-baik, tentu pendapatnya baik dan betul. Ikut sahajalah dia!” seorang pentaqlid berhujah. Dalam hujahnya itu, ada kebenarannya, kalau pun tidak sepenuhnya. …

Read More »

Menginsafi Gejala Menyalahgunakan Nas

“Man shazza, shazza ilannār! Siapa yang berseorangan (tidak bersama jemaah), berseoranganlah dia juga di Neraka” kita bersemangat menukil hadith ini. “Solat, puasa, semua tak ada makna, kalau tidak bersama jamaah!” ada amilin menambah rencah. Memetik hadith-hadith dalam lingkungan  topik hak Jamā’ah al-Muslimīn di kalangan amilin gerakan Islam, adalah perkara yang …

Read More »

Jenayah Pedophilia: Sudah Bersediakah Kita?

Ketika rakyat Malaysia bergembira dengan cuti hujung minggu yang panjang, kita dikejutkan dengan berita di United Kingdom International Business Times (www.ibtimes.co.uk). Seorang pelajar MARA jurusan Matematik di Imperial College, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Southwark Crown Court. Beliau mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki, …

Read More »

Apabila Gerakan Islam Tidak Lagi Bergerak-gerak

Salah satu kaedah yang digunakan untuk memahamkan prospek tentang mengapa mereka perlu bersama dengan gerakan Islam dan mendukung perjuangannya adalah dengan menggunakan sejarah. Kali pertama saya bertemu dengan modus operandi ini adalah semasa berada di United Kingdom. Semasa mendengar seorang pelajar kejuruteraan mengupas tentang sirah al-Khulafa’ al-Rashidin di dalam sebuah …

Read More »