Krisis Sikap di Institusi Kesihatan: Mengapa Harus Begini?

Emak awak mesti menjalani pembedahan craniectomy!, itulah kata doktor pakar tempat saya merujuk kes emak.
Nama craniectomy itu sudah cukup menggerunkan saya. Tempurung kepala emak saya akan ditebuk untuk merawat bahagian yang sakit. Selepas itu tulang yang telah ditanggalkan itu tidak akan dipasang semula. Bahkan bahagian yang berlubang itu hanya akan ditutup dengan kulit kepala semata-mata.
Aduh, tak terbayang hendak melihat emak derita. Saya termenung.
Semuanya bermula sejurus selepas kepulangan saya ke Malaysia. Semasa itu emak saya mengadu yang dia sering mengalami sakit kepala yang teruk. Kadang-kadang sampai menggigil dan berpeluh. Katanya, bilik tidur kadang-kadang seperti berpusing dan emak selalu rebah.
Abang-abang sudah berusaha membawa emak ke klinik. Selalunya, doktor di klinik akan memberikan emak saya tiga jenis ubat iaitu ubat penahan sakit, ubat angin dan ubat jalan darah. Maklumat-maklumat itu sungguh tidak membantu. Saya pergi ke klinik yang selalu emak kunjung untuk bertanya tentang jenis ubat yang diberikan selama ini kepada emak saya tetapi doktor terbabit enggan memberitahu. Saya melihat, motifnya ialah supaya saya tidak ke farmasi untuk membeli sendiri ubat tersebut.
Inilah bahananya apabila sistem di Malaysia membenarkan doktor merawat dan membuat diagnosis di klinik serta menjual sendiri ubat sedangkan farmasi adalah disiplin ilmu yang berlainan. Malah di sana akan berlaku pelbagai conflict of interest kerana doktor sepatutnya memberi ubat yang paling berkesan dan murah, dan bukannya yang menjanjikan komisen dari syarikat pengeluar ubat terbabit.
Geram sungguh saya dengan respond klinik tersebut. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membawa emak ke sebuah hospital pakar swasta. Di situ, emak saya dirujuk ke klinik ENT (Ear, Nose and Throat). Pelbagai ujian beserta CT Scan dan MRI diadakan. Wang sudah keluar beribu ringgit dan akhirnya kami tiba ke suatu konklusi iaitu emak saya mengalami sejenis penyakit yang disebut sebagai chronic suppurative otitis media (CSOM) iaitu jangkitan bakteria yang kronik di telinga tengah. Ia telah menyebabkan struktur telinga emak rosak, di samping lapisan tempurung kepala yang turut terjejas. Jangkitan juga telah merebak ke pelbagai struktur nerve dan ia telah menyebabkan lidah emak menjadi agak senget. Apa yang pasti, telinga kanan emak sudah tidak boleh mendengar lagi.
Saya berasa sangat sedih. Kes emak telah dirujuk ke bahagian neurology dan akhirnya doktor pakar terbabit telah mencadangkan agar emak saya menjalani pembedahan kepala yang disebut sebagai craniectomy dengan belanja RM9 ribu.
Oleh kerana emak sudah tidak berdaya menanggung sakit, beliau dengan berat hati menyatakan persetujuannya untuk menjalani pembedahan tersebut. Akan tetapi, saya bertekad untuk mendapatkan pandangan kedua di dalam hal ini. Syukur Alhamdulillah, isteri saya seorang doktor dan kami pula hidup bertahun-tahun di dalam masyarakat perubatan di Ireland. Ramai kawan yang kini sudah menjadi doktor pakar dan mereka memberikan pelbagai pendapat.
Melalui beberapa orang rakan, saya membawa emak ke sebuah hospital universiti di Kuala Lumpur. Emak dirujuk ke bahagian ENT. Namun, hasil bacaan mereka kepada imej CT Scan dan MRI, mereka menjadi keliru. Tambahan pula emak saya tidak demam dan tidak berasa sakit, kecuali ketika diserang pening kepala tersebut sahaja. Akhirnya doktor pakar dari pelbagai jabatan berkumpul dan mengadakan mesyuarat.
Mereka sampai kepada keputusan bahawa emak saya tidak perlu menjalani pembedahan craniectomy yang berisiko tinggi itu. Cukup sekadar rawatan intensif antibiotic infusion (drip) selama kira-kira 6 minggu. Emak saya perlu menerima antibiotik CIPROBAY® (ciprofloxacin) selama sekurang-kurangnya 6 minggu. Syukur Alhamdulillah pembedahan tersebut dapat dielakkan.
Maka pada bulan Ramadhan itu, yang merupakan Ramadhan pertama saya di Malaysia selepas 11 tahun merantau di luar negara, saya berulang Ipoh ke KL hampir tiga kali seminggu. Ketika itu isteri saya pula baru sahaja melahirkan anak kami yang kedua dan saya sentiasa berada di dalam keadaan tersepit antara isteri dan anak-anak di Ipoh dengan emak yang sedang terlantar di hospital berkenaan di KL.
Sepanjang berada di hospital tersebut, pelbagai insiden berlaku. Saya diberitahu oleh pihak hospital bahawa emak saya perlu menjalani Gallium Scan iaitu prosedur imbasan yang dilakukan dengan cara memasuk sejenis bahan radioaktif Gallium ke dalam tubuh emak saya. Tujuannya adalah untuk mengukur tahap keberkesanan antibiotik tersebut. Namun, stok Gallium di Jabatan Perubatan Nuklear sudah habis dan ia perlu dipesan dari England. Emak dikehendaki membayar pesanan tersebut yang mencecah hampir RM2000.
Abang saya cuba bertanya kepada jururawat tentang Gallium Scan tersebut. Sekadar ingin mengetahui komplikasinya. Tetapi jururawat telah membalas soalan abang saya dengan sindiran yang cukup menyinggung perasaan. Ketika doktor membuat ward round, jururawat terbabit berkata, “hah, inilah dia orangnya doktor. Tanya ini, tanya itu. Doktor cubalah terangkan kepada dia. Biadap sungguh jururawat tersebut yang memuncungkan bibirnya sambil jari menunding ke arah muka abang saya.
Saya juga berasa amat terkilan kerana beberapa pagi dalam seminggu, doktor pakar runding (consultant) akan datang ke katil emak saya bersama pelajar-pelajarnya. Mereka bercakap di dalam Bahasa Inggeris sehingga meresahkan ibu saya. Good Morning tiada, salam jauh sekali. Tiba-tiba sahaja consultant tersebut berkata, “makcik, jelirkan lidah!”. Pelajar-pelajar tersebut akan membelek-belek lidah emak saya sambil mendengar penjelasan doktor.
Saya tidak dapat membayangkan betapa hinanya emak saya diperlakukan sedemikan rupa. Setaraf tikus putih di makmal sahaja gayanya. Semasa saya dirawat di hospital di Ireland, setiap kali doktor atau jururawat datang ke katil saya, mulut mereka begitu manis dan ringan untuk mengucapkan kata-kata yang mempamerkan nilai kemanusiaan dalam diri mereka. Apalah salahnya jika diminta izin terlebih dahulu dan selepas pemeriksaan selesai, ucapkan terima kasih kepada emak saya kerana mahu bekerjsama.
Memanglah emak saya hanya orang kampung, tetapi ia bukan alasan untuk doktor tersebut berlaku biadap. Apatah lagi di hadapan pelajarnya. Secara tidak langsung dia mengajar etika negatif itu kepada anak-anak muridnya dan tunggu sahaja 10 tahun dari sekarang, pelajar tersebut akan meneruskan tradisi buruk itu selepas bergelar doktor.
Tidak cukup dengan itu, tragedi bersiri terhadap sikap petugas hospital kepada emak berlarutan di Jabatan Radiologi. Oleh kerana tangan emak saya sudah bengkak-bengkak dan tidak lagi mampu menerima antibiotic infusion (drip), maka emak saya dikehendaki menjalani suatu prosedur ringkas angioplasty untuk menanam satu tiub di dalam lengan emak saya. Tiub ini akan digunakan untuk memasukkan antibiotik kerana emak saya akan menjalani rawatan tersebut untuk tempoh 3 minggu lagi.
Saya bergegas datang dari Ipoh sebelum subuh lagi, kerana emak saya dijadualkan untuk menjalani rawatan tersebut pada jam 8:30 pagi. Setibanya di hospital, saya menyorong emak ke Jabatan Radiologi dan kami menunggu giliran di kerusi yang disediakan. Saya menjenguk senarai nama pesakit di bilik rawatan tersebut. Nampaknya hanya ada tiga orang pesakit yang akan menjalani prosedur angioplasty dan emak saya di giliran yang kedua.
09:30…
10:30…
11:30…
Wah, selepas tiga jam menunggu, tiada sebarang khabar berita. Emak saya sudah mula pening kerana keletihan duduk di atas kerusi roda. Saya mula panas hati dan menjenguk ke kaunter.
Assalamualaikum nurse. Emak saya dah berada di sini sejak jam 8:15 pagi dan sekarang sudah hampir 12 tengah hari. Apa yang berlaku?, saya cuba mendapatkan penjelasan.
Encik duduk dulu, nanti saya periksa apa yang berlaku”, jawab jururawat tersebut.
Selepas 15 minit, tiada sebarang respond yang saya terima. Emak sudah agak lesu dan seperti mahu rebah. Tambahan pula dengan cuaca yang agak panas ketika itu.
Akhirnya saya pergi ke pintu masuk bilik pentadbiran jabatan dan mengintai-intai kalau ada sesiapa yang boleh saya ajukan soalan. Tiba-tiba seorang lelaki mengarahkan seorang jururawat menutup pintu di hadapan batang hidung saya. Hati saya sudah tengah hari, panas membakar seperti mahu merentungkan sesuatu.
Saya menahan pintu itu dari ditutup dan meminta izin untuk berjumpa dengan doktor di dalam. Alhamdulillah jururawat tersebut bersetuju membawa saya berjumpa dengan doktor tersebut. Baru sahaja saya mahu membuka mulut bertanya, saya diserang oleh doktor tersebut dengan bahasa yang kasar.
“Eh, awak ingat kerja doktor ni senang ke? Awak tak nampak ke saya tengah buat prosedur ni? Ini kes kecemasan, kalau tidak dilakukan sekarang, tangan pesakit ni mungkin terpaksa dipotong!”, dia menengking saya sambil menunjukkan imej tangan seorang pesakit yang sedang berada di dalam bilik pembedahan.
“Itu saya faham, doktor. Kerja doktor memang susah. Isteri saya pun doktor juga. Saya tahu kesusahan dia. Tapi…”. Belum pun sempat saya menghabiskan ayat itu, doktor tadi menyambung lagi herdikannya kepada saya.
“Hah, baguslah kalau begitu. Tahu pun. Habis tu kenapa awak tak boleh duduk diam di luar tu. Kerja doktor ni bukannya kerja bank, faham???”, tegasnya dengan bahasa dan muka yang angkuh.
Saya sudah hilang sabar.
“Hey, you listen to me. Yes, me and my mom are not doctors, neither nurses and not even medical students. But that does not make me and my mom stupid like some kind of a kampung stuff. Awak tu doktor, berurusan dengan manusia. Bukannya pegawai bank. Kalau kerja bank tak apa. Awak nak biadap ke, nak kurang ajar ke, urusan awak adalah dengan mesin duit dan kertas. Tapi awak doktor. Awak berurusan dengan manusia. Emak saya tu manusia, bukannya tunggul…”
“Saya cuma nak tahu, apa yang berlaku? Emak saya sudah lebih 4 jam menunggu di luar sana. At least hantarlah seorang nurse untuk beritahu kami kalau awak ada emergency. Kami bukannya bangang sangat sampai tak boleh faham explaination nurse awak!”, muka saya sudah merah padam.
Doktor tersebut seperti agak terkejut. Mungkin jarang-jarang sekali dia diherdik. Maklum sahaja, sudah jadi doktor pakar. Tahu serba serbi. Hingga rasa orang lain semua di bawah hidungnya.
Saya berasa sedikit menyesal kerana itu bukan sikap biasa saya. Tetapi apabila doktor tersebut menghina saya begitu sekali, saya kira mempertahankan maruah diri adalah bukan perkara kecil.
10 minit selepas itu, emak dibawa masuk ke bilik rawatan. Selepas lebih 4 jam menunggu, prosedur yang dinanti-nanti memakan masa 10 minit sahaja dan emak keluar dengan wajah yang terpinga-pinga.
“Kenapa emak?”, saya bertanya.
“Entahlah, doktor tu kata dia nak tukar kerja di bank pula selepas ni”, jawab emak.
Saya hanya tersenyum sendirian. Kelucuan statement doktor itu kepada emak saya masih belum dapat meredakan kemarahan saya terhadap peristiwa hari tu.
Banyak lagi peristiwa yang berlaku selama 6 minggu emak berada di hospital tersebut. Saya berpesan kepada isteri saya, “kalau sayang tidak boleh menjadi doktor yang pakar dalam klinikal, saya tidak bersedih, tetapi peliharalah budi bahasa semasa berurusan dengan pesakit ketika di hospital nanti. Kerja ini ibadah.”
Saya cuba membayangkan, seandainya isteri saya bukan doktor, seandainya kawan-kawan saya bukan doktor, bagaimanakah nasib emak saya? Bagaimana nasib ribuan malah jutaan anggota masyarakat yang tidak mengenali sebarang doktor dalam hidup mereka?
Syukur, Jumaat baru-baru ini saya berpeluang untuk menyampaikan kuliah motivasi kepada kakitangan wad kecemasan di Hospital UKM termasuklah isteri saya. Peluang ini akan saya gunakan untuk berkongsi pandangan tentang permasalahan yang membelenggu kita semua iaitu MASALAH SIKAP!
PENGAJARAN
Semasa kuliah motivasi tersebut, saya diajukan dengan satu soalan yang menarik.
Mengapakah masyarakat Barat yang rata-rata tidak bertuhan, mempunyai etika kerja yang baik? Mereka berhemah dengan pesakit, mereka bersikap profesional di dalam kerjaya. Sedangkan kita di Malaysia tidak begitu. Walhal kita beragama Islam. Maka jika begitu keadaannya, mengapa perlu untuk kita kembali kepada Islam untuk meningkatkan prestasi kerja?
Soalan ini penting untuk dijawab secara jujur oleh kita semua. Untuk cemerlang di dalam pekerjaan, sesiapa sahaja yang mengkaji akan bersetuju bahawa kuncinya ialah pada SIKAP. Kita mesti membina PR, skill interpersonal, kemahiran berkomunikasi dan lain-lain etika kerja yang positif. Masyarakat Barat telah menyedari akan hal ini lantas mereka memupuknya secara terpeinci. Jika di Amerika Syarikat, pendekatan 7 Habits oleh Covey, diajar di peringkat sekolah. Mereka diajar supaya profesional dalam pekerjaan. Akhirnya mereka boleh menjadi seorang doktor yang cemerlang di hospital, tetapi bukanlah suami atau isteri yang baik di rumah. Dia boleh mengendalikan sebuah syarikat yang mempunyai 500 pekerja tetapi gagal menguruskan seorang isteri dan dua anak di rumah. Seorang pramugari boleh memberikan senyuman yang paling manis kepada penumpang sebuah kapal terbang, tetapi mungkin masam mencuka setiap kali pulang kepada keluarga. Maka akhirnya, jika dinilai pada kualiti kerja, mereka berjaya walaupun tanpa AGAMA.
Akan tetapi bagaimana dengan kita umat Islam? Kita mengambil agama hanya sebagai ritual dan bersangkutan dengan hukum hakam semata-mata. Kita tidak lihat agama sebagai pembentuk sikap. Seumpama seorang yang belajar hadith, sibuk menghabiskan masa menentukan kesahihan hadith tetapi tidak memikirkan bagaimana caranya isi hadith tersebut patut diamalkan. Kita belajar tentang Solat dari segi syarat sah, wajib dan sunatnya, tetapi kita tidak peduli tentang bagaimana Solat boleh membentuk sikap positif dalam kehidupan. Apabila bercakap tentang akhlak, kita fokus kepada faedah ikhlas, sabar dan tawakal tetapi kita tidak perhaluskan teknik menanam keikhlasan, kesabaran dan tawakal itu. Agama kita menjadi pengetahuan semata-mata, pengetahuan yang memberiTAHU. Bagaimana dengan soal MAHU? Apatah lagi MAMPU? Maka akhirnya, kita mahir tentang hukum hakam tetapi akhlak kita buruk. Apabila saya sebut akhlak buruk, saya tidak merujuk kepada perbuatan mengumpat, mengkhianati majikan, curi tulang atau gangguan seksual di tempat kerja semata-mata. Malah akhlak yang buruk itu ialah pada kegagalan interpersonal skill kita, kecelaan budi bahasa, perbuatan memandang rendah orang lain, buat kerja sambil lewa dan sebagainya.
Akhirnya kita celik HUKUM tetapi buta SIKAP.
Masyarakat Barat tak peduli hukum. Walaupun mereka boleh cemerlang di dalam kerja, tetapi kehidupan mereka binasa oleh arak dan zina. Kecerdikan mereka hilang dan berubah menjadi binatang apabila alkohol dijamah. Mereka sudah tidak pedulikan dosa pahala, lantas gereja menjadikan dosa sebagai bisnes melalui pengampunan dosa yang ditawarkan. Saya rasa kita boleh bersetuju yang masyarakat Barat hari ini sedang duduk di dalam sebuah rumah yang dimakan anai-anai pada tiang-tiang serinya. Institusi keluarga musnah, 2004 melihat lebih 50% anak yang lahir di Britain, tanpa bapa. Mereka lebih selesa bersekedudukan tanpa perkahwinan kerana mendapat faedah potongan cukai dan lain-lain yang tetap sama dengan pasangan yang berkahwin. Walhal, jika bergaduh, proses cerai adalah amat sukar dan menelan belanja ribuan Pound.
Tetapi saya bimbang dengan trend terkini masyarakat kita, iaitu: HUKUM PUN TAK TENTU HALA, SIKAP PUN ENTAH APA-APA!
Adakah sesiapa yang mempedulikannya?
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor
- Saifulislam.Com » Blog Archive » Krisis Sikap di Institusi Kesihatan II – Seruan Kepada Islam, Bukan Ireland
- Saifulislam.Com » Blog Archive » Kenapalah Tak Angkat Telefon?
- Krisis Sikap di Institusi Kesihatan: Mengapa Harus Begini? – By Saifulislam « wELcOmE tO My hEcTiC LifE
- Paradigma Perubatan dan Hospital Islam -by Saifulislam « wELcOmE tO My hEcTiC LifE








































about 2 years ago
bersabarlah wahai saudara…setiap yang berlaku tu ada hikmahnya…sama-samalh kita berdoa kepada Allah moga emak saudar sembuh dari derita yang dialami….insya’allah…
wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum.
saya menghidap penyakit yg sama macam ibu ustaz. dan mengalami nasib yang agak sama ketika nak dptkn rawatan di hospital kerajaan. cuma saya x sampai diherdik atau dimaki hamun. tapi dalam keadaan sakit yg amat sangat, terpaksa menunggu selama 3 jam sblm dpt jmp doktor yg bertugas. pada hari yg sama, sy dijadualkan fly untuk melanjutkan pelajaran ke india. natijahnya, saya sampai je india , masuk hospital terus kena bedah. n doktor pakar india kutuk2 docs kat malaysia sbb x ambik ape2 tindakan pd saya yg dh kronik ni. alhamdulillah saya cpt g hospital n penyakit tu x sempat sampai ke lapisan otak..smpt dibedah dulu. agak terkilan ngn layanan docs di malaysia..saya sekarang sedang belajar perubatan..saya amat berharap agar nanti bila sy dah jadi doktor (insyaAllah dalam tahun 2013) saya nak jadi doktor yang prihatin dan sabar dalam menghadapi ape jua situasi. doakan saya ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum
Terkejut dan tak sangka sungguh saya apabila membaca kisah ustaz dan mak ustaz di hospital tu. Sampai macam tu sekali sifat dan sikap consultant di Malaysia. Apalah nak jadi yer… Walau apa pun ustaz, alhamdulillah, at least ustaz sedarkan dia dan berjaya buat dier berfikir balik akan sifatnya sendiri. Ya. Kerja sebagai seorang doktor memanglah sangat susah, payah, pening kepala, sengal badan, sakit otak dan tension. Itu semua memang lumrah. Mungkin doktor tu ader masalahnya yang tersendiri sebelum tu sehinggakan tensennyer dier dan meletup pada ustaz. Alhamdulillah la dia meletup pada ustaz yang berkebolehan untuk pulangkan paku buah keras and buat dier muhasabah diri balik. Cuba bayangkan, kalaula dier meletup pada pakcik atau makcik yang memang innocent, memang sangatlah tak dapat dimaafkan.
Harap harap generasi doctors yang belajar di luar negara tuh, bolehla extract sifat2 baik consultants, interns and any SHO pada patients and jangan lupa apply ilmu2 tuh. Kita umat Islam patut jadikan semua tuh as our nature in our daily basis actually and not just one of the bedside’s manners, insya allah. Tunjuklah generasi Islam baru yang berjaya.
Alhamdulillah mak ustaz dah mendapat rawatan yang sepatutnya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Pengasingan bekalan ubat dengan rawatan (dispencing write) telah lama diperjuangkan tetapi masih belum diluluskan atas alasan tertentu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ustaz..
Saya sudah hilang sabar.
“Hey, you listen to me. Yes, me and my mom are not doctors, neither nurses and not even medical students. But that does not make me and my mom stupid like some kind of a kampung stuff. Awak tu doktor, berurusan dengan manusia. Bukannya pegawai bank. Kalau kerja bank tak apa. Awak nak biadap ke, nak kurang ajar ke, urusan awak adalah dengan mesin duit dan kertas. Tapi awak doktor. Awak berurusan dengan manusia. Emak saya tu manusia, bukannya tunggul…”
melihat kepada ayat di atas..ustaz memang benar-benar marah..tahukah ustaz siapa yang ustaz marah..manusia seperti ustaz juga..hanya dengan tekanan dan tidak mendapat layanan yg sewajarnye ustaz marah..cuba bayangkan seorang doktor yang berdepan dengan kerenah pesakit sejak die mula bljr hingga sekarang..suatu tekanan yg mampu mengubah sikap seseorang..di luar negara bkann seperti di cini..kerja disane tidak seperti beban disini..hanye dgn sedikit tekanan ustaz tidak menjaga budi bahasa..no wonder org lain pun orang lain begitu…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assamualaikum…
dalam hal ini saya kira kita bersikap emosi dalam hal menjaga
kepentingan peribadi dan orang kesayangan serta merasa terpalit juga untuk bersuara lantaran tergolong dalam pihak yang mencemuh atau dicemuh.
benar soal sikap dan akhlak kita semua sebagai manusia yang kerdil,
jauh daripada kesempurnaan akhlak Rasul junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, tetapi kita masih perlu meneladani dan mewarisi keindahan akhlak yang di tonjolkan beliau atas kefahaman yang jelas.
walaupun kadang-kadang atau sesekali tersasar dan tersalah haluan dalam memutuskan perkara yang sebenar-benarnya “benar” tidak bermakna kita harus memblacklist sesuatu pihak atas kesilapan atau kekhilafan tanpa melihat dan membantu kearah perubahan selepas itu.
insiden ini pasti akan membuka mata dan minda kita tentang sikap dan mentaliti masyarakat kita dalam melihat sesuatu itu daripada pelbagai perspektif dan yang paling biasa…”put yourself in his/her shoe”
empati sentiasa lebih dari simpati…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
mungkin sesuatu yang seorang doktor perlu buang jauh-jauh ialah sangkaannya bahawa, dialah yang paling teruk menanggung derita belajar sampai kerja, lantas derita itu boleh menjustifikasikan perbuatannya mengenakan derita kepada orang lain. apabila saya cuba mencadangkan perubahan, tentangan datang dari doktor sendiri, kerana ada perasaan ’seperti dendam’ bahawa jika aku teruk dulu, kenapa mesti yang kemudian-kemudian ini terlepas?
“dengan hanya sedikit tekanan” adalah sesuatu yang relatif. bukan saya yang tertekan, tetapi emak saya yang hampir pengsan menunggu sekian lama. malah saya hanya mahu bertanya tetapi terus dibalas dengan tutup pintu bilik dan terus diherdik si doktor.
lupakan saya, atau sesiapa. tetapi adakah Tuhan yang bersedia menerima alasan tekanan kerja untuk bersikap begitu? doktor atau suami doktor, kita semua ada Tuhan sebagai Reference (with capital R)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
. saya kurang faham keseluruhan history yg diberi… apakah emak en. memerluan angioplasty?
“”Tidak cukup dengan itu, tragedi bersiri terhadap sikap petugas hospital kepada emak berlarutan di Jabatan Radiologi. Oleh kerana tangan emak saya sudah bengkak-bengkak dan tidak lagi mampu menerima antibiotic infusion (drip), maka emak saya dikehendaki menjalani suatu prosedur ringkas angioplasty untuk menanam satu tiub di dalam lengan emak saya. Tiub ini akan digunakan untuk memasukkan antibiotik kerana emak saya akan menjalani rawatan tersebut untuk tempoh 3 minggu lagi.:::
banyak kecelaruan terhadap cerita yg d berikan…
tapi tak mengapa… mungkin layperson faham lain …. never mind….
abaikan pasal prosedur yg d buat tu… berkaitan dgn radiology procedure … mmg akan megambil masa yg lama terhadap seseorg pesakit… adakalanya mmg stress… mmg lteruk di bahagian radiology-intervention di mana memerlukan contrast atau pewarna… bukan pewarna murah macam water colour… agar faham… untuk menjalankan prosedur mmg megambil masa yg lama di bwah bantuan sinar x as a guidance(bantuan) supaya nampak tube yg akan d masukkan….
pasal emak en di jadikan bahan exploitasi oleh pelajar perubatan…. en mesti paham situasi peljar perubatan…. untuk belajar sesuatu disease ianya memerlukan pesakit… kerana kami d malaysia di ajar melalu i case pesakit di hospital… kerana kami akan merwat pesakit….kalau hanya berpandukan buku mmg mudah… tapi kami bukan ingin merwat buku…kami ingin merawat pesakit…. kami ingin medekati pesakit… memahami situasi pesakit…. ianya berbeza dgn text books…..provided text books pulak dr over sea pulak… kami nak treat pesakit kat malaysia…so kena lah belajar dr pesakit… tu namaya case study….
kami berusaha untuk melayan kerenah pesakit yg semakin pandai merawat diri sendiri…. kami tahu bidang perubatan satu ibadah… tapi fahamilah situasi kami … beban kerja yg banyak… kerenah masyarakat…..
betapa susahnya berhubung dgn manusia… insya’allah masa depan dunia perubatan akan berubahan kepada zaman robot… hanya robot akan menjalankan prosedur…ianya lebih baik…
Respond to this comment [with empathy]
Jauhari reply on January 6th, 2009 1:24 pm:
@yoong,
bunyiknya mcm tak ikhlas nak jadik doktor je? bukan tugas seorang doktor je yg susah, byk lagi profesyen lain yg lebih mncabar. saya yg bukan medic student pun faham cerita ustaz tadi.
bukan soal pesakit tak bole jadi ‘case study’…cuma masalahnya doktor tu tolonglaa beradab sikit. bg salam, bual dulu dgn pesakit tanya khabar ke apa, then minta izin utk buat demo kat student. camtu pun payah sgt ke doktor nak laksanakan?
jgn ego sgt dgn ilmu yg ada. semua tu milik ALlah……..
p/s: patutnya semakin berisi semakin tunduk, ini tidak, semakin berisi semakin hidung tinggi. sedih!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya rasa yoong terlepas pandang apa yang saya sebutkan.
sebelum emak saya dimasukkan ke teaching hospital, memang sudah ada dalam kefahaman kami sekeluarga bahawa rawatan yang bakal diterima, dan keberadaan emak saya di wad, akan turut digunakan sebagai kes-kes yang dipelajari oleh pelajar perubatan. so, kami tidak ada sebarang bantahan mengenainya. malahan gembira untuk bekerjasama. isteri saya juga tidak akan menjadi doktor yang baik, melainkan kerana dia juga pernah melawat pesakit di wad dan belajar mengenai pesakit itu dengan panduan consultant yang mengajar.
tetapi, isu yang saya timbulkan ialah adab. consultant datang bersama student ke tepi katil emak saya, bercakap sesama mereka, salam takde, hi takde, apa pun takde, tiba-tiba menoleh ke emak saya dan suruh dia jelirkan lidah! what ever excuse was given, she is still a human being with dignity. tak bolehkah tambah few magic words seperti “assalamualaikum makcik. student saya nak tengok lidah makcik, maafkan kami?”
mahal sangatkah lidah seorang doktor pakar sehingga perkataan sebanyak itu pun tidak boleh disebut? what example that the consultant demonstrated to the students?
the issue was not about using my mom as your study case, but the way the consultant approached her.
the only reason i can see is either you feel that bagi salam is valuable, or not. that’s all.
kes di bahagian radiologi tu, saya cuma nak tanya seseorang, either nurse or doctor, what actually happened coz my mom was on the wheelchair kat kaki lima tu for almost 5 hours. just nak tanya… tapi tak sempat buka mulut, dah kena tengking….
what to justify that?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
alhamdulillah..
digerakkn hati saya utk bace artikel ni…
walopon lagi beberape bulan artikel ni genap setahun tp xpelah..
ape y sy nak utarakan kat sini (maaf ye ustaz bhs remaje) semakin sy bace artikel2 ustaz semakin saye sedar realiti kehidupan y sebenar nye..
dari pengalaman2 ustaz sekurg2 nye sy dapat seteguk dua panduan bile satu mase nnt berhadapan dengn situasi y same nnt..
kadg2 tu terdetik hati ni rase gerun untuk terus hidup kat dunia ni…
betape pahit nye jln y perlu kite tempuh sblm menerima ganjaran y semanis syurga…
selame ni sy byk memikir kan ttg remaje2 kite y semakin entah kemane..
xkire lah y tertggl peljarn mahupun y sdg stadi di universiti..
duduk termenung mane silap nye ape penyelesaian nye…
dgn hrpn jika sy dpt memikir kan nye satu ari nnti sy dpt berbakti dgn ape y telah sy pk kan kepda masyarakat sekeliling..
tp tu lah….
byk y kene belajar lg…
sy xtau lah kalo ustaz ade tulis artikel ttg sume ni..
sbb sy pun br je mengenali tulisan ustaz melalui majalah anis..
moge buah tulisan dan fikiran ustaz dpt memberi kan saye care berfikir y lbh matang dan dpt mengajar saye utk berfikir dgn merelatekan segale2 nye dgn Allah y Esa…
barakallhufik..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam,
ustaz, terima kasih krn berkongsi cerita. Mmg rata2nya sebegitu sikap yg ada di MALAYSIA…
adakah ini budaya atau pelajaran agama dan moral sekadar hanya mengisi 1 atau 2 slot waktu disekolah…malahan penekanan budaya sosial dan sukan amat ditekankan disekolah berbanding kepentingan waktu ibadah wajib umpamanya solat.
Salah siapa?, tepat pada waktu diajar utk berdisiplin apabila masuknya waktu belajar di sekolah mahupun waktu memulakan tugas di pejabat, bagaimana pula ketepatan waktu dalam menunaikan SOLAT ? sama sekali ia hanyalah diulang dlm setiap waktu pelajaran agama atau siri ceramah berulang tanpa perlaksanaan…
patutkah mencari salah siapa? atau betulkan salah itu atau wujudkah peluang bagi memperbetulkan keadaan itu?
ana masih menunggu dan akan terus menunggu hadirnya jiwa yg mampu merubah cara hidup dan perlaksanaan islam di bumi Malaysia yg tercinta….
Adakah Islam dihormati di bumi Malaysia ? Fikir2 kanlah….
Perlunya perubahan SIKAP dlm apa jua urusan…x rugi hulurkan senyuman dan ucapkan salam kerana ia adalah sedekah yg amat murah…Allah Taala akan memberi ganjarannya…tak kira siapa pun kamu…pasti kamu akan berasa senang apabila ada org yg menghulurkan senyuman kepadamu…wallahualam…
Respond to this comment [with empathy]
about 11 months ago
Salam wbt
Sy seorg pelajar perubatan di UK, dan baru saja masuk clinical year di sini minggu lepas. Dan Masya-Allah, perkara yang sangat2 byk sy belajar di sini, adalah bagaimana doctor2, tidak kira tahap houseman ke, consultant ke, house officer ke- mereka semua SANGAT2 sopan pada patients yang ada. They do not only hear the patients’ problems, but they REALLY LISTEN to them as well, walaupun kdg2 patient tu mula bercakap perkara2 yang langsung tidak masuk akal, tp dr2 tu bole je look interested dan really listen to them. Dan doctor2 di sini sentiasa bermanis muka, senyum pada patient2, tak kira betapa sibuknya mereka.
Dan kalau di Uk ni, pelajar2 perubatan mmg diajar utk berkomunikasi dgn baik dgn patient, mmg kalau takde skil2 komunikasi, mmg boleh gagal exam! Ni termasuk la, introduce diri pada patient, minta kebenaran utk interview dan examine, basically make them feel at ease.
Kadang2 terfikir juga kenapa lah, kita di Malaysia yg banyaknya Muslim doctors tp tak praktikkan nilai2 Islam terutamanya bila berhadapan dgn manusia lain, yg dlm kesakitan pulak tu..
Takpe,,nanti balik Malaysia nnt, bile kami pula yg memegang university2 perubatan/ sistem perubatan Malaysia, kami akan pastikan tiada lagi doctor2 yg bersikap tidak sopan/rude pada patients. Ubah sikit sistem kat Malaysia tu, lillahitaala . InsyaAllah,,doakan.. =D
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
askum
y don’t u ask ur wife to come back n work in malaysian public hospital?
then she will know what it is like and understand the malaysian health care system
then maybe she can explain to u n help u understand the real situations we all are facing here
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on September 9th, 2009 1:30 am:
@DrZa,
Salam.
The article was written in 2006 and that was almost 4 years back. She is now completing her final year clinical masters in one of the teaching hospitals.
But whatever the perspective is and was, sin is still sinful when it goes against the border prescribed by Allah. Unless we believe that Allah never understands the complications behind ‘medical world’.
Respond to this comment [with empathy]