
Kenangan itu adakalanya mengundang senyuman.
Terkenang biri-biri menyagat badan di tembok kegatalan.
Hidung dicucuk bau hamis kencing keldai di lorong ke kedai roti.
Sesekali diganggu anak Arab yang comot penuh debu.
“Anta Kuri? Anta Yabani? Anta Shini?” tanya mereka.
Adakalanya berbunyi comel. Sesekali mahu juga disiku dahi.
Tetapi di celah-celah keindahan itu, ada segumpal perasaan yang sulit diungkapkan oleh kata-kata. Kenangan yang mengundang senyuman itu, berubah pula menjadi beban. Seperti dada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang tepu dan membuak rasa disentuh wahyu, secebis beban itu turut kurasa tatkala menerima Mu’tah sebagai universiti perjuangan tempat Allah mengajarku erti kehidupan.
Aku pernah menangis di sisi Maqam Abdullah bin Rawahah r.a. Menangis kerana pernah lemah jiwa dibantai ujian kehidupan, sedangkan aku saban masa berjiran dengan Sahabat itu. Tangisanku adalah tangisan untuk bangkit daripada kelemahan. Aku jatuh, tetapi aku mahu jatuh ke hadapan.
Di celah rimbunan pohon rendang di sisi Maqam Jaafar bin Abi Thalib r.a., aku pernah menjerit di dalam sepi. Menjerit kerana mahu langit terbuka di Bumi Isra’ menghantar doaku agar didengar oleh-Nya. Tetapi jeritan itu hanya terungkap di dalam sepi kerana aku tahu dalam sepi itu Allah lebih dekat denganku berbanding urat di tengkuk menanggung nafas.
Maqam Zaid bin Harithah r.a. juga pernah membuka pintunya untuk aku menumpang menung merenung diri. Aku termenung memikirkan aturan Allah yang menghantar aku ke tempat yang paling menguji seluruh sendi dan urat tubuhku, tetapi dalam kepahitan itu aku tidak pernah luput sumber semangat juang, dek tiga Sahabat Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang kurasakan bagai menanti ketibaan generasi pengganti.
Semua itu menghiris hati, setiap saat aku menoleh kembali ke sekolah jihadku di bumi Mu’tah.
Lalu kepulanganku ke Medan Syuhada’ pada musafirku di Safar penuh makna ini, adalah untuk membantuku melepaskan rindu. Bukan sahaja melepaskan rindu, malah melepaskan Urdun daripada beban kenangan itu.
Salam perpisahan…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
State of Kuwait 17:20
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Jazakumullahelkher dan terima kasih ustaz.
Subhanallah, perkongsian dan motivasi ustaz dlm PERTAMA membakar semangat kami.
Nur Faezza Mohd Mohtar,
Irbid- JUST.
@saya,
wa iyyaakum. Selamat meneruskan perjuangan!
“Tangisanku adalah tangisan untuk bangkit daripada kelemahan. Aku jatuh, tetapi aku mahu jatuh ke hadapan.”
Moga satu hari nanti, saya berperasaan yang sama seperti yang Ustaz rakamkan dalam tulisan ini.
~Langkah bermula…
@Nurman Mohd Nawi,
Buang ‘Moga’ itu, pasti sokongan Allah datang melimpah.
ape maksud ustaz buang “moga” itu?..saya kurang faham….
@syam,
rasanya, Ustaz nak kata, di kala ini cukup sudah bicara dan pengharapan.. Perlu mula bergerak.. Kalau tidak, sampai kesudah “moga dan moga” lagi…
Berharap/Bermoga saja tak ke mana, kena ada usaha, barulah harapan kan terlaksana.
“Moga” yang sedikit, jadi sumber inspirasi. Terlebih “moga”, jadi “stumbling block” pemikiran dan usaha…
Wallahu a’lam.. Ayat yang Ustaz kongsi itu, begitulah yang saya lihat.
Assalamualaikum ustaz,
tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula universiti kehidupan
Hasrat hati, pastinya inginkan seribu tahun lagi untuk bersama dengan ustaz..tapi, itu mustahil, justeru, peluang yang ada ini, akan ana hargai dengan sebaiknya…Syukran jaziilan wahai murabbiku..
@hasanhusaini,
Mungkin kita tidak sempat banyak berbicara tetapi dalam sepi, banyak hasrat dan cita-cita dikongsi antara hati
@Abu Saif, Ya…benar..sangat benar…Terasa benar bicara itu..moga ia tidak hilang luput dimakan hari berlalu…
Semoga setiap butir mutiara yang ustaz tinggalkan buat adik-adik di bumi Urdun ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami yang masih di sini.
What you see is what you get.
Jika kami hanya memandang bumi Urdun sebagai tempat kami pelajar tajaan JPA dihantar bersama biasiswa, medan untuk menamatkan pengajian, dan menggenggam segulung ijazah, sekadar itulah yang kami terima. Tetapi untuk melihat perancangan Allah meng’utus’ kami ke bumi barakah ini sebagai satu medan kami mencari diri dan membentuk peribadi, InsyaAllah itu adalah yang lebih baik daripada ijazah yang boleh didapati di mana-mana.
Doakan kami bermanfaat untuk ummat.
Syukran, ustaz!
@sarah,
Benar sekali Dr. Sarah.
Terima kasih kerana menyambut seruan kami.
terima kasih yang tidak terhingga atas perkongsian ustaz dalam PERTAMA .
@izyanibrahim,
wa iyyakum
jazakallahu khair ustaz..semoga bertemu pula di medan perjuangan di malaysia..
p/s : paling tidak boleh dilupakan, penampilan ustaz dalam nasyid semalam. Terkenang nyanyian nadamurni suatu ketika dahulu. Muzik tidak terlalu hebat, tapi irama dan lirik cukup untuk menusuk hati.
@hidayat hasni,
awat lambat sangat perkenalkan diri? tak sempat nak sembang apa-apa. Hanya menyambung sesi semenjak meeting terakhir di Intec dulu.
assalamualaikum ustaz..
kenangan bersama ustaz di bumi syuhada’ akan kami sematkan dalam hati dan pertarbiyahan yg cukup bermakna buat kami semua.syukran jazilan ya ustaz.. ^^,
@insyirah,
waalaikum al-salaam wbt.
teruskan perjuangan…
Terkenang pula bumi urdun…
Di mana bumi dipijak di situ tersimpan kenangan…
Moga Allah berkati setiap usaha ustaz
“medan ini medan yang susah dan payah”
“sesusah medan mu’tah di puncak sana”
“dan penghuninya juga harus gagah ”
“segagah kota karak perakam sejarah”
akhirnya termakbul jua impian saya untuk melihat lagu ini berkumandang semula di bumi mu’tah….dan semalam ia menjadi kenyataan dan menggegarkan bumi masrah di pekan mu’tah yang sepi….moga liriknya menusuk kalbu buat para du’at islamiah di jordan untuk berbakti di bumi nusantara kelak…
@uday mu’tah,
Ana menerima undangan untuk mengalunkan nasyid Tetamu Dataran Syam walaupun sedar diri sudah tua dan nafas juga tidak cukup, demi membuktikan kesungguhan ana kepada antum tentang apa yang dirakamkan di dalam lagu itu sebagai harapan ana kepada antum.
Salam perjuangan…!
Selamat Datang Tetamu Dataran Sham…
Moga tamu ini kembali lagi…
salam..
suatu ketika tetamu ‘itu’ hadir dengan hati yang mendatar..namun tetamu ‘itu’ pulang dengan jiwa yang besar hebatnya..lambaian kasih dataran itu menggamit jiwa tetamu ‘itu’,agar hadir ia kembali ke dataran ini, melahirkan ribuan insan luar biasa seperti tetamu ‘itu’..
@camarputih,
moga ribuan insan itu menjadi pengganti dan terus menyambung perjuangan itu…
biarlah tetamu itu terus berkelana kerana destinasi perjuangannya masih luas dan tidak bisa disempitkan dengan usaha yang sama…
biarlah tetamu itu terus mengembara ke destinasi yang hilang jiwanya…
Assalamualaikum ust,
terima kasih atas kesudian ustaz ‘menerima lamaran’ kami untuk PERTAMA kali ke-4. Sungguh bermakna buat ust & kami. Mudah-mudahan, kenangan kali ini sangat manis buat ust & kami, dalam usaha dakwah & merapatkan hubungan 2 generasi Jordan. Semoga beroleh ganjaran terbaik daripada-Nya, insya Allah.
-nurul ain samsuddin, JUST,irbid-
moga ribuan insan itu menjadi pengganti dan terus menyambung perjuangan itu…
biarlah tetamu itu terus berkelana kerana destinasi perjuangannya masih luas dan tidak bisa disempitkan dengan usaha yang sama…
biarlah tetamu itu terus mengembara ke destinasi yang tiada penggeraknya…
@ummusaif,
destinasi yang tiada penggeraknya?
moga jumpa lagi ustaz.kata kata ustaz membuka mata kami dalam melihat dunia..
salam ustaz, harap sihat hendak-Nya. saya peserta PERTAMA hari tu. trime kasih atas segala perkongsian ustaz. sgt bermakna buat kami. hari tu sebelum pergi nenek saya ada minta kirim salam pada ustaz. tapi saya lupa naksampaikan. teruja sgt tengok ustaz depan mata.hehe. dia suka sangat baca karya2 penulisan ustaz. doakan kami tabah di bumi tumbuh suburnya pohon tin ini. kirim salam pada ummu saif dan keluarga
@n2n,
wsalam wbt.
Wah, sampai nenek pun kirim salam. Sampaikan juga salam saya kepadanya…
Salam ustaz.. Terima kasih dan Tahniah..
Saya dapat merasakan nyanyian yang dendangkan adalah sepenuh perasaan dan ibarat melepaskan segalan bebanan yang didalamnya tersingkap semua rasa rindu, duka, manis, kecewa..
“nampaknya salji akan turun dibumi Mu’tah pada malam ini”..
Ya.. itulah salji dari hati..
Tangisan kerinduan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata mahupun tulisan..
Irbid
@Nur,
Hanya lagu itu yang mampu ana hadiahkan untuk antum, generasi waris perjuangan
terima kasih ust, kehadiran ust kali ini benar-benar membuka jalan dan mencelikkan mata zahir dan batin..bukan salji yg turun..tp linangan air mata ikhlas
Ana sentiasa mendoakan kesihatan ust dan terus diberikan kekuatan untuk teruskan perjuangan…
” tetamu di dataran syam ini
harus gagah seperti abu ubaidah
tanah yang gersang disuburkan dengan
darah jihad dan jiwa pahlawan”
@syahrul,
Laa tansaana min du’aaikum
salam..ustaz..
mubarak!! melalui liku-liku hidup yang sukar…
dan jazakallahkher atas kesudian ustaz bertandang kembali ke bumi urdun..
alhamdulillah…kedatangan ustaz ke sini sangat memberi kesan di hati kami..
moga hati-hati kami di ikat kuat atas dasar satu akidah, wehdatul fikr n wehdatul amal untuk melaksanakan tugas yang perlu dilaksanakan atas dasar suka dan mahu bukan atas dasar kewajipan sahaja..
doakan kami di sini..
“bukan setakat memahami tetapi perlu mengubah “LIFE STYLE”..
@pencarijiwa,
mabruk that you hit the bull’s eye!
Sejujurnya, dendangan ‘tetamu dataran syam’ malam itu sungguh memberi kesan pada hati sanubari. apalagi bila didendangkan oleh pencipta dan penasyid asalnya.
Kami sahut seruan perjuangan di bumi Ribat ini, insyaallah. Doakan kami, ustaz.
Ya Allah, berilah kekuatan.
Muhammad aizat amiruddin
Irbid, JUST.
@aizat.amirudin,
Teruskan perjuangan. Itu juga mungkin nasyid terakhir ana
Sudah tua…!
Dewan Masrah warna kemerah merahan masih menghiasi dada ini. Terbayang sang murabbi sedang petah di atas pentas. Sedih terpaksa pulang lebih awal.
Semoga Allah lahirkan ramai lagi pendakwah faham siapa mad’u, kreatif serta mengerti syariatik dan saintifik dalam melahirkan Da’ie yang profesional!
Mohammad Sufian Talib
Mafraq, Uni. AL al-Bayt.
@sufiantalib,
Gerakkan langkah pertama kalian, sokongan Allah akan datang mencurah-curah… ameen.
Salam
Merenung jauh terkenang-kenang,
Di mana dia tempatnya lahad,
Tempat jatuh lagikan kenang,
Inikan pula tempat berjihad!
Selamat Pulang! (^^)
salam dari Bumi Syam,
Insyaallah, selagi masih ada kesempatan di bumi Syam yang berkat ini, saya akan cuba padatkan dengan menuntut ilmu agar terubat rasa rindu tika pulang ke tanah air nanti. ameen!
@Sufi elMidany,
padatkan… namun jangan sampai kekurangan adrenaline
alhamdulillah~
tahniah us saifulislam, terfikir bahawa ustaz ini telah membuka jalan bagi dakwah antara 2 generasi yang s ering di ‘halangi’ dengan senioriti atau sempadan umur tanpa menunpukan tanggungjawab membentuk dakwah dan berjuang didalamnya
-ibnusyabab
@syabab el jundy,
moga jalan yang telah dibuka itu, tidak sunyi menanti musafir kelananya
salam ust, macam best jer…hehe..
syahwatulilmi asyaddu min syahwtin nisa’…
alhamdulillah..
“PERTAMA bukanlah maksud sebenar untuk kami menemuinya.. hanyalah sebagai wasilah.. kerana orang-orang seperti ini selalu menjadi kerinduan oleh jiwa-jiwa yang yang gersang dengan dosa.. dan bila bersamanya.. terasa diri ini tidak layak untuk berkelana di bumi isra ini.. kerana bumi ini hanya tempat untuk jiwa-jiwa yang sepertinya..”
setelah hampir setahun ana menunggu.. walaupun tidak dapat pada PERTAMA tahun lepas.. tapi akhirnya dengan izin Allah pada PERTAMA kali ini.. ustaz balik juga ke kampung halaman.. dan kami sentiasa bersedia untuk menerima kepulangan ustaz ke kampung halaman ini lagi.. insyaAllah kami akan pasti merindui ustaz.. terima kasih ustaz di perkongsian pengalaman.. dan minta maaf ustaz sebab tak dapat tunaikan hasrat ustaz untuk berjumpa insan yang bernama ‘Mustafa Abu Zaid’ sewaktu solat jumaat hari tu.. tidak ada apa lagi habuan yang dapat ana janjikan melainkan hanyalah ganjaran yang berlipat kali ganda di sisi Allah..
@MABA,
Terima kasih atas Dhiyafah yang sangat berharga. Ana tidak pernah berasa kecewa tidak sempat bertemu Dr. Mustafa Abu Zaid kerana selama ini pun, sentiasa merasakan kehadirannya di dalam diri kerana tidak pernah melupakan nasihat dan ‘leteran’nya. Teruskan perjuangan antum, manfaatkan setiap detik dan ketika sepanjangan mastautin antum di bumi Anbiya’
Lagu “Tetamu Dataran Syam” yang Ustaz sampaikan masa PERTAMA memang tembus ke hati…
“Duduk di bumi syam,selamba je buat dosa”
Waktu ust sebut ayat yang sepotong ini,rasa bagai ditikam!
Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz,Gandingan Ustaz bersama dengan Ustaz Maszlee menjadikan PERTAMA ’10 antara program yang terbaik saya pernah hadir.
Selamat Berjuang dan terus doakan kami…
Azlan Shah
Yarmouk University Irbid
@azlanshah,
Terima kasih juga kerana sudi meredah padang pasir Urdun untuk bersama di PERTAMA Teruskan perjuangan…
SALAM..Terima kasih di atas kesudian ustaz memberi ilmu pada kami semua. Dan sekalung penghargaan juga kerana sedia menerima pelawaan untuk menyanyikan lagu ‘Tetamu di Dataran Syam’..Mantap!
@Abdul Hakim Johari,
wsalam wbt ustaz.
nak hadiahkan doraemon yang sama tinggi dengan antum, bendanya takde. jadi nasyid itulah yang ana hadiahkan sebagai penghargaan dan pembakar semangat
Salam ukhwah..di sini saya tidak ada apa-apa komen. Tapi sekadar untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas penulisan ustaz yang banyak membuka minda saya. Saya doakan semoga ustaz sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah. Saya sentiasa akan menunggu tulisan ustaz untuk di baca. Harapnya suatu hari nanti saya dapat berjabat tangan dengan ustaz. Sekadar itu, salam alaik..
@Naz,
wsalam wbt.
teruskan bersama, kongsikan buah fikiran dan rasa. moga di jalan itu kita bersama sentiasa, ameen.
Terima kasih atas coretan anta ya akhi.
Teringat kenangan Darul Ulum, Sweileh 1996 – 2000.
Alf Mabruk
@Hanafi,
Salam ustaz. Ana sempat lalu di tepi Darul Ulum. Bangunan masih kekal seperti biasa namun bukan lagi dihuni anak Malaysia. Sweileh semakin sesak, tetapi sedikit terkilan kerana Sheikh Solah pun sudah ke Abu Nusair khabarnya
Salam….
Seronok baca ttg PERMATA abu saif & antum kat urdun. tak sabar utk pulang ke “‘kg halaman”… Insya Allah kalau diizinkanNya, saya pun akan ke Yarmouk, temankan zaujah bentang paper kat sana…… rasa tak sabar pulak.
Anapun rindu untuk menjejakkan kaki ke Suwaileh,destinasi pertama ketibaan di bumi anbia’.Mafraq yang gersang tetapi subur denga ukhuwah.Teruskan perjuangan walaupun payah dan sukar kita dijanjikan dengan syurgaNya.Siiru ‘ala barakatillah.