Home / Buku: Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi (page 4)

Buku: Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi

November, 2013

  • 28 November

    Mengapa Belajar Sejarah?

    MENGAPA BELAJAR SEJARAH? Ramai pelajar menghubungi saya bertanyakan soalan ini. Mereka berminat untuk menyambung pengajian di bidang sejarah. Tetapi mereka tidak dapat menerangkan kepada ibu bapa, mengapa mereka mahu memilih bidang ini, ketika mana bidang-bidang lain yang lebih ‘baik’ hadir sebagai pilihan. Tidak mudah untuk ibu bapa menyetujui hasrat anak memilih bidang sejarah, ketika mana dia berpeluang belajar di bidang perubatan dan kejuruteraan. Anak-anak dan ibu bapa perlu berkongsi jiwa dan minda yang besar, mungkin juga di luar kotak, untuk melihat sejarah sebagai suatu bidang yang kritikal. Bidang yang diberikan penekanan oleh negara yang mahu bangkit daripada kesilapan semalam. Tidak …

  • 28 November

    Kajian Semalam Yang Sangat Futuristik

    Sudah agak lewat bagi saya untuk menempuh pengalaman ini. Sesuatu yang menjadi kebiasaan ramai pelajar lain pada usia yang lebih muda. Malah semasa kelas ini berlangsung, saya adalah pelajar kedua tertua. Paling tua adalah Profesor Liladhar daripada Universiti Berkeley di California USA. Namun beliau masih bujang. Saya yang sudah berumahtangga dan anak empat. “Oh, Hasrizal. Dia sudah berumahtangga dan ada 4 anak!” itulah ungkapan paling popular rakan-rakan sekelas semasa berbicara tentang saya. Summer School anjuran İstanbul Bilimler Akademisi (İBA) dan Yünus Emre Enstitut ini diadakan selama hampir sebulan lamanya di Fatih Sultan Mehmet Vakıf Üniversitesi. Saya sendiri tidak menyangka permohonan …

  • 26 November

    Tiga Keistimewaan Şehidimiz Ahmad Ammar

    Hari ini saya ditemuramah oleh wartawan Kosmo. Mereka mahu membuat liputan tentang adinda Ahmad Ammar. Ia satu perkembangan yang baik. Beberapa hari selepas pemergian Ammar pada 2 November lalu, saya terfikir tidakkah kejadian besar ini boleh menembusi media utama sama ada di Turki apatah lagi di Malaysia. Pertemuan diadakan di Masjid UKM. Sukar sekali untuk saya ungkapkan apa yang saya tahu tentang Ammar. Terlalu sedikit. Dapat saya rasakan, di riak wajah wartawan KOSMO tadi, beliau seperti tidak bertemu dengan apa yang beliau cari. Sesuatu yang sensasi, yang luar biasa, yang dramatik. Barangkali. Namun itulah Ammar, kepada mereka yang mengenalinya. Istimewa …

  • 21 November

    Barat, Turki, Orientalis dan Cabaran Mempelajari Sejarah Dawlah Uthmaniyyah

    Belajar di Turki adalah permulaan yang penting. Namun ia bukan jaminan untuk menghalang kita daripada tersangkut pada jerangkap Orientalis. Hakikatnya Orientalis terkemuka di negara Eropah dan Amerika Syarikat yang menjadi pakar rujuk terhadap kajian Dawlah Uthmaniyyah, dilahirkan oleh dunia akademik Turki itu sendiri. Bernard Lewis mendapat latihan di Turki, fasih bertutur di dalam bahasa Turki. Stanford J Shaw Demikian juga dengan Stanford J Shaw. Beliau berguru dengan nama-nama besar sarjana Turki seperti Professor Ismail Hakki Uzuncarsili, Professors Omer Lutfi Barkan, Halil Sahillioglu, Mukrimin Halil Yinanc dan Zeki Velidi. Latihan akademik yang mendalam di Turki, tidak mengubah Bernard Lewis kepada bukan …

  • 17 November

    Ummah Yang Kematian Ibu Bapa

    HILANG IBU BAPA Bagaimanakah reaksi kita apabila seorang anak muda yang berjaya, elok kerjayanya, cukup serba serbi keperluan hidupnya, mengadu tentang kehilangan ibu bapanya? Hilang ibu bapa. Bukan hilang anak. Ibu bapa pula, adalah ibu bapa yang tidak pernah ditemui. Entah hidup entah kan mati. Orang muda itu ada segala-galanya. Cuma dia risau ibu bapanya hilang. Dia tidak berjumpa dengan ibu bapanya. Tetapi dia tahu dia ada ibu bapa kerana semua manusia ada ibu bapa. HILANG ANAK Bagaimanakah pula reaksi kita apabila anak muda itu kehilangan anak? Anaknya diculik, barangkali. Selepas dua tahun lalu anaknya yang seorang lagi meninggal dunia …

  • 5 November

    Ammar: Antara Tadbir Insani dan Takdir Ilahi

    Cuaca hari itu sejuk mengigit diri. Salji turun tebal, melitupi bumi Istanbul semenjak beberapa hari. Ia waktu yang enak untuk sesiapa sahaja melenakan diri di bilik, berselimut, berbual-bual kosong bersama teman, menunggu Zohor, Asar, hingga tenggelam matahari dan sehari berlalu, seperti sehari sebelumnya. Namun bagi saya, setiap saat berada di Istanbul mesti saya manfaatkan. Seminggu yang diperuntukkan untuk lawatan kali itu, setiap detik, mesti ditentukan kegunaannya. Saya sedang mengumpul maklumat yang cukup tentang Sultan Abdul Hamid II, seorang sultan yang dianiaya umat terkemudian yang tidak mengenalinya. Sultan merah. Kuku besi. Anti demokrasi. Diktator. Namakan apa sahaja gelaran jelek untuk seorang …

October, 2013

  • 24 October

    Antara Kekuatan Amal Dan Retorik Kata

    Semasa ucapan meninggalkan pejabat pada tahun 2004, Pakcik Mehmet Kayacan tidak menyebut sokongan beliau kepada calon yang bakal bertanding, sama ada calon partinya, AKP mahu pun parti lawan, MHP. Beliau hanya menyatakan bahawa, apa yang paling penting ialah berkhidmat untuk kebaikan penduduk Bolvadin. Sesuatu yang ditunaikannya sepenuh hati selama 10 tahun memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Bolvadin, Akibat ucapannya itu, kedua-dua calon ‘terpaksa’ bercakap tentang perancangan masing-masing untuk Bolvadin, tanpa menyerang satu sama lain. Bercakap tentang perancangan masing-masing. Tidak mengungkit kelemahan sesiapa. Kedua-duanya takut menjadi si ‘penjahat’ di mata penduduk. Ia memberi kemenangan moral. Para pemerhati politik memuji kebijaksanaan Mehmet Kayacan dan …

  • 8 October

    Mengapa Para Sultan Uthmaniyyah Tidak Mengerjakan Haji?

    Kredit foto: Turkishairline.Com Sultan-sultan Uthmaniyyah boleh berperang hingga ke Mesir dan Austria, memakai gelaran Khadam Dua Tanah Suci dan memimpin kerajaan terbesar di dunia, tetapi tiada seorang pun yang menunaikan ibadah Haji, rukun Islam bagi setiap kita. Bagaimana boleh terjadi begitu? Apakah ini boleh dianggap sebagai salah satu bukti, betapa sultan-sultan Uthmaniyyah itu tidak beramal dengan Islam? Saya agat kecewa semasa mendengar kenyataan yang dibuat oleh Rageh Omaar di dalam klip video pengenalan kepada satu program bersiri di BBC bertajuk The Ottomans: Europe’s Muslim Emperors.   Rageh Omaar mempersoalkan bahawa, sultan-sultan Uthmaniyyah bukan sahaja memposisikan diri mereka sebagai pemimpin politik, malah …

August, 2013

  • 12 August

    Hari Pertama IBA Summer School di Istanbul

    Pada masa ini saya sedang mengikuti program Summer School di Istanbul. Program selama tiga minggu anjuran Istanbul Bilimler Akademisi (IBA) ini memberikan kami peluang mengikuti kursus secara intensif mempelajari Bahasa Turki Uthmaniah (Osmanlica) iaitu bahasa Turki klasik yang ditulis di dalam huruf Arab, seperti mana yang digunakan oleh Daulah Uthmaniah, sebelum penggugurannya pada tahun 1928. Program ini juga menyediakan seminar intensif membabitkan tajuk-tajuk pengajian Uthmaniah. Seminar tersebut meliputi subjek sejarah politik Daulah Uthmaniah, sejarah perkembangan sains, seni dan budaya, serta falsafah dan pemikiran. Saya bersyukur kepada Allah kerana terpilih menyertai program ini kerana ruang penyertaan yang disediakan amat kecil iaitu …

July, 2013

  • 19 July

    Menyertai ‘Ottoman Culture and History Summer School’ di Istanbul

    Sudah lama saya membaca dan cuba memahami tentang sejarah Daulah Uthmaniah. Membaca kerana ingin tahu, membaca kerana berminat, membaca kerana jatuh cinta, dan menterjemahkan hasil bacaan itu dalam tulisan, ceramah dan perbualan harian. Masanya sudah tiba, pembacaan naik ke peringkat mengkaji. Mengkaji bukan hanya berbekalkan kerajinan membaca, tetapi mengkaji dengan cara yang betul, tahu membezakan antara sumber yang benar dengan sumber yang salah, boleh membezakan di kalangan sumber yang benar itu, mana yang lebih utama antara satu sama lain. Mengkaji bukan sekadar mengandai-andai sendiri maksud fakta yang ditemui, tetapi menafsir dan membahaskannya berdasarkan asas yang benar. PERJALANAN AKADEMIK YANG BERLIKU …

  • 17 July

    Taubat Seorang ‘Televangelist’

    Ramadan ini saya mengenang kembali permohonan-permohonan saya pada Ramadan lalu. Doa. Hajat. Apakah rentetan hidup yang terjadi selepas Ramadan tahun lalu, ketika Ramadan kali ini sudah surai seminggu? Pada tahun lalu, saya berasa sangat tertekan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri, kaitan masyarakat dengan diri dan dakwah secara keseluruhannya. Tetapi saya tidak pasti apakah ia. Hanya hati yang tidak tenteram. Rasa gelisah semasa berkata-kata, dan gelisah semasa mendengar perkataan. Saya tidak dapat berfikir dengan baik kerana terlalu sibuk dengan program demi program. Dan program yang menjadi dakwah itulah yang saya minta daripada Allah untuk ia reda seketika agar saya …

March, 2013

  • 12 March

    Sunnah: Antara Teknik dan Fitrah

    “Aku pun sudah makin risau dengan Beyza. Makin besar cabarannya” kata Fatih. “Ya, anak-anak kita mula meningkat remaja. Saiful Islam pun sudah 11 tahun” saya membalas. Beyza lebih setahun usianya berbanding Saiful Islam. Semasa masih kanak-kanak, mereka pernah bermain bersama-sama, ketika saya berkunjung ke Turki pada tahun 2003. Saif setahun, Beyza dua tahun. “Apa perancangan kamu?” saya bertanya. “Buat masa ini, cabaran paling besar adalah sekolah. Rasanya dia perlu ditukarkan ke sekolah Ozel (sekolah swasta). Persekitaran penting” jawab Fatih. “Hmm… setakat ini ketiga-tiga anak kami bersekolah di sekolah swasta. Banyak sebab. Tetapi salah satunya, mungkin sama dengan isu yang engkau …