“Bagaimana anta melihat diri anta pada masa hadapan?” tanya Nizam. “Maksud anta?” saya kurang pasti. “Mudah-mudahan pengajian sarjana anta selesai dan juga PhD. Di masa hadapan, apakah niche anta dalam dunia akademik?” soal Nizam. “Amin… moga Allah maqbulkan doa dan harapan itu. Takut mahu membayangkannya. Perjalanan masih jauh. Tetapi semenjak …
Read More »Ankara: Murshid, Murabbi, Ukhuwwah dan Mahabbah
“Pelik betul rekaan dalaman Hotel Murat ini. Macam That 70’s Show” saya mengomel. Selepas solat subuh, kami bermalas-malasan di bilik. Terasa berat benar hendak bangun. Letih selepas perjalanan panjang bermula zohor semalam hingga ke jam 1 pagi. Puas kami berpusing di sekeliling kawasan Çankaya kerana mahu mencari hotel. Tidak mahu …
Read More »Dari Birgi ke Ankara: Mengelamun Sempena Usia 40 Tahun
“Ustaz masih mampu memandu?” tanya Nabhan. “Inshaallah. Jangan bimbang. Jika ana terlalu penat, ana akan beritahu. Ana memang suka memandu. Tambahan pula jalan seperti ini. Kalau di Malaysia, semasa duduk di Ampang, adakalanya selepas solat Subuh, ana akan memandu sendirian menuju ke KL, menikmati jalan kosong di hari cuti” saya …
Read More »Birgi: Menyingkap Cerita di Lipatan Masa
“Lena tidur malam tadi?” saya bertanya. Dua anak muda itu tersenyum. Pagi ini rasa begitu damai. Jauh dari hiruk pikuk kota. Kami tergesa-gesa menghabiskan sarapan pagi kerana tidak sabar untuk keluar ke taman dan melihat rupa paras Birgi. Kami tiba ketika matahari telah tenggelam dengan sedikit cahaya yang tersisa. Tidak …
Read More »Birgivi: Terfitnah Oleh Umat Yang Culas Merujuk
Malam itu sungguh sepi. Saya mengintai ke luar melalui tingkap pansiyon. Perkampungan Birgi tenang diselimuti kegelapan malam. Gelap yang membantu saya mendekati bayangan tentang suasana di sudut ini sekitar 500 tahun yang lalu. “Siapa sebenarnya Imam Birgivi ini?” saya bertanya kepada diri. Di Turki, beliau dikenali sebagai seorang Imam …
Read More »Perjalanan Idea Berkenderaankan Kecekalan Jiwa: Tiba di Birgi
“Rugilah kita tukar wang di bank” Halim tidak seronok dengan pilihan yang ada. “Tak apa. Ana pun, tukar wang tidak banyak mana” saya memberi justifikasi. Puas kami berpusing di keliling bandar Manisa, tetapi tidak bertemu dengan tempat menukar wang. Akhirnya, kami perlu membuat prioriti bahawa masa lebih utama. Korban beberapa …
Read More »Masjid Imam Birgivi Tempat Kuberdiri
“Antum sudah pernah datang ke bandar Balıkesir ini?” saya bertanya. “Belum pernah” jawab Halim. “Mengembara macam ini pun, baru sempat sekali. Kami menjejak Badi’uzzaman Said al-Nursi” ujar Nabhan. “Tentu ada pergi ke Isparta, ya? Teringat lagi dulu-dulu, singgah di Isparta. Bunga ros di sana sini” saya berkongsi. Mereka berdua mengangguk. …
Read More »Jalan Masih Panjang: Menuju Balıkesir
Oh Jalan masih panjang Terbentang di hadapan Tak hanya sekadar dunia Lihatlah ke depan yang lalu biar berlalu Jadikan pemicu kalbu Jalan hidup takkan pernah lurus Pasti ada salah lewati segalanya Tapi Tuhan tak pernah berhenti Membuka jendela maaf untuk kita “Ustaz menyanyi lagu siapa tu? Saya tak pernah dengar” …
Read More »Kembara Menjejak Imam Birgivi: #1 Mencari Diri
“Apa yang menyebabkan ustaz bersungguh-sungguh mahu mengkaji tentang Imam Birgivi?” tanya Halim. Kami sedang bersiap-siap sementara menunggu Nabhan pulang daripada kampus. Hari ini dia mendaftar subjek-subjek untuk semester dua yang bakal bermula. “Hmm… Panjang ceritanya” saya merenung ke luar jendela. Cuaca tengah hari itu cerah di Istanbul. Permulaan yang baik …
Read More »Cuaca Dan Ajal Sebuah Tamadun Manusia
“Filem The Day After Tomorrow tu, boleh betul-betul terjadi ke?” anak saya bertanya. Amerika Syarikat dilanda cuaca beku yang memusnahkan kehidupan. Filem fiksyen nukilan Roland Emmerich itu diterbitkan pada tahun 2004. Oleh kerana ia filem fiksyen, mudah sahaja untuk relevannya ia diketepikan. Tetapi semalam, ia mengundang pertanyaan kepada diri saya. Tahun …
Read More »