Home / Teknikal

Teknikal

3 Jam Mencanai Idea Pendidikan Bersama Roger Osorio

Anda boleh mengikuti perkongsian Roger Osorio di https://www.rogerosoriolearning.com/ Banyak masalah yang wujud di dalam pendidikan hari ini, adalah berkaitan dengan pembelajaran. Ia adalah komponen penting di dalam pendidikan, melebihi persoalan mengajar, dan pentadbiran pendidikan, walaupun semuanya saling memerlukan lagi melengkapkan satu sama lain. Justeru, saya rasa banyak ilmu teras yang dipelajari di Finland ini berguna untuk membantu saya memahami pembelajaran. Apa sebenarnya yang berlaku di dalam diri individu pelajar, semasa beliau belajar? Kognitifnya, metakognitif, motivasi, emosi, bagaimana pula ia mempengaruhi dan dipengaruhi faktor sosial, persekitaran, dan sebagainya. Salah satu modul utama di dalam pembelajaran kali ini adalah self-regulated learning (SRL) atau di …

Read More »

Virus Dungu Dalam Budaya Prank dan Shenanigan

Ilustrasi oleh Francis Barlow di dalam hikayat “The Boy who Cried Wolf”, yang beliau gelar sebagai  DE PASTORIS PUERO ET AGRICOLIS, 1687 [wikipedia] “Tolong! Tolong! Serigala menyerang kambing saya!” jerit anak muda itu. Orang kampung prihatin. Bergegas mereka memanjat bukit. Mahu menolong. Ada yang bawa parang, ada yang bawa cangkul. Ada yang terkumat kamit mulut berdoa, memohon keselamatan. Hilang kambing, besar musibahnya. “Mana? Mana? Mana serigala durjana?” tanya orang kampung. Anak muda itu ketawa. Bergurau katanya. Menguji iman orang kampung. Orang kampung geram. Tetapi habis-habis pun, mereka mengurut dada. Seorang dua menunding telunjuk. Budak-budak, memang budak-budak. Tetapi jangan perbudakkan orang …

Read More »

Azam 2014: Menikmati Pilihan-pilihan ‘Kekampungan’

Biasa mendengar pengakuan mangsa? Ini pengakuan seorang mangsa. Mangsa Facebook. Bertahun-tahun menafikannya, mangsa mula jadi pemangsa, untuk mangsa seterusnya yang menjadi mangsa secara sukarela. Hanya taqwa benteng penyelamat. Taqwa yang menyedarkan diri tentang satu-satu situasi yang kita berada di dalamnya, atau sudah menjadi sebahagian daripadanya. Resah melihat Facebook mengubah tabiat tokoh-tokoh yang bergiat menggunakannya hingga nama-nama besar pun jadi gedik, baran, merepek, merapu, juga ‘terpaksa’ membuat justifikasi demi justifikasi terhadap pelbagai perkara. Jawab menjawab. Balah berbalah. Entah bagaimana hendak mengungkapkannya, tabiat aplikasi Facebook itu sendiri menyebabkan apabila alim berbahas dengan jahil, ia akan berakhir dengan binasanya si alim, dan semakin …

Read More »

Salam Ukhuwwah

  Assalamualaikum WBT. Lama blog Saifulislam.Com tidak berada di atas talian. Jika pengunjung resah bertanya, tuan rumah apatah lagi. Maafkan saya kerana mengambil masa yang panjang untuk bertindak. Arkib blog berusia 15 tahun itu sudah ada dalam simpanan ‘back-up’ saya. Namun sehingga kita saya belum pasti, bagaimana dan di mana ia hendak dimuat naikkan semula kerana bebannya boleh membuatkan halaman ini lumpuh semula jika saya hanya mengulang siar tanpa perubahan teknik yang signifikan. Insha Allah saya akan dapatkan nasihat-nasihat pakar mengenainya. Buat masa ini, perkembangan terkini boleh juga diperolehi dengan menyertai saya di halaman FB.COM/ustazhasrizal dan Twitter.Com/saifulislam. Salam ukhuwwah. HASRIZAL …

Read More »