Home / Tag Archives: memberi

Tag Archives: memberi

Budaya Memberi Masyarakat Turki: Institusi Waqaf

Foto ihsan MTSPIBG Di dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih, banyak saya nukilkan pengalaman menerima layanan sebagai tetamu di Turki. Layanan yang menambat hati, dan mengundang saya hadir berulang-ulang kali. Layanan yang menjadi asbab untuk ramai orang Eropah mendapat hidayah daripada Allah, seperti yang kemudiannya saya coretkan di dalam buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Keramahan dan kesungguhan masyarakat Turki melayan tetamu ada sejarah yang panjang. Budaya philanthropic yang menjadikan mereka suka memberi. Berani memberi. Pemberian bukan sekadar kepada tetamu secara individu. Sebaliknya budaya yang dijelmakan dalam bentuk pelbagai institusi, terutamanya institusi WAQAF. Rabu 25 Disember 2013 baru-baru ini, saya …

Read More »

Memberi, Menambah Makna Kepada Diri

kredit foto: alegacyofgiving.org “Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu. Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi. Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya. Pergi bercuti sepuas hati. Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk. “Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan. “Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu. “Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” …

Read More »