Home / Tag Archives: ululalbab

Tag Archives: ululalbab

Ibrah Kisah Musa dan Khidir: Belajar Bahasa dan Berbahasa

Kredit foto: www.overarts.com “Izinkan aku untuk mengikutimu” kata Musa. Baginda bertemu dengan Khidir selepas menempuh perjalanan yang panjang bersama Yusha’ bin Nun. ‘Alayhim al-solaat wa al-salaam. “Agar dengannya engkau mengajar aku apa yang telah diajar kepadamu daripada perkara-perkara berupa petunjuk (rushd)” Musa menjelaskan tujuan beliau mahu mengikut Khidir. Kisah ini tersebut di dalam Surah al-Kahf ayat ke-66: قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا  Nabi Musa berkata kepadanya (Khidir): Bolehkah aku mengikutmu, agar dengannya engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?” [Al-Kahf 18:66] Di dalam ayat ini terkandung elemen …

Read More »

Antara Isi dan Kulit: Al-Fahmu Buat si Ulu al-Albab

Setiap kali berbincang atau bermesyuarat, kita amat berhajatkan kepada keupayaan memahami masalah. “Apa masalahnya?” Andai soalan ini tidak berjawab, maka berjela-jelalah mesyuarat ini. Sejam boleh berlanjutan jadi sehari. Satu mesyuarat boleh meleret jadi sepuluh. Lebih malang, kita tidak sedar pun yang kita sebenarnya sedang membuang masa. Semata-mata kerana kita tidak mempunyai sebarang indikator (petunjuk), bahawa kita bermasalah. Bermasalah dalam memahami, “apa masalahnya” Menjadi manusia yang faham, disebut sebagai Ulu al-Albab (أولو الألباب) Al-Albab merupakan kata jamak kepada LUBB yang bermaksud isi atau inti. Ulu al-Albaab bermaksud orang yang dapat isi, dapat inti. Ada yang faham kulit, ada yang faham isi. …

Read More »

Berkomunikasi Dengan Hati

Di zaman sains dan teknologi ini, pelbagai alat canggih dicipta untuk tujuan komunikasi. Telefon pintar. Keupayaan internet yang tinggi. Pengangkutan yang pantas dan efisyen. Segalanya demi manusia berhubung dengan lebih efektif, mudah-mudahan produktif. Namun rumahtangga masih berantakan, politik dalaman organisasi di pejabat dan persatuan tidak berkesudahan, salah faham antara bangsa dan negara menumpahkan darah, semacam manusia itu tidak faham antara satu sama lain. Seperti tidak berkomunikasi. Di era sahabat, berlaku konflik yang kritikal pasca pembunuhan Uthman bin Affan, antara Ali dan Muawiyah radhiyallahu ‘anhum. Ali di Mekah, Muawiyah di Syam, sisi pandang antara satu sama lain tentang keutamaan dalam tindakan, sukar ditemukan …

Read More »