28 Juta – 200,000 – 15,500 – Akhirnya 30 Sahaja

Alhamdulillah majlis di Institut Jantung Negara tadi berjalan lancar.

Moderator, Erma Fatima menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Majlis dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, dan digerakkan dengan berkesan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Tan Sri Lee Lam Thye.

Saya sangat tersentuh dengan perkongsian keluarga mereka yang telah pergi, namun sempat organ mereka didermakan, terutamanya kisah Encik Azli daripada Johor, yang sedikit sebanyak kesedihan mereka atas pemergian anak yang disayangi dalam kemalangan jalanraya, terubat dalam pendermaan organ anak seperti yang dihajatkan oleh al-Marhumah. Dalam kejelasan fikir, ketenangan Encik Azli terlerai dalam tangisannya mungkin kerana amat rindukan al-Marhumah anak yang dikasihi.

Kami menumpang sedih dalam rasa bangga dan syukur semasa mendengar perkongsian beliau. Campur baur perasaan yang amat biasa menyelubungi proses pendermaan organ.

Sesungguhnya…

28 juta rakyat Malaysia, 200,000 mendaftar sebagai penderma, 15,500 kes dalam senarai tunggu, hanya sekitar 30 pemindahan yang dapat dilakukan tahun lalu.

Semoga saya sihat hingga ke akhir hayat agar organ saya boleh didermakan.

Dan mudah-mudahan isteri serta anak-anak saya yang dikasihi juga kuat semangat mereka untuk ‘menyimpan’ saya dalam kenangan indah mereka, namun menguruskan pendermaan organ saya kepada mereka yang memerlukan. Jasad saya jika diberi ke tanah ia menjadi tanah. Andai boleh diberikan kepada yang amat memerlukannya, ia jariah besar buat diri ini.

Saya sangat miskin menuju Allah, bantulah saya untuk mencari bekal menuju-Nya.

Sudi meneman saya dalam perjalanan ini? Daftar di halaman web A GIFT OF LIFE.

HASRIZAL
43000 BSP

 

Check Also

Wahabikah Aku?

Tempat ke-40 Wahabi di Malaysia, Hasrizal Abdul Jamil. Pernahkah anda mendapat senarai berkenaan? Senarai itu …

6 comments

  1. Saya juga berhajat perkara yang sama ustaz..saya ingin menderma semata-mata ingin mendapatkan keredhaan Allah Taala..Allah…Allah…Allah…. malunya saya kalau saya ni tak layak disisiNYA.

  2. assalamualaikum ustaz.
    saya nak tanya macam mana hukum menderma jantung ni?
    apa pendapat jumhur ulama’?
    saya agak bingung sebab ada banyak pendapat yang saya dengar.

    terima kasih ustaz. jawab lah sekiranya ada masa di celah2 kesibukan ustaz.

  3. maksud saya
    jantung dan lain2 organ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.