Dakwah ‘Hati Kering’!

Saya kehairanan semasa membaca buku  al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah oleh tokoh yang sedang saya kaji, Sheikh Mehmed Birgivi (1522-1573M).

Sheikh Mehmed Birgivi datang daripada latar belakang keluarga, pendidikan serta persekitaran Tasawwuf.

Malah pada hari ini, ada beberapa kumpulan Tarekat seperti Tarekat Bayramiyah, yang menyatakan bahawa asas disiplin kumpulan mereka adalah pada legasi Sheikh Mehmed Birgivi. Keturunannya yang masih bergiat dalam pendidikan hari ini iaitu Sheikh Muhammad Amin Siraj di Masjid Fatih, Istanbul, juga adalah seorang tokoh dalam Tasawwuf semasa.

Sedangkan, membaca buku Sheikh Mehmed Birgivi tidak langsung menampakkan kepada saya bahawa beliau seorang Sufi. Di dalam kajian sejarah dan ketamadunan, Sheikh Mehmed Birgivi dianggap ideologue kepada Mehmed Kadizade yang mengasaskan gerakan Kadizadeli, iaitu sebuah gerakan Islah dan Tajdid yang berpendekatan agresif dalam membanteras bid’ah dan khurafat di dalam masyarakat.

Jika hidup di Malaysia, tahun 2012, tidak keterlaluan jika saya katakan, mungkin Sheikh Mehmed Birgivi dilabel sebagai Wahabi, Salafi atau Kaum Muda!

Semalam semasa menghantar sahabat saya, Dr Maszlee Malik pulang ke rumahnya usai Wacana Sinar Harian di Karangkraf, Shah Alam, saya timbulkan persoalan ini.

Ustaz Maszlee menegaskan bahawa, pattern yang sama boleh ditemui pada tokoh-tokoh Islah dan Tajdid yang lain seperti Sheikh Waliyullah al-Dihlawi, Osman dan Fodio, malah Hasan al-Banna. Di dalam disiplin gerak kerja Ikhwan sendiri ada elemen yang memandu kita untuk faham tentang pengaruh Tasawwuf dalam gerakan Islah dan Tajdid ini, seperti konsep Bai’ah, pemimpin yang Mursyid, amalan zikir al-Mathurat dan sebagainya.

Bagaimana Tasawwuf, Tarekat, Sufi berkembang kepada kemudiannya menjadi idea pembaharuan yang kemudiannya sinonim pula dengan apa yang bertentangan dengan Tasawwuf itu sendiri?

Hingga tanpa menjawab persoalan ini, kelompok Tarekat semasa melihat gerakan Islah dan Tajdid sebagai Wahabi dan musuh mereka. Manakala gerakan Salafi pula melihat Islah dan Tajdid sebagai Sufi dan musuh mereka.

Gejala ‘The Otherness’!

MENCARI MAKNA

Satu yang saya pasti, orang Tasawwuf tiada yang literalis. Orientasi Tasawwuf mereka mendalami makna, lebih daripada semantik, mereka mencari sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Ia menjadikan seorang Sufi lebih halus dalam mencerakinkan apa yang berlaku di sekitarnya, bersistesis ke dalam dan tidak berenang di permukaan.

Dengan pertemuan orientasi itu bersama pemikiran Rasional, terhasil idea pembaharuan! Islah dan Tajdid.

Kesimpulan yang kembali ke era seawal al-Ghazzali sendiri.

MENGAWAL PEMBAWAAN

Ustaz Maszlee pula berpendapat, orientasi Tasawwuf itu pulalah yang menjadikan idea-idea pembaharuan diterjemahkan secara yang mesra dengan masyarakat, tidak agresif dan radikal.

Mehmed Birgivi itu Islah dan Tajdidnya mesra, mendidik penuh ta’dib. Tetapi anak muridnya Mehmed Kadizade menjadi radikal.

Hal yang sama juga antara Jamaluddin al-Afghani diikuti Muhammad Abduh, kemudian Rashid Ridha, dan seterusnya Hasan al-Banna, diikuti dengan Sayyid Qutb. Antara Tasawwuf, Rasional dan Radikal, hari ini kelompok Ansar al-Sunnah atau umumnya dilabel sebagai Salafi atau Wahabi (susahnya bermain istilah), menjadi literalis dan agresif kerana tiada orientasi Tasawwuf.

Perbualan kami terhenti setakat itu.

Apa yang saya fikirkan dalam perjalanan pulang pula ialah, tanpa Zikir Munajat, wirid ramai-ramai lepas solat, nasyid al-Asma’ al-Husna, Nasyid Taubat dan semua yang ‘tidak Salafi’ itu, bagaimanakah pendidikan kerohanian yang dilakukan oleh ikhwah Ansar al-Sunnah dalam mendidik anak-anak serta murid-murid mereka?

Saya tidak memaksudkan itulah Tasawwuf. Tetapi ia cara mudah untuk menjelaskannya dalam konteks kita di akar umbi Malaysia.

Tanpa Tasawwuf, idea Islah dan Tajdid menjadi literalis, agresif…

Malah radikal!

Saya kembali ke naskhah al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah .

HASRIZAL
43000 BSP

 

Check Also

Menamatkan Pendidikan Kiasu

Entahlah dunia apa yang kita hidup di dalamnya hari ini. Setelah anak nekad terjun membunuh …

38 comments

  1. Assalamualaikum w.b.t

    Saya tidak pasti jawapan saya boleh memberikan jawapan atau tidak.

    Ustaz-ustaz ‘Ansar as-Sunnah’ yang mendidik kami, tidak bernasyid, mahupun zikir jamie, mereka mengubat jiwa kami tatkala kami melihat mereka memberi kuliah.

    Ada beberapa ustaz kami yang sekali mereka cakap, menyentuh jiwa, sedangkan apa yang mereka sebut sama seperti apa yang ustaz-ustaz lain sebut. Ustaz ‘Ansar as-Sunnah’ kami itu tatkala kami lihat wajahnya, kami akan teringat kebaikan. Tatkala mereka bacakan hadis dan ayat al-Quran, terasa diri kami sedang diperkatakan.

    Tetapi, tidak semua ustaz mampu memberikan rasa begitu kepada kami, ada beberapa orang ustaz.

    • Waalaikum al-Salaam WBT ya ustaz.

      Mungkin satu benda yang boleh didapatkan maklumat pula ialah bagaimana dengan latar belakang pendidikan serta kehidupan masyaikh Ansar al-Sunnah yang ‘menyentuh hati’ itu pula? Apakah ada sentuhan Tasawwuf dalam perjalanan mereka?

      Kongsikan, ya.

      • Terima kasih Ustaz atas perkongsian artikel ini. Beberapa perkara yg mungkin boleh saya jelaskan:
        1. Dalam manhaj Salaf (tidak semestinya merujuk aliran ‘Salafi’ atau neo Salafi) ada tazkiyatun nafs. Ia lebih relevan, efektif dan sistematik berbanding “tasawwuf’ yg terkandung dalamnya percampuran elemen Sunnah dgn ritual ritual pengaruh asing termasuk mantik Yunani dan falsafah ketareqatan. Amalan sebegini tidak dicontohkan oleh Nabi SAW maka yg terbaik ialah meninggalkannya. Ganjaran dan kaedah beramal ditentukan menerusi wahyu. Meninggalkan apa yg Nabi tak buat adalah sebahagian kepatuhan kepada Sunnah spt yg dituntut oleh Al Quran (utk dicontohi Rasulullah SAW). Maka “tasawwuf” tidak perlu ada memandangkan para Salafussoleh (3 generasi terbaik termasuk para sahabat Rasulullah SAW spt yg disebut dlm hadis sahih) sendiri jiwa jiwa mereka sangat halus, kudus, indah dan mencintai kelembutan hingga cukup mudah mengalirkan air mata. Ini terhasil melalui amalan zikir yg sedia ada dalam Sunnah, melalui amalan harian yg mencontohi Rasulullah SAW sebaik mungkin, melalui tadabbur Al Quran, refleksi kebesaran Allah SWT di sekeliling dan dalam diri (seperti anjuran AL Quran) dan lain lain lagi amalan Sunnah compliant. Maka penyucian jiwa atau “tasawwuf” yg kita fahami bukanlah sesuatu yg external, entiti tersendiri atau modul khusus. Ia terkandung dalam Sunnah. Built-in. Atau lebih jelas, an outcome of being compliant with Sunnah. Ia kesan dari amalan Sunnah, bukan program tersendiri spt ritual2 “tasawwuf”.

        2. Perlu rasanya utk kita bezakan antara aliran Salafi yg kita sedang lihat di public sphere dgn manhaj Salaf. Aliran Salafi tidak semestinya mencerminkan manhaj atau kaedah memahami Islam melalui jalan para Salafussoleh. Aliran Salafi adalah predominantly satu firqah yg terhasil dari Ulama “salafi” yg mentafsir fikrah Ulama Salafussoleh dan kebanyakan mereka ini dari Saudi. Kalau kita perhatikan wacana mereka berkisar tentang mentaati pemerintah, aspek teknikal akidah dan membanteras Syiah serta syirik. Manhaj Salaf walaubagaimanapun turut melibatkan soal tamaddun, peradaban, strategi politik, peperangan, ekologi sosial malah environmentalism. Saya namakan ia sebagai ‘applied tauhid”. Sekiranya dihayati sepenuhnya kaedah Sunnah dalam manhaj Salaf, tentulah ia self sufficient dari segi melembut-mendidik hati tanpa perlu adanya elemen asing seperti tasawwuf yg Tuan Hasrizal huraikan.

      • Saya berharap Ustaz Hasrizal dapat appreciate a simple fact: There is no need for tasawwuf in order to treat the heart. Tidak ada. Yang ada adalah amalan yg telah dicontohkan oleh Nabi SAW dan para Sahabat. It is a fallacy sekiranya Ustaz implies that tasawwuf is part and parcel of hidup seorang UStaz Sunnah. It is not needed. It is not required. Thats a fact since para sahabat Rasulullah SAW sendiri tidak ada yg mengamalkan ritual2 yg Ustaz sebut – wirid beramai2 dan sebagainya. Are you saying kaedah mereka tidak cukup lengkap? Maka Ustaz Sunnah kontemporari perlukan tasawwuf untuk lembutkan hati, supaya tidak radikal? Ini mitos.

        Ustaz Hasrizal juga is displaying some confusion and contradicting yourself when you ask tentang posisi tasawwuf dalam gerakan islah. Ini ironic. Sangat ironic sebab gerakan tajdid cuba memurnikan ad Deen daripada elemen tasawwuf sebegini termasuk wirid beramai yg tidak dicontohkan Nabi SAW. Tiba2 Ust bertanyakan posisi amalan amalan ini untuk sebuah gerakan tajdid yg tidak radikal.

        Your message from this article is dangerously confusing. Bagi mereka yg kurang pengetahuan, mereka akan merasakan bahawa tasawwuf perlu digandingkan dgn usaha tajdid untuk membantu hati. I am asking you again, adakah tidak cukup apa yg telah dicontohkan para Sahabat Nabi SAW? Adakah mereka wirid beramai? ADakah ini hanya terpakai untuk kita dalam konteks semasa? Ini confusion.

      • Bila membaca komen2 dalam ni nampak terus masalah umat. Asalkan ada sebut perkataan tasawwuf dan sufi maka itu adalah bid’ah. Tidak sama sekali. Ilmu tasawuf adalah cabang yang sahih. Malahan amalan dengan ilmu tasawuflah yang memberikan ruh dalam ibadah. Mungkin mereka salah faham istilah. Tiga cabang ilmu ini perlu diharmonikan akidah, feqah dan tasawwuf barulah dapat menghayati ibadah.

      • Jika “para sahabat Rasulullah SAW sendiri tidak ada yg mengamalkan” dijadikan sebab mutlak untuk meninggalkan sesuatu, maka fiqh dan usul fiqh juga perlu digunakan, menurut logik ini.

      • Maaf. “digunakan” sepatutnya “ditinggalkan”.

      • Ikutlah apa-apa yang disuruh oleh Rasul, dan jauhilah apa-apa yang dilarang oleh baginda. Bagaimana pula dengan yang tidak disuruh dan tidak dilarang oleh Rasul? Hal itu diberi keluasan kepada umat agar mengolahnya dengan ijtihad para ulama’ mengikut aliran zaman.

        “Ulama adalah pewaris para nabi” Pasti ulama’ yg berwibawa dan mulia sebelum ini mempunyai asas yang jelas dalam amalan-amalan mereka.

        Memang kita perlu ikut sunnah nabi, tetapi tidak bermaksud sesuatu apabila kita melakukan perkara yang tidak dilakukan nabi merupakan bidaah. Seandaikan sifirnya begitu, nescaya ramai para sahabat yang telah melakukan bidaah. Antaranya

        *Pembukuan mushaf Al-Quran, bidaah?
        *Umar Al-Khattab meniru(sedikit) sistem pentadbiran Parsi, bidaah?

        Bahkan ahli sufi unggul Imam Junaid Al-Baghdadi, sanad zikirnya sampai ke Saidina Ali RA melalui Hasan Al-Basri.

        Sebelum menjustifikasikan sesuatu perkara, perlu membuat pertimbangan antara pro dan kontra. Kaji daripada dua-dua sudut. 🙂

        Salam ukhwah~

      • Saudara Khan, kita bercakap soal akidah dan ibadah khusus. Kamu bercakap soal muamalat. Ada hadis sahih yg melarang untuk diada adakan, direka reka apa apa sahaja amalan yg tidak dicontohkan oleh Nabi SAW. Kamu tak percaya hadis ni? Moga ada petunjuk buat kita.

      • Kalau begitu sahabat juga pernah buat bidaah dalam ibadah khusus. 🙂

        *Ada sahabat dan tabiien yang mengkhatamkan Al-Quran kurang drpd 3 hari padahal ada hadis yang mengkritik mengkhatamkan Quran kurang drpd 3 hari.
        *Ada sahabat yang membaca Surah Al-Ikhlas setiap kali membaca surah yang sunat dibaca lepas Al-Fatihah padahal Nabi dan para sahabat lain tidak pernah buat.(Ana tengok video ceramah Sheikh Nuruddin kat henset sahabat ana)
        *Ada sahabat yang membaca iktidal versi lain padahal nabi dan para sahabat lain tidak pernah baca demikian.(tengok video ceramah sheikh nuruddin tdi, dia menyangkal tntg bidaah yang disalahfaham)

        Dan pasal sanad zikir tuh, pun antara hujahnya.. ia sampai ke Ali RA, maksudnya Ali RA juga seorang sufi cuma zaman itu ia tidak dipanggil sufi.

        🙂

  2. mengambil kata-kata ustaz saya lama dulu, “Orang-orang yg paling mengikutii tasauf itulah orang yg paling berakhlak.”

    Mereka terpuji akhlak, lembut menerima kepelbagaian, dan juga merekalah mujadid zaman.

  3. Ustaz Hasrizal boleh cuba datang Mesir sekarang ni, boleh tengok pendekatan kerohanian Al-Dakwah Al-Salafiah di Iskandariyyah tanpa semua amalan-amalan yang “tidak Salafi” di atas. Boleh juga cuba buka buku-buku akidah karangan masyayekh mereka, seperti Al-Minnah oleh Dr Yaser Borhami atau hanya kutayb ringkas Al-Salafiyyah Qowa’id wa Usul oleh Dr Ahmad Farid, diselit di dalam buku-buku akidah mereka bab khusus untuk tazkiyyatunnafs dan huraiannya. Itu dalam buku akidah, belum kira buku-buku khas untuk raqa’iq yang mereka karang sendiri. Diajarkan dalam kelas-kelas mingguan kitab-kitab seperti Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin, Madarij Al-Salikin, Al-Fawa’id dan selainnya. Adab dan akhlak para nabi dan generasi salaf dijadikan topik khutbah jumaat dan ceramah-ceramah. Ya Allah, banyak sangat berkaitan adab dan akhlak dititik-beratkan.

  4. Ia dinamakan wirasah muhammadiyyah. Adalah silsilah penyambungan tarbiyah Baginda SAW melalui ulama zaman-berzaman hingga ke hari ini. jgn lihat erti ulama pewaris nabi itu secara kering.ia punya nilai barakah. yg disebut sufi itu mereka menyambung rantaian silsilah tarbiyah ini. kitab haqaiq ‘an at-Tasawuf krgn Sh Abdul Qadir Isa baik untuk rujukan. alunan qasidah adalah penajam rohani yang ada zaman Baginda,merai roh insan yg perlukan kepada hiburan.

  5. Assalammualaikum…untuk asas-asas tasawwuf tapi diterangkan secara holistik dan dalam bahasa mudah barangkali kita semua boleh dirujuk buku karangan syeikh rohimuddin annawawi bertajuk CINTA DAN MA’RIFAH

  6. Mungkin tuan juga boleh baca pendekatan da’wah dan tabligh.. yang d bawa oleh Maulana Ilyas rahmatullahualaih..

  7. Maulana Ilyas mengambil tarbiyah dari silsilah Tareqah Qadiriyah,Naqsyabandiah,Sahrawardy & Chistiyah, Umar Mukhtar dari jalur Sanusiyyah Ahmadiyah, Muhammad al-Fateh dari silsilah Naqsyabandiah,Syamsuddin al-Waly, Salahuddin al-Ayyubi dari Qutbuddin dari silsilah Qadiriyah, Al-Banna dari jalur Syazuliah melalui gurunya Abdul Wahab al-Husofi,Badiuzzaman Sa’id Nursi dari jalur Naqsyabandiah, Syah Waliyullah ad-Dehlawi jalur Tareqah Chistiyah,Qadiriah & Naqsyabandiah………..demikian mereka mewarisi ahwal Baginda SAW bukan sahaja aqwal. Hasil suhbah (persahabatan dgn guru mursyid),mereka warisi aqwal (hadith) & ahwal (akhlak & rasa kebersamaan dgn Allah) Baginda SAW. Tolaklah tasawwuf sekeras2nya, nescaya di sudut hati kecil sesiapa pun akan mengakui wirasah ini. Sdg org asli di hutan itu pun ada irama alunan lagunya,menunjukkan hiburan alunan beirama itu adalah keperluan rohani insan..maka Baginda SAW meraikan & menyukainya jika semuanya membawa kepada Allah.

  8. mengapa kita rasa kita perlukan tarekat ?? bila amal kita merosot. bila kita mantain atau meningkatkan amal2 kita , maka kita tidak perlukan tasawwuf kerana dalam setiap amal terkandungnya elemen tazkiyatun nafs.

    mantain lah solat berjemaah 5 waktu dan di saff yg pertama dan dilakukan solat2 nawafil .

    Masalah pencinta ilmu adalah apabila tidak diseimbangkan dgn amal. seperti kita makan banyak tapi aktiviti membakar lemak pula kurang….maka badan kita naik dan kelihatan buruk. Seperti itulah hati yang banyak makanan rohani tetapi kurang amal.

  9. Artikel ini saya tulis sebagai nota sampingan semasa menyiapkan assignment saya dalam bidang sejarah, bukan fiqh dan usul atau usuluddin. Dalam sejarah, kita mengkaji apa yang ada, bukan apa yang kita mahu sahaja. Tak setuju tarekat, terpulang. Tetapi ia benda wujud dan benda wujud tidak boleh dipadam daripada kajian sejarah. Ada beberapa persoalan saya timbulkan, tak berjaya sampai kepadanya kerana kita membentangkan argument pada apa yang ada di minda kita tentang topik ini, bukan berkenaan apa yang sebenarnya ditimbulkan oleh penulis.

    Mujur takde yang mengamuk marahkan ilustrasi kulit buku di atas.

    • 🙂 ..perlu lapang dada dalam menuntut ilmu..sbg hamba Allah yang sangat kurang ilmu, saya mencintai ilmu tasawuf yang pada saya memberi kesan pada hati, lantas insyaAllah memberi impak pada dakwah..my humble opinion merasakan dalam setiap gerakan, pasti ada kebaikannya..orang seperti ustazlah yang akan menyelidikinya untuk kemaslahatan umat kan..insyaAllah..terima kasih atas perkongisan ilmu..

    • Bila baca artikel Sheikh Mehmed Birgivi Di Minda Dan Hatiku, baru sy faham isi artikel Dakwah ‘Hati Kering’ ni.

      Artikel ni memang agak confusing, sebab lebih banyak persoalan dan perbincangan dari penulis. Baca komen lagi la tak selaras dengan apa yang penulis cuba sampaikan.

      Saya pernah ‘termasuk’ kepada isu ini, memikirkan kaitan tokoh yang pernah dikaitkan dengan tasawuf dan kesufian dan kaitannya dengan tajdid. Pattern ini sangat obvious bila membaca perjalanan hidup tokoh-tokoh tajdid.

      Research question yg sama , Bagaimana Tasawwuf, Tarekat, Sufi berkembang kepada kemudiannya menjadi idea pembaharuan yang kemudiannya sinonim pula dengan apa yang bertentangan dengan Tasawwuf itu sendiri?

      Sangat bermakna perkongsian conclusion ustaz pada saya :

      “Satu yang saya pasti, orang Tasawwuf tiada yang literalis. Orientasi Tasawwuf mereka mendalami makna, lebih daripada semantik, mereka mencari sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Ia menjadikan seorang Sufi lebih halus dalam mencerakinkan apa yang berlaku di sekitarnya, bersistesis ke dalam dan tidak berenang di permukaan.
      Dengan pertemuan orientasi itu bersama pemikiran Rasional, terhasil idea pembaharuan! Islah dan Tajdid.
      Kesimpulan yang kembali ke era seawal al-Ghazzali sendiri.”

      ***

      Menarik kajian ni. Macam ada relationship antara tiga istilah ni Tasawwuf, Rasional dan Radikal.

      Tasawuf , sufi, seperti seringkali dikaitkan dengan kefahaman dan pengalaman perasaan yang dalam, keupayaan melihat bukan hanya pada dasar. Bila disertakan dengan rasional, rasional itu dibimbing oleh fitrah kelembutan. Seperti akal yang terkawal dengan cinta. Ia jadi cantik. Tidak kelihatan keliru dan menyakitkan.

      Rasional tanpa tasawuf seperti hujah kering tidak basah. Tasawuf tanpa rational seperti melampau hilang arah.

      Radikal. Hmm, sy belum dapat memikirkan apa-apa mengenainya.

      • Alhamdulillah, Alhamdulillah….

        Akhirnya ada sahabat yang menyambut apa yang ingin saya sampaikan.

        Biar pun masih kekal banyak persoalan, terima kasih tuan

      • artikel ustaz biasanya susah difahami intinya, tambah pula dengan gaya bahasanya yg ‘agak sastera’?

      • MasyaAllah….cantik sekali loket menghuraikan nya…. Kelembutan yg dimaksudkan dr yg saya faham translated menjadi akhlak yg indah… Syukran untuk komen nya… Membuka hati…

      • dari mana datangnya lintah
        dari sawah turun ke kali
        dari mana datang nya cinta
        dari mata turun ke hati

        otak bentuk gambaran
        dari gambaran jadi perasaan
        dari perasaan jadi tindakan
        dari tindakan jadi kelakuan
        dari kelakuan jadi amalan
        dari amalan jadi balasan

  10. saya x pasti… ada yang menyatakan rasullullah mengatakan guru murshid(tarekat muktabar yg x terputus sanad) itu adalah aku..bukan rasul bukan nabi tapi adalah aku…disini pun dah halus dan dalam maknanya..sedang kan ulama2 fiq terdahulu pun ada menentang tarikat tetapi apabila mereka melalui jln tarekat mereka menyatakan kan jln terbaik amalan adalah bertarikat….sedangkan alimam ghazali sendiri sebelum mengambil tarikat pun ilmu fiq nya dah banyak tetapi bila mengambil jln tarikat lagi bertambah banyak walaupun orang2 salafi atau wahabi mengatakan kitabnya mengandungi hadis palsu (ihya ululmudin)

  11. lagi satu tasawuf=teori tarekat=amali….mana mungkin tahu tentang jenis makanan tampa memakanya banyak ahli2 fiq sekarang ni bercerita tentang jenis2 makanan(tasawuf dan tarikat malah ada yang putuskan tarekat tiada dalam islam dan memang ada yang sesat yang x bagaimana ada kaji) tampa memakanya….kaji sejarah tempatan sendiri tok ku palloh,tuan tulis,dan banyak lagi…dan kaji pristiwa dalam 1941 mekah bermandi darah sebelum banjir melanda….x da sorang uztaz2 ada x ustaz salafi kaji benda ni dan lawrence of arabia melarikan cebisan hajar aswad pada zaman perang dunia dan perancangan mengambil palestin dan kejatuhan othmaniah

  12. Asm Ustaz…waduh banyak sekali ‘academic discussions’…above my head…dan mungkin above many heads.Sebagai pengguna ilmu,sedikit maklumbalas untuk Ustaz dan rakan-rakan,moga boleh membantu…Saya suka tasauf/sufism…ianya telah mengubah seluruh kehidupan saya dalam masa yang singkat i.e. 40/6 tahun…AlGhazali,Hamka,…pendidikan hati/jiwa sangat penting…metodologi tasauf/sufism sangat berkesan…Wallahualam.

  13. Assaalamualaikum..nama tarekat mmg takde zaman nabi…yg ada nabi ajar ialah tauhid dan amalan syahadat…sahabat yg tamat pengajian syahadat ialah Saidina Abu Bakar As Siddiq dan belialuah guru mursyid selepas Rasulullah…semua sahabat bermursyidkan beliau..

    Setelah berlalu zaman sahabat, para ulama’ telah memudahkan pengamalan syahadat dengan menyusun ilmu dan amal yang dipanggil tarekat sehingga wujudlah 40 tarekat muktabar dan akhirnya bercabang2 hingga mewujudkan lebih drp 40 jenis tarekat….

  14. Bagi mereka yg menolak taekat perlu baca balik sejarah Islam sampai ke nusantara…siiapakah pendakwah2 yg sebarkan Islam ke siini…adakah golongan salafi wahabi atau ulama’ sufi?…..

  15. mungkin ada hikmah yang tersembunyi bagi yang menerokai alam tasawuf… maklum la rmai yang dok luar pagar melihat2 shj dari memasuki gerbang alam tarikat.. wallahualam

  16. Allah menyukai amalan yang sedikit tetapi berkekalan

  17. Subhanallah!

    Syarah al-Fadhil amat menarik – amat menanti-nanti dapatannya nanti.

    Kita langsung teringat dengan sebuah syair dari “Diwan al-Imam asy-Syafi`i” pada halaman 47, Imam asy-Syafi`i radhiyaAllahu `anhu bersyair dengan katanya:-

    فقيها و صوفيا فكن ليس واحدا * فإني و حـــق الله إيـــاك أنــــصح

    فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى * وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح

    Faqih lagi sufi, Engkau jadikan dirimu
    Kedua-duanya sekali, Jangan hanya salah satu
    Demi Allah, Sungguh – sungguh aku menasihatimu
    Faqih semata tiada merasa takwa, kerna hatinya membatu
    Manakala semata sufi itu jahil, Kurang faham, tiada ilmu
    Justru bagaimana si jahil, menjadi baik sholih lagi bermutu?

    Sumber : http://bahrusshofa.blogspot.com/2012/03/jadilah-faqih-dan-sufi.html

    Wallahu ta’ala ‘alam

  18. Owh, Islah & Tajdid xsama dengan Salafi rupanya. Ingatkan kumpulan yg sama selama ni. Main dengan term memang mengelirukan. xkisahlah kita nak dilabel apapun, asalkan kita ikut jalan yg lurus, bersandarkan ilmu dari quran dan sunnah.

    Saya xtau term2 ni, tapi saya cuba tulis apa yg saya faham (atau yg saya faham salah).

    Mungkin isu ni jadi bertambah rumit jika kita perceive term tu as noun, not as a verb. It is a process. Ada sebahagian mula sebagai radikal, kemudian berubah. Ada yg bermula dengan tasawwuf, kemudian berubah lagi. Ilmu bertambah (bagi yg sentiasa perbaharui ilmu), pengalaman mengajar, the outcome & environment bagi hint ape yg perlu diperbaharui. Hati dan minda yg sihat senantiasa berkembang.

    Pada definisi tasawwuf saya, boleh jadi ilmu tasawwuf itu adalah feeling yg xdapat di record kan melalui tulisan & kata2 bila kita membaca quran atau hadith. Dengan ilmu yg kita terima melalui quran & sunnah, kita cuba untuk internalize it dalam hati kita, sebelum diterjemahkan kepada perbuatan luaran untuk deal dengan dunia. Untuk mendapatkan hati yg tenang dan tenteram itu, ia perlu kepada usaha individu.Ia mungkin berbeza laluannya bagi individu yg berbeza. Bila ilmu xdilandaskan pada quran dan sunnah, muncul bid’ah untuk top up usaha untuk dapatkan ketenangan hati tu. Contoh lain seperti sabar, tawakkal, bersyukur,iman, redha, kasih sayang, etc…belajar perkataan itu mudah, tapi kita perlu melalui stage itu baru kita memahami maksud perkataan tersebut. Bila kite memahami term2 yg berat ni, mungkin baru kita mampu menghayati lagi perasaan rasulullah saw semasa kita pelajari hidup baginda. Bagaimana hebatnya kurniaan allah kepada hati rasulullah saw, mampu menampung emosi yg sangat luas.

    Bukankah berbeza muslim dan mukmin. Masa diperlukan untuk muslim di upgrade menjadi mukmin.

    Pendapat peribadi mentah saya yg ke-2.
    Ilmu tasawwuf ini mungkin ada kredit buat org melayu, kerana kebiasaannya org melayu berjiwa lembut. Islam meraikan budaya kan, selagi ianya x bertentangan dengan ajaran Islam. Tapi, bila nilai2 budaya yg baik itu dirasakan tiada dalam silibus sunnah, ianya perlu ditolak. Maka, gerakan ini mungkin ada ruang yg lompang. Rasulullah saw menjadi nabi pada usia 40 tahun. 40 tahun diperlukan untuk build the character. Bila wahyu diberikan, Rasulullah saw masih org yg sama. Yg berbeza adalah apa yg dibawa. Cumanya, walaupun sebelum wahyu diterima, Rasulullah saw adalah org yg agak berbeza berbanding org keliling baginda. Perwatakan dan pendirian baginda.

  19. Ustaz jangan kecil hati, orang yang tidak pernah bertarikat dan bertasawwuf tidak akan memahami dan menghargai apa rahsia dan kelazatan yang ditawarkan dalam perjalanan ini. Saya telah hampir 15 tahun bertasawwuf, dan saya sangat2 bersyukur kerana Allah membukakan jalan ini kepada saya.

  20. Ustaz, saya mencari buku ini namun ada yang memaklumkan buku ini di ban oleh Malaysia

    boleh ustaz cadangkan di mana boleh saya beli kitab ini?

    terima kasih ustaz

    *ustaz, terima kasih atas tulisan artikel KMS Laskar Pelangiku

    saya kini salah seorang parent KMS

    terima aksih ustaz :’)

  21. Terbaek ust… Ilmu yg best utk diperolahi…

  22. Banyak yang saya pelajari dari artikel dan komen-komen diatas. Dimanakah boleh saya dapatkan buku ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.