Antara NAS dan INSAN

Jurang budaya di dalam masyarakat kita semakin melebar.

Jika diambil negeri Selangor sahaja pun, kita sudah cukup terasa betapa jauhnya beza keperluan dan kemahuan Muslim yang berada di Tanjung Karang dan Sungai Besar, dengan mereka yang berada di Subang dan Damansara. Perbezaan itu lebih terasa apabila kita mendekati mereka dengan DAKWAH, yang menuntut kita agar tepat dalam menyampai (AL-HIKMAH).

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk [Al-Nahl 16:125]

Kerana itu, kekhuatiran kita terhadap penolakan masyarakat terhadap Islam, andai tidak sampai ke tahap Murtad sekali pun, bukan hanya sebagai kesan maksiat dan propaganda musuh seperti yang selesa kita halakan, tetapi juga oleh penafsiran Islam yang salah.

Salah bukan hanya pada kesalahan memahami NAS, tetapi juga pada kesalahan memahami INSAN.

Membaca buku Kassim Ahmad “Mencari Jalan Pulang” memberikan petunjuk kepada saya bahawa apa yang dikatakan anti Hadith itu, adalah hakikatnya skeptis terhadap keadilan perawi-perawi hadith, yang bermula daripada kekecewaannya terhadap agamawan di sekitar kehidupan seorang anak muda bernama Kassim Ahmad.

Religious Skepticism memerlukan rawatan empati, bukan konfrontasi!

HASRIZAL
43000 BSP

 

 

Check Also

Wahabikah Aku?

Tempat ke-40 Wahabi di Malaysia, Hasrizal Abdul Jamil. Pernahkah anda mendapat senarai berkenaan? Senarai itu …

One comment

  1. Mohd Rosdi Bin Husain

    Apa pendapat ustaz tentang buku dr.kasim Ahmad “hadis satu penilaian semula”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.