Senang Masuk Susah Keluar

image

Tiba-tiba ada insan yang saya kenal, menjadi pengeluar produk kesihatan.

Tiba-tiba mengungguli jenama tertentu berkaitan barangan atau perkhidmatan yang tidak dapat saya kaitkan latar belakangnya, dengan apa yang diniagakan.

Mungkinkah hanya di Malaysia?

Meneliti peraturan yang diletakkan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat, saya terfikir berapakah wang yang dilaburkan untuk memenuhi tuntutan sebelum, semasa dan selepas produksi, untuk mematuhi peraturan ketat yang dikenakan sebelum sesuatu boleh dijual di pasaran.

Di negara kita lain ceritanya.

Cerita produk-produk Islamik yang memenuhi pasaran kita.

Apabila peniaga mahu mengeluarkan produk dan servis berjenama Islam, mereka sangat pantas mengeluarkannya. Makanan, tidak melalui prosedur yang ketat, ubat-ubatan penyembuh 1001 penyakit, apatah lagi. Demikian juga buku-buku, modul-modul berjenama sensitif, belum pun modulnya diuji sejauh mana ia sihat dan sahih, sudah dilontar ke pasaran.

Belum pun sempat disemak, sudah melekat dalam emosi pengguna akan khasiat dan kelebihannya.

Tetapi apabila dikesan ada penyakit yang berbahaya pada produk dan servis tersebut, sungguh banyak protokol sivil dan agama yang mesti dipatuhi untuk menegur dan membetulkannya.

Itulah yang saya rasa semasa mengkritik buku dan modul-modul latihan berjenama Islam di pasaran semasa.

Sila lakukannya secara tertutup!

Face to face!

Mohon bentangkan kajian lengkap!

Apa alternatifnya?

Masha Allah…

Hingga timbul persoalan, kita sebenarnya sayang atau tidak agama kita ini? Teringat saya perumpamaan yang Imam al-Ghazzali berikan di dalam Kitab al-Ihya’ tentang manusia yang cintakan dunia… hingga semasa sakaratul maut pun, masih sempat terkilan kerana ada baju baru yang dibeli, belum sempat dipakai!

Pentingnya bisnes, wang dan keperluan-keperluan duniawi kita.

Tetapi ada masanya, ia seperti sungguh ‘sial’ hingga kelabu perjalanan hidup mencari redha-Nya.

Bantulah kami ya Allah!

HASRIZAL @ 43000 BSP

 

Check Also

Wahabikah Aku?

Tempat ke-40 Wahabi di Malaysia, Hasrizal Abdul Jamil. Pernahkah anda mendapat senarai berkenaan? Senarai itu …

7 comments

  1. Isu ini sudah lama tetapi dibiarkan seolah-olah ianya ‘halal’ sehingga ada yang menegurnya. Sama juga seperti isu ‘air jampi’ yang heboh diperkatakan di media sebulan lepas.

    Sekiranya isu ini diketengahkan oleh pihak yang lebih berautoriti, saya pasti akan ditubuhkan panel untuk menilai novel atau modul tersebut…

  2. memang perangai manusia. semua nak segera.
    dulu skim cepat kaya.
    kemudian mlm (pun cepat kaya).
    kemudian mlm yang automatik.
    dll…
    dan semua-semua ini bertambah laku kalau ada ‘pak ostad’ yang jadi tukang promot.

    kadang-kadang orang tudingkan kesalahan ni kepada datuk-datuk kita dulu yang hantar anak yang corot dalam kelas ke bidang agama. kononnya ustaz-ustaz di madrasah ada kuasa magis untuk didik anak-anak mereka yang bermasalah menjadi ustaz juga. WAllahuA’lam…

  3. assalamualaikum ustaz. u read my mind. dah lama saya terfikirkan benda nie. memang berlambak di pasaran produk2 yg dijual atas nama agama ni. rasa macam di salah guna plak.

  4. astagfirullah ustaz… tak baik cakap sial! jgn biarkan emosi menguasai diri hingga meninggalkan akhlak yg diajarkan oleh rasulullah…

    • Di dalam artikel berkenaan saya tulis ‘sial’ dan bukannya sial. Di dalam kurungan itu memberi makna yang besar dan ia bukan celaan atau maki hamun.

      ‘Sial’ itu ialah pemahaman kepada benda buruk yang merebak dan berpindah randah. Disebut عدوى di dalam hadith Nabi sallallaahu alayhi wa sallam. Moga ia dibaca dengan nada saya sebagai penulisnya, bukan selain saya yang boleh jadi amat pelbagai

  5. alangkan ustaz yang sudah ‘bertapak’ pun teguran masih dipertikaikan.

    sabarlah ustaz. yang mempertikai tu sebenarnya bukan betul2 nakkan hujah ilmiah. mereka cuma nak legakan hati yang tak boleh terima kebenaran.

    semoga batu yang menghalang ni tak buat ustaz tersembam jatuh, sebaliknya melompat naik lebih tinggi dengan izinNya. amin 🙂

    (saya berminat dengan artikel ustaz tentang sejarah kemajuan eropah tu…apa tajuknya tak ingat. Alhamdulillah ustaz dikurniakan daya pemahaman yang sangat baik. saya harap ustaz dapat luangkan masa untuk meneliti peranan sufi dalam perjalanan tamadun Islam. saya sedang memerhati tentang ini dari dalam thariqah sufi di Mesir, tapi masih tak dapat menilai dengan baik sebab banyak yang saya tak tahu tentang sejarah tamadun manusia, muslimin khususnya..
    JazaakAllahu khairan jazaa’)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share