Ramadan Bulan Mengasah Gergaji

asahgergaji

Ramadhan ini adalah bulan mengasah gergaji.

Gergaji yang tumpul kerana terlalu banyak mengasah. ‘Pengasah’ juga perlu diasah untuk kebaikan bersama.

Mengasah gergaji untuk penceramah agak berbeza situasinya. Bulan mengasah, penceramah dikehendaki mengasah orang lain, ketika dirinya mungkin semakin tumpul hasil kerja setahun. Dilema ini menuntut para penceramah, memilih satu antara dua. Lebih-lebih lagi jika di Lembah Kelang, ceramah satu jam ertinya empat jam komitmen. Persiapan, kesesakan lalu lintas, bunga perbualan sebelum dan selepas ceramah… panjang kisahnya.

ULAMAK SILAM

Teringat kita kepada perilaku al-Imam al-Zuhri yang meninggalkan aktiviti pengajian Hadith beliau di bulan Ramadhan, untuk memfokuskan kepada pembacaan al-Quran. Begitu juga perihalnya dengan Sufyan al-Thauri yang meninggalkan semua aktiviti yang lain untuk membaca al-Quran.

Kesemua ini adalah proses sharpen the saw, yang dilakukan sebagai Sunnatullah di sebalik Syariatullah untuk ISTIQAMAH. Bahkan, izinkan saya memetik kata John F. Kennedy, bahawa “time to repare the roof is when the sun is shining!

“Sediakan payung sebelum hujan”, kata orang tua-tua kita.

Jadikan Ramadhan sebagai bulan mencari bekal untuk 11 bulan yang berikutnya.

Buat penceramah, jangan lelah hingga lalai mengasah.

Selamat menghidupkan malam-malam Ramadhan.

HASRIZAL @ www.saifulislam.com
43000 BSP
#transformasiramadan

 

Check Also

Day #1: Ramadan Vlog From Oulu Finland

60 SHARES Share on Facebook Tweet Follow us Share

One comment

  1. baru baca artikel ustaz yang ni, terima kasih ustaz..jadikan Ramadhan kali ni seakan pengecas untuk terus kuat pada bulan2 lain 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.