Bercutilah Wahai Cikgu. Bercutilah!

20121110-124349.jpg

Artikel ini ditulis pada tahun 2012. Apabila sampai musim cuti persekolahan, artikel ini kembali meningkat jumlah pembacanya. Saya mempersilakan sahabat yang berkunjung ke halaman ini, khususnya para guru, untuk memanfaatkan ‘extended blog’ saya dalam pendidikan di hasrizal.com Saya kini (2014) bertugas sebagai Academic Director di Khalifah Model School (Secondary)

“Pening kepala emak. Macam-macam benda nak gantung” kata emak.

Saya bersila mengadap emak yang sedang menggunting kad Manila.

“Apa yang Rizal boleh tolong?” saya bertanya.

“Tolong lipat baju!” jawab emak.

Aduhai. Saya berminat mahu menolong kerja sekolah emak. Rupa-rupanya pertolongan saya lebih bermakna kalau saya tolong buat benda yang paling saya tidak suka. Melipat kain.

Semasa kerajaan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), emak sangat tertekan. Selepas dua puluh tahun mengajar, tiba-tiba cara emak mengajar perlu berubah. Emak perlu sediakan pelbagai alat bantuan mengajar.

Buat carta.

Buat poster.

Menggunting surat khabar.

Pelbagai kraftangan.

Benda-benda baru bagi emak.

Kena pula, emak jenis orang yang apabila buat sesuatu, mesti perfect. ‘Type A’.

“Tulis cantik-cantik pun, bukannya Guru Besar nak bagi naik pangkat. Buat setakat nak pakai dalam kelas, cukuplah!” abah menegur.

Geram melihat emak begitu tekun menyiapkan Buku Persediaan Mengajar. Tulisan kemas, pen Reynolds tiga warna, emak menghabiskan banyak masa di dalam bilik menyiapkan tugasannya.

Untuk esok.

Esok.

Dan esok yang seterusnya.

Rutin emak yang saya ingat, emak bangun seawal jam 5 pagi, memasukkan kain ke mesin basuh, memasak sarapan untuk kami dan menyediakan bekal untuk saya yang masih bersekolah rendah. Abang-abang semua sudah berdikari. Kemudian, emak sidai pakaian dan bersama abah bertolak ke sekolah sebelum matahari terbit, dan abah meneruskan perjalanan ke pejabat.

Ada tahun yang saya bersekolah sesi petang, saya tinggal sendirian di rumah. Jam 11 saya akan makan nasi sendiri, kemaskan rumah, sorok kunci bawah pasu bunga dan pergi sekolah apabila van Ah Seng sampai.

Hari emak sebagai guru memang sibuk.

Tetapi pada musim cuti persekolahan, emak selalunya ada di rumah. Tanpa program istimewa pun, melihat emak tidak terkejar-kejar, pagi dapat ke pasar, mengubah susunan pasu bunga, basuh kain jam 8 dan mula memasak jam 11, melihat kelibat emak di rumah semasa cuti sekolah, sudah amat menggembirakan.

Sesekali saya akan pujuk emak buat karipap dan donat.

Oleh kerana emak sudah mula menjadi guru semenjak di usia 16 tahun, perubahan kepada KBSR itu menjadi agak keterlaluan untuk emak. Kemuncaknya, siling kelas emak runtuh! Banyak sangat kad Manila bergantung bersama ketulan batu mengelak tiupan angin.

“Puas hati!” kata emak.

Antara geram dan lucu.

Pada usia 45 tahun emak bersara.

Pergi Haji dengan abah.

Abah meninggal dunia.

Letih emak bersambung semula, dalam dunia yang berbeza pula.

CUTI SEKOLAH BERMULA

Hari ini cuti persekolahan sudah bermula.

Selain mengucapkan selamat bercuti buat murid-murid dan selamat tidak perlu menghantar anak ke sekolah buat ibu bapa, saya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para guru atas jasa sumbangan kalian mendidik anak-anak kami sepanjang tahun ini. Kami sangat menghargai.

Sempena cuti sekolah ini saya harap guru-guru paksalah diri untuk bercuti.

Paksa!

Saya tahu ia susah. Hari ini pun mungkin cikgu-cikgu masih di sekolah.

Tiba masa untuk para cikgu menikmati keluarga sendiri, anak-anak sendiri, rehat, tenangkan hati dan fikiran. Jangan fikirkan anak-anak kami sepanjang cuti ini dan berkenaan pihak atasan, berbijaksanalah dalam usaha untuk bercuti.

Cikgu-cikgu cuti ye…

Mulakan tahun hadapan dengan penuh kesegaran!

HASRIZAL
43000 BSP

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

27 comments

  1. saya pun anak cikgu ustaz. Ramai kata jadi cikgu ni mudah. Tapi bila melihat kepayahan mak ayah sendiri, baru kita sedar. Jadi cikgu tidak mudah, bahkan penuh dengan kepayahan dan pengorbanan 🙂

  2. Mohd Dzulhuzmi Nasruddin

    Semoga guru-guru di Malaysia peroleh semangat yang tinggi untuk mendidik anak bangsa setelah bercuti nanti.

    Dulu, pernah bercita2 untuk jadi guru masa form 3. Sekarang sesat ke bidang lain pula. Hehehe

  3. siti rahimah abdul rahim

    Hanya Jauhari mengenali …… kepada yang suka mencari silap “cikgu”.. henti-hentikanlah…

  4. Cuti sekolah adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Dalam kepala dah tersusun agenda bukan memberi ilmu kepada anak murid tetapi mencari ilmu dunia dan akhirat untuk diri sendiri. Guru kena tambah nilai. Tahun 2013 pasti akan lebih semangat dan bertenaga untuk dikongsi bersama rakan dan anak didik.

  5. rogayah hashim

    Harap2 cuti sekolah ini guru2 dan ibubapa muhasabahkan diri dan membuat penambah baikkan nilai utk kebaikkan generasi muda yg penuh dgn cabaran…mereka ibarat kain putih yang memerlukan pencorakkan yg telus dan mulus agar dapat berlayar hingga ke destinasi .Lakarkanlah graf penambah baikkan diri dari tahun ke tahun…Insya-Allah Allah akan membuka jalan untuk kebaikkan dan kecemerlangan…SELAMAT BERCUTI CIKGU….

  6. kita yg cegu2 ni, kalau dah terbiasa sibuk…memanjang, masa cuti pun rasa2nya tidak dapat duduk diam. ada2 saja yg mahu dibuat. sekejap belek buku, sekejap belek laptop…menyelesaikan apa yang tertinggal ataupun menambah2 untuk persediaan tahun depan.apa2pun, sebagai cegu, saya sangat memahami bebanan rakan cegu yang lain. marilah sama2 berusaha agar semuanya terlaksana dan berjalan dgn sempurna. hal orang lain yang mengata kerjaya guru tu, biarkanlah mereka…andai kata mereka juga seorang guru, tahulah mereka bebanan kerja seorg cegu…

  7. Salam. Saya seorang guru. Terharu dengan ustaz yang memahami guru. Biasanya orang akan menyindir mengatakan kerja guru ini mudah, kerja sampai pukul 2, cuti hampir dua bulan.

  8. Sy pun anak cikgu, kedua ibu bapa adalah guru dan sy juga seorng guru.. Bapa sudah bsara daripada dunia pendidikan….Keperitan seorng guru sempat juga sy rasai, kerana skrng sy beralih arah ke pjabat mcari pengalaman baru. Pelbgai rintihan dan keluhan sy dengar dari guru2 ttg plbgi perubahan dlm pendidikan. Ibu sy tidak tkcuali, namun berusaha mengikut arus gelombang pendidikan terutamanya bkaitan IT. Daripada sorng yg x berapa pandai mggunakan komputer dan aplikasi yg ada mjadi sorng yg agak mahir wpun dlm istilah tpaksa. Sentiasa mjadi pilihan di sekolah mgajar murid tahun 1 walhal sudah ramai guru yg bkmahiran. Spnjg perskeolahan sentiasa bz dgn tugasan, fail RPH, BBM dan mcm2 lagi. Kdg2 rumah mcm pejabat, ttapi tidak apa,,, kami anak2 bbangga dgnnya. Rasanya membawa ibu bcuti adalah satu cara kita mbawanya berehat, musim cuti sekolah sy akan cari masa utk bjalan2/mlancong bsama mrka wpun kdg2 bgaduh dgn atas utk mmohon cuti. Sy sanggup x cuti pd hari2 lain utk dikumpulkan sms cuti cuti sekolah. Itulah tanda syng sy kpd ibiu, juga bekas guru darjah 1 sy suatu ketika dahulu. Mudah2n lbh ramai lagi guru dilahirkan spt ini… 37 tahun dlm pkhidmatan,…. mhabiskan sisa2 …3 tahun lagi.

  9. Mariyani Malek

    Saya amat setuju dengan pandangan ustaz. Cikgu juga perlukan rehat untuk meningkatkan motivasi bekerja. Memilih karier guru ketika ini perlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Justeru berehatlah cikgu.

  10. Assalamualaikum ustaz,

    Emak ustaz sama dgn mak saya. Mula jadi cikgu umur 15-16 tahun dan bila KBSR diperkenalkan mak saya pun jadi stress pasal kena buat banyak ABM (Alat Bantu Mengajar). Saya dan adik seronok tolong emak saya kaler2 kad manila etc etc etc..

    Tapi bila cuti sekolah mmg seronok sebab mak ada kat rumah!! Selalu bila sekolah petang, saya pun tinggal sendiri dan kunci pintu sendiri. And also ada tempat rahsia simpan kunci 🙂

    Saya selalu baca blog ustaz tapi first time tinggal komen pasal our experiences are very similar MashaAllah 🙂

  11. Assalamualaikum.
    Sambil-sambil key in band-band dalam sistem online pbs,sempat juga kami guru-guru menulis di sini dan juga di laman-laman yang lain.Maybe atau akan tiba masanya guru-guru bekerja seperti orang opis iaitu 9 jam.Apabila semua sekolah satu sesi.Ada juga kebaikannya. Antaranya mudah-mudahan guru tak perlu lagi bawak balik kerja di rumah.Terus settlekan di sekolah dalam tempoh masa yang panjang.
    *Tak boleh nak cuti lagi,coz lepas siap key in nak kena kemaskini macam-macam jenis fail.

    Wassalam

  12. saadatul abadiyyah

    Terimakasih ustaz kerana memahami tugas seorang guru. Kepada semua guru ikhlaslah bekerja kerana Allah SWT. Insya Allah ketenangan akan sentiasa bersama kita walau apa cabaran dan masalah yang dihadapi.

  13. “perubahan kepada KBSR itu menjadi agak keterlaluan untuk emak. Kemuncaknya, siling kelas emak runtuh! Banyak sangat kad Manila bergantung bersama ketulan batu mengelak tiupan angin.”

    tergelak besar saya baca bahagian ini. memang kelakar campur geram.memang puas hati.

    terima kasih ustaz. tak ramai yang benar2 menghargai warga guru.

  14. If only all Malaysians think just like you ustaz. Cuma cikgu yang tau betapa tak cutinya cuti sekolah bagi seorang guru. Seronok baca tulisan ustaz yang ini 🙂

  15. Bertepatan sekali…memang nak sangat bawa anak2 bercuti, lupakan kejap dunia sekolah tu..tapi setakat 2 minggu cuti sekolah bermula, masih lagi bergelumang dengan kerja kerja sekolah..siap ngangkut anak-anak lagi..hehehehhe.. Maybe minggu depan bila jadual waktu dan buku panduan guru 2013 dah siap..

  16. salam ustaz. sangat terharu dengan tulisan ustaz ni. mak saya pesara guru dan hamdulillah sekarang saya pula yg ikut jejak langkah mak. dunia kbsr mak dah lepas, kini kssr pula yang menekan. Sebab tu kami sekeluarga menyokong emak bersara. kssr bukan dunia emak.

    cuti sekolah sebenarnya cikgu2 tak bercuti, sebab kebanyakan mereka sedang memperkasa tugas dakwah. banyak gerak kerja dakwah di malaysia ni tulang belakangnya ialah cikgu-cikgu. cuma, cikgu-cikgu memilih untuk berdiam diri bila orang cakap cikgu cuti sekolah makan gaji.

    sebab yang mengganjari pahala, hanya Allah taala. Jzzk ustaz!

  17. faridatul akma

    Tugas2 guru ni mmg x prnah habis..kdg2 overlapping lg..pahit manis,suka duka, tawa air mata memang menjadi asam garam dlm perjuangan mendidik anak bangsa..tapi saya suka menjadi guru..sekurang-kurang ada ilmu yg sentiasa mengalir dimanfaatkan oleh anak didik ketika saya tiada di dunia ini lagi..insya Allah..

  18. membaca entry n komen2 di sini, saya jadi menyesal pula duk saje2 waktu cuti..
    Yeah, even the best can be improved!! Sy nak buat perancangan utk prestasi yg lbh baik thn depan!! Syukran everyone. Mg dipermudahkan Allah!!!

  19. Terharunya baca. walaupun dah habis cuti. Hanya Jauhari mengenal……. Semoga saya dapat merefreshkan niat kembali berjuang ke sekolah 😉

  20. hampir sama dgn realiti yg saya lihat pada mak saya setiap hari..dan beban itu semakin bertambah bila dilaksanakan pula kssr..kadang2 pukul 3 pagi dh bgn dan berjaga smpai siang. saya yg melihat pun dh terasa letihnya. sebab itu bila ade manusia2 yg kate kerja cikgu ni senang, saya sangat2 sakit hati sbb saya saksi pengorbanan mak saya sebagai guru..terima kasih cikgu!

  21. saya bangga menyambung rantaian dakwah Rasulullah dengan bakal menjadi seorang guru..insya Allah…

  22. Betul tu… haa camnie ler… simple and steady.
    .. walaupun simple tapi artikel berisi .. tahniah admin :
    )

  23. assalamualaikum ustaz, saya selalau membaca blog ustaz ini secara silent reader.

    Terima kasih ustaz kerana menghargai seorang guru. Subhanallah. pengalaman kita hampir sama. saya memang rasa mcm terabai bila ayah dah jadi dan ibu dari awal subuh hingga lepas magrib dunia mereka sibuk di sekolah.tp paling seronok bila lihat ibu membuat persiapan bahan bantu mengajar kbsr. kad manilakad ibu digantung di kelas. kdg2 ibu beli lebih kad untuk rumah kami dan ibu utk kami pula sebab saya yg minta. Ibu gantung dan tampal di bilik kami dah macam tadika bilik kami masa tu. 🙂

    masa di seko rendah bila time cuti sekolah, ibu pun sibuk dgn upsr. kadang2 kami kena ikut ayah ke kelasnya di sek men.sambil jaga adik2 di luar kelas, (kakilima tepi kelas) aljhamdulillah secara tak langsung saya dapat ‘ilmu’ matematik dan sains advence dari umur saya.
    slpas kssr diperkenalkan dan teknologi komputer menjadi satu yg ‘wajib’ saya dan adik2 pula bertungkus lumus membantu ibu memasukkan markah anak2 muridnya dalam pbs bila kami cuti sem.klu kami takde ibu akan call kami tanya cara nak buka internet. masa utk keluarga dan dirinya seakan tiada.kasihan ibu….lalu kami minta ibu pencen awal walaupun sebenrnya ibu sgt cintakan bidang ini.

    saya ingin menjadi doktor tetapi ibu saya tetap mahu saya menjadi sepertinya meskipun dia tahu macam mana kerjanya. apapun saya bersyukur saya menjadi srti saya kini. Alhamdulillah.

  24. Terima kasih ustaz. Masih ada bukan cikgu yang memahami kerja cikgu dan mahu menulis tentangnya. Syukur..

    -Isteri Cikgu.

  25. Assalamualaikum ustaz. Di KMSS kami dipaksa cuti. DIPAKSA. Ikutkan hati banyak lagi tugasan belum selesai dengan harapan buka sekolah nanti dapat beri yang lebih baik untuk pelajar dan sekolah, namun keluarga dan diri tetap perlu perhatian dan diri perlu berehat kerana guru yang burnout would do no good to the school.

    Maka, bercutilah saya seminggu ini. 🙂 Selamat bercuti buat yang bercuti!

  26. Assalamulakum..Juga serg guru, tapi bertugas dari 8 pagi hingga 5 ptg..Gembira mendidik pelajar hingga jadi pelajar beradab dan berakhlak….aminnn

  27. Ayah saya adalah seorang pencinta ilmu

    pada usia 61 ayah masih gigih melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD

    Ayahlah guru saya

    dan ayah tak pernah bercuti sepanjang hayat

    di amna saja ayah pergi

    ayah menjadi guru kepda semua orang

    saya mendoakan agar ALLAH memanjangkan usia ayah

    dan menunaikan segala impian dan cita2 ayah

    amiiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.