Pendidikan Perlu Melahirkan Manusia Mukallaf

fakedegreeSource: http://mereja.com/forum/viewtopic.php?t=92946

Mungkinkah punca masyarakat kita mudah tertipu adalah didorong oleh kurangnya sifat berdikari di dalam memotivasi diri, menguruskan perkembangan diri dan pembelajaran?

Selama 6 tahun kita bergantung kepada ibu bapa.

Kemudian masuk sahaja alam persekolahan, kita tidak dilatih untuk ‘take charge‘ ke atas pembelajaran diri. Bukan sahaja kerana kebanyakannya disuap oleh guru, malah jenis keperluan pembelajaran kita pun rendah hingga boleh terisi sekadar dengan suapan guru berkenaan. Hanya meminta fakta dan yang cemerlang ialah yang menghafal dan kemudian cukup dengan memahaminya. Kebolehan menganalisis, mengapikasinya dalam konteks pelbagai dan seterusnya mencipta, mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu, tidak tercapai. Keperluannya pun tidak disungguhkan.

Rekabentuk pembelajaran yang ada tidak mendidik kita untuk mengenal kelemahan dan kekuatan diri, kemudian dididik untuk menguruskannya serta mengatur strategi macam mana untuk berjaya. 11 tahun pendidikan sekolah tidak menjadikan kita ‘self regulated learner’. Kita tidak jadi mukallaf, iaitu identiti asas agama yang melambangkan kesempurnaan perkembangan potensi diri kita.

Kesannya mungkin meleret hingga ke alam dewasa. Sentiasa memerlukan dorongan luar (extrinsic) untuk melakukan sesuatu.

Motivasi dengan dorongan perkataan ala kadar pun boleh ‘menyedarkan’ kita dan kerananya ‘akhirnya kita berjaya’. Lalu yang mendorong kita itu menjadi sifu, diangkat sebagai pakar.

Walhal apa yang disarankan itu adalah amat asas yang sepatutnya seorang ‘self regulated learner‘ boleh fikir dan buat sendiri. Ramailah lahir di dalam masyarakat ‘pakar-pakar’ yang memimpin kita ke arah kejayaan, sedangkan kita sebenarnya mensesiakan kebolehan diri yang telah pun Allah berikan kepada kita semua. Dan lebih menyedihkan, ia bukan akibat kemahuan kita sendiri.

Suasana mudahnya masyarakat terpesona dengan kata-kata, bertukar menjadi peluang.

Duit, duit dan duit.

Jika ada sesuatu yang baik, salurkan ia kepada memperbaiki sistem pendidikan. Bukan buat duit atas kelemahan yang dibiarkan berpanjangan. Yang terbaik, sepatutnya berada di sekolah. Bukan membiarkan sekolah dan pendidikan sentiasa perlukan dorongan tambahan dari luar. Di negara-negara yang sistem pendidikannya baik, ‘kursus motivasi’ hampir tidak wujud dan janggal untuk wujud.

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download

Kata Zimmerman:

“What defines them as “self-regulated” is not their reliance on socially isolated methods of learning, but rather their personal initiative, perseverance, and adoptive skill. Self-regulated students focus on how they activate, alter, and sustain specific learning practices in social as well as solitary contexts. In an era when these essential qualities for lifelong learning are distressingly absent in many students, teaching self-regulated learning processes is especially relevant.” (Zimmerman, 2002)

Model self regulated learning Zimmerman bukanlah yang sempurna. Saya sekadar mendatangkannya sebagai satu contoh.

Hasrizal Abdul Jamil
LET, Oulun Yliopisto.
Suomi.

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

5 comments

  1. Saya sudah baca novel saudara yang berjudul rindu bau pohon tin saya nak tanya apa best novel tu sebab sy tak dapat hiburan serta tidak menarik minat saya tapi saya dipaksa baca

    • Saudari tidak sepatutnya membenarkan sesiapa memaksa saudari membaca apa-apa. Membaca al-Quran pun jika secara dipaksa, tiada apa kemanisannya. Tiada buku ditulis untuk menjadikan membaca secara terpaksa sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

  2. Abdul Majeed Zulkipli

    Salam ustaz. Saya sekarang tengah melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam bidang psikologi pendidikan. Membaca tulisan ustaz, terasa ingin bekerjasama dengan ustaz. Moga ada kesempatan itu nanti, insya Allah.

  3. Sepemahaman saya self-disicpline baru terbentuk manakala seseorang sudah menyadari visi hidupnya. Benarkah hal ini pak?

  4. Saya setuju. Laszlo Bock melalui bukunya Work Rules mencadangkan bahawa latihan untuk staf dan pekerja sebaiknya dijalankan oleh staf/pekerja sendiri dengan kita memanfaatkan kemahiran dan ilmu yang ada disekitar kita. Saya pun semenjak baca buku itu sudah tidak calonkan diri saya untuk kursus luaran kerana staf/pekerja syarikat adalah guru yang terbaik sesama kita.

    Konsep yang sama boleh diaplikasikan di sekolah dengan unsur-unsur dalam latihan motivasi boleh sahaja diserapkan dalam masa 5-10 minit setiap subjek pembelajaran formal kelas. Kenapa perlu belanjakan duit untuk mengambil tenaga pengajar luaran padahal guru sekolah adalah sumber motivasi terbaik bagi para pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.