Pemansuhan UPSR Perlu Menjadi Natijah Perubahan Paradigma Pendidikan

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download

[capaian asal berita]

Hasrat memansuhkan UPSR memerlukan anjakan paradigma dalam berfikir tentang pendidikan, dan bukan bertindak secara reaktif.

Ini bukan kali pertama UPSR mahu dimansuhkan. Sebelum ini hajat yang sama sudah diusulkan. Majlis Perbincangan Meja Bulat Pemansuhan UPSR dan PMR telah berlangsung di Putra Jaya pada 27 Julai 2010 yang lalu telah menghimpunkan ramai tokoh pendidikan, ahli politik, ahli akademik IPTA dan IPTS serta NGO. Laporan awal menyatakan majoriti mereka yang hadir ke Majlis Perbincangan Meja Bulat itu mahu UPSR dan PMR dikekalkan tetapi dengan penambah baikan.

“Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang hadir mahu UPSR dan PMR dikekalkan, tetapi kerajaan memperbaiki segala kelemahan termasuk meningkatkan kualiti guru,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom, selepas mempengerusikan Majlis Perbincangan Meja Bulat Kementerian Pelajaran.

Pemansuhan UPSR tidak berlaku. Malah lahir pula UPSR format baru dalam bentuk yang kompleks.

Mansuh UPSR
Persepi sesetengah masyarakat yang menganggap ‘A’ itu semata-mata sebagai kayu ukur kualiti seseorang murid perlu diubah. – Foto Astro AWANI

Untuk memansuhkan UPSR, saya berpandangan ia boleh dilakukan jika:

  1. Pendidikan dilihat sebagai hak asasi manusia, bukan kelebihan dan keistimewaan. Maka pendidikan dan murid-murid dijaga, dilindungi dan dijauhkan daripada kepentingan yang menjejaskan hal ini. Kepentingan murid-murid dan pembelajaran diletakkan di keutamaan tertinggi mengatasi kepentingan ahli politik, birokrat dan ahli perniagaan.
  2. Adanya kepercayaan yang tinggi terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran. Jika semua pihak yakin dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pelajar tidak perlu dinilai terutamanya dengan penilaian formatif dan berpusat secara kerap.
  3. Kepercayaan bermula dengan memberikan kuasa autonomi kepada sekolah untuk mengolah keutamaan dalam pembelajaran dan pengajaran mengikut keadaan masing-masing. Guru besar dan guru-guru dihormati dan diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas mereka secara profesional. Jika ada yang tidak kena, ia boleh lahir dalam bentuk aduan, yang diambil perhatian serta tindakan. Kurangkan penaziran dan laporan-laporan prestasi yang tidak berguna.
  4. Mengubah orientasi SBP dan MRSM agar menjadi institusi pendidikan yang mengutamakan pelajar yang kurang berkemampuan tetapi perlu disokong secara logistik dan prasarana untuk berjaya. Bukan institusi elit untuk golongan terpilih berdasarkan kriteria yang tidak munasabah.
  5. Mengambil langkah perubahan ini kerana meyakini bahawa ia adalah apa yang sepatutnya, dan bukan semata-mata reaksi kepada keputusan UPSR 2016 atau tekanan daripada ibu bapa dan yang seumpama dengannya.

Perkara 3 boleh dilaksanakan dalam bentuk memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menentukan reka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar sekolah masing-masing tanpa UPSR. Pelan mikro tidak perlu diselaraskan secara berpusat. Hanya garis panduan umum bersifat dasar sahaja yang wajar dikeluarkan oleh Kementerian.

Seperti kata Henry A. Giroux di dalam bukunya, On Critical Pedagogy:

“… Critical pedagogy becomes a project that stresses the need for teachers and students to actively transform knowledge rather than simply consume it.”

 

Ini adalah pandangan sederhana saya, sebagai seorang guru yang masih belajar untuk memahami sains pembelajaran. Jika benda-benda di atas ini payah untuk dilakukan, jangan mengalah. Mulakan daripada sesuatu kepada sesuatu.

Pendidikan adalah satu rangkaian model yang sistemik.

Tampal menampal jarang membantu.

Hasrizal Abdul Jamil
Learning, Education and Technology,
Oulu, Finland.

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

3 comments

  1. Saya juga bersetuju apabila suatu ketika dahulu apabila KSSR mula diperkenalkan dikhabarkan UPSR bakal dimansuhkan. Saya tidak tahu apa yg berlaku dikalangan pihak yang terlibat dalam perbincangan di peringkat kementerian, tetapi memang terlalu ramai dikalangan ibu bapa yang menentang usul itu dengan mempersoalkan segala persoalan that they could think of termasuklah skepticism mereka terhadap penilaian yang bakal di buat oleh guru2 yang kononnya akan pilih kasih jika PBS dilaksanakan sepenuhnya.
    i
    Walaubagaimanapun, bila diputuskan yang UPSR bakal diteruskan (malah sebelum itu lagi iaitu sejak mula KSSR diperkenalkan) saya mengambil langkah proaktif dengan bersama2 membantu anak – anak membuat kerja rumah (jika ada masalah) dan apabila ujian atau peperiksaan penggal selesai, saya akan go through semua kertas mereka.

    Dipendekkan cerita, saya sebenarnya sangat gembira dengan pendekatan serta perubahan yang diambil. Sebenarnya soalan2 hanya diubah dari bentuk objektif kepada bentuk subjektif, bentuk padankan, isi tempat kosong dan jika bentuk esei pun, banyak diberikan perkataan2 untuk membantu anak2 dalam mengarang.

    Soalan KBAT yang dihebohkan tidak lebih daripada menduga akal anak anak dengan peristiwa di sekeliling kita, mereka hanya perlu menjadi seorang yang observent serta berani/ konfiden dalam meluahkan idea.
    Contoh soalan sains anak saya yang saya masih ingat yang berbunyi lebih kurang:
    (Ada gambar rajah makanan di atas meja) Apakah yang akan berlaku jika ia dibiarkan untuk beberapa hari (saya tak ingat berapa). Jawapannya, makanan itu akan basi.
    Diikuti dengan soalan: Apakah langkah yang boleh dilakukan bagi mengelak perkara di atas dari berlaku?
    Antara jawapan yang boleh diterima: Simpan makanan tersebut di dalam peti sejuk.
    Soalan ini adalah soalan peringkat darjah 6, tetapi malangnya, kata anak saya, tak ramai boleh menjawab soalan ini.

    Saya risau ini adalah natijah budaya latih tubi yang diamalkan sebelum ini yang tidak kena tempat, sehinggakan jika soalan yang di tanya tidak pernah dilihat sebelum ini, murid langsung buntu untuk berfikir. Jika cara lama, semua boleh di luah macam robot, tetapi tidak kali ini.

    • Berdasarkan soalan sains yang sama ini juga, saya rasa mungkin jika ia berbentuk objektif, mungkin ada yang boleh bulatkan jawapan “peti sejuk” tersebut. Tetapi kurangnya keyakinan, mungkin penyebab ramai yang tidak boleh atau tidak yakin apabila memerlukan ia dijawab secara subjektif.

      Apa pun bentuk soalan diberikan, jika pelajar betul2 faham, jawapannya tetap yang sama.

      Saya pesan kepada adik beradik saya, jika mahu anak2 mereka mudah melusuri soalan2 KBAT ini, kita perlu rajin berborak dengan anak-anak dalam apa-apa hal pun. Sentiasa luangkan masa untuk melayan persoalan mereka meskipun tidak ada kaitan dengan pelajaran sekolah pun.
      Ini dapat merangsang mereka untuk berfikir secara kritis dan membina keyakinan diri kerana persoalan2 mereka diraikan.
      Bukannya dengan cara mematikan soalan seperti : Ah, dah memang macam tu.
      Lebih parah lagi, kita putar belit. Seperti jika di tanya : ” Kenapa daun tu hijau mama?” Nanti dijawab: “Dia hijau sebab tak merah!”.

      Itu belum lagi:” Nanti nanti lah tanya mama… Mama penat ni”.

    • Terima kasih ibu.

      Ada dua perkara yang sangat menolong pendidikan anak-anak; Ibu bapa ambil berat, kemudian sentiasa menambah ilmu dan kefahaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.