3 Jam Mencanai Idea Pendidikan Bersama Roger Osorio

Anda boleh mengikuti perkongsian Roger Osorio di https://www.rogerosoriolearning.com/

Banyak masalah yang wujud di dalam pendidikan hari ini, adalah berkaitan dengan pembelajaran.

Ia adalah komponen penting di dalam pendidikan, melebihi persoalan mengajar, dan pentadbiran pendidikan, walaupun semuanya saling memerlukan lagi melengkapkan satu sama lain.

Justeru, saya rasa banyak ilmu teras yang dipelajari di Finland ini berguna untuk membantu saya memahami pembelajaran. Apa sebenarnya yang berlaku di dalam diri individu pelajar, semasa beliau belajar? Kognitifnya, metakognitif, motivasi, emosi, bagaimana pula ia mempengaruhi dan dipengaruhi faktor sosial, persekitaran, dan sebagainya.

Salah satu modul utama di dalam pembelajaran kali ini adalah self-regulated learning (SRL) atau di dalam bahasa Melayunya, pembelajaran aturan kendiri.

Ada beberapa idea di dalam fikiran saya bagaimana SRL ini boleh dimanfaatkan sebagai solusi dalam bentuk konsep, konsultansi, aplikasi web, aplikasi telefon pintar, hasil daripada mengasah serba sedikit pengetahuan itu di dalam pelbagai projek selama berada di Finland.

Cabaran saya ialah, saya selalu teruja dengan penyelesaian.

Sedangkan di dalam teori Disruptive Innovation oleh Clayton M Christensen, ia memerlukan saya untuk lebih fokus kepada masalah dan proses. Kursus-kursus design thinking di Oulu juga, sering menghalakan saya ke orientasi yang sama. Sedikit sebanyak, ia membantu saya mengawal kekuatan dan kelemahan diri agar tersalur dengan baik, apabila memikirkan solusi kepada satu-satu masalah yang diajukan kepada saya.

Hari ini, saya mendaftarkan diri untuk mengikuti bengkel intensif 3 jam bersama seorang coach pembelajaran daripada Techstars Startup Weekend dan IBM, iaitu Roger Osorio. Tema bengkel ini ialah  How to Take Ideas from Concept to Creation. Perancangan asal saya ialah saya mahu memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada kursus ini bagi mencanai idea-idea yang sarat di dalam kepala ini, secara senyap-senyap. Tetapi di awal kursus, Roger bertanya siapakah di kalangan kami yang mempunyai idea untuk dibentang? Idea yang baik, mungkin akan digunakan sebagai kes kajian di dalam kumpulan-kumpulan yang dibentuk nanti.

Saya sudah belajar membuang rasa malu.

Tanpa berlengah, saya mengangkat tangan.

Selain saya, ada empat orang lagi yang mengangkat tangan, bersama. Ertinya jika semua pembentangan kami diterima, ada lima kes yang akan diagih-agihkan kepada lima kumpulan. Dalam tempoh 60 saat, saya pitch idea saya di hadapan hadirin, mungkin dalam bentuk yang amat hodoh, tetapi tidak mengapa asalkan mesej difahami dan sampai.

Idea saya disambut baik oleh Roger dan hadirin. Ia terpilih untuk dibengkelkan.

Tiga lagi peserta dimasukkan ke kumpulan saya, dan kami telah menggunakan langkah-langkah menukar idea kepada hasil yang Roger kemukakan di dalam program ini.

Hak cipta https://rogerosorio.wordpress.com/2017/12/02/how-to-take-ideas-from-concept-to-creation/

Bayangkan, dalam tempoh segera, saya diberikan 4 orang pelajar sarjana pelbagai bidang, untuk mencanai idea saya hingga berhasil diperlihatkan hasilnya. Pasukan saya juga sangat bermurah hati memberi pelbagai pandangan, saranan, kritikan.  Saya rasa sangat bertuah sebab saya memang mahu menjadikan idea ini sebagai satu produk akan datang, dengan berfikir sama ada secara domestik mahu pun global.

Selepas dua jam, idea saya menjadi lebih jelas dan kukuh.

Kawan-kawan telah memberikan kepada saya nota kami semua. Kata mereka, “kalau berjaya dan kaya nanti, jangan lupakan kami!”

Malu pula saya, sebab saya tidak ingat nama-nama mereka.

Salah satu perkara utama yang disentuh oleh Roger Osorio semalam adalah idea Disruptive Innovation oleh Christensen itu. Ia adalah idea yang sangat teras di dalam enterpreneurship, inovasi dan startups. Pembentangan Roger mengingatkan saya kepada buku Disrupting Class: How Disruptive Innovation Will Change the Way the World Learns hasil penulis yang sama. Ada lima idea teras yang dikupas di dalam buku ini, untuk kita jayakan transformasi pendidikan:

  1. Few reforms have addressed the root cause of students’ inability to learn. And most attempts have not been guided by an understanding of the root reasons why the system functions as it does or how to predictably introduce innovation into it. Without this guidance, we’ve been destined to struggle. This also means, however, that we now have an opportunity for great progress.
  2. School reformers have repeatedly tried to bash the system and confront it head-on. A major lesson from our studies of innovation is that disruptive innovation does not take root through a direct attack on the existing system. Instead, it must go around and underneath the system. This is how disruption drives affordability, accessibility, capability, and responsiveness.
  3. If we acknowledge that all children learn differently, then the way schooling is currently arranged—in a monolithic batch-mode system where all students are taught the same things on the same day in the same way—won’t ever allow us to educate children in customized ways. We need a modular system.
  4. Some of the places with the highest potential to circumvent the system and create a new, modular education system that facilitates customization are the emerging online facilitated networks—the equivalent of the autonomous business unit we describe in Chapter 9. When the decision-making process for what is adopted in schools is centralized, as it currently is, there are so many powerful political and other forces at play that change and customization are nearly impossible. But facilitated networks will democratize development and purchase decisions to the end users in the system—students, parents, and teachers. Smart people will do smart things if we just enable them to do so.
  5. Finally, to the extent that administrators and school leaders want to implement these changes, they have to use the tools of power and separation. Using these tools is easiest in the chartered and private school sectors. This means that school committees and government officials need to view themselves as not being responsible for the specific schools that exist in their jurisdictions; rather, they are responsible for educating the children in those areas. Systemic reform requires a systemic view—one that includes all schools. If indeed the charter for educators is to eliminate poverty by leaving no child behind, the homes in which children’s fundamental learning capacities are forged are critical as well.
[Christensen, Clayton M.. Disrupting Class, Expanded Edition: How Disruptive Innovation Will Change the Way the World Learns (pp. 243-244). McGraw-Hill Education. Kindle Edition.]

Umur saya sudah 43 tahun ini.

Terasa bagai ingin menahan jam, agar jangan terlalu pantas mengheret saya ke usia senja.

Masih banyak yang ingin saya lakukan.

Moga Allah bantu.

HASRIZAL
Oulu, FI

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.