Implikasi Perubahan Paradigma Pendidikan Kepada Pembelajaran

Semasa Seminar ‘Sekolah Masa Hadapan: Inspirasi Dari Finland’ yang diadakan di DBP semalam, salah satu topik yang saya jadikan sebagai headline ialah anjakan paradigma pendidikan yang dahulunya memfokuskan kepada pengajaran dan isi kandungan pengajaran (teaching and content) kepada pembelajaran. Hal ini terjadi bukan hanya di peringkat kajian akademik di universiti, tetapi turut turun membumi hingga ke aplikasi di bilik darjah. 

Di dalam sains pembelajaran, teknologi semasa menambahkan semangat penyelidik untuk mengukur pelbagai domain di dalam pembelajaran. Sesuatu yang selama ini bersifat abstrak seperti emosi, kognitif, motivasi, kini cuba diukur dengan menggunakan peranti pengukur suhu kulit, eye tracking, FMRI dan sebagainya. Walaupun saya secara peribadi kadang-kadang berasa bahawa ia seperti overtasking sciences, tetapi asasnya ialah fokus penyelidikan kini tertumpu kepada learning process dan learner.

Di Finland sendiri, dahulunya kualiti pendidikan di sekolah dipercayai tidak akan dapat diperbaiki kecuali dengan meningkatkan kualiti guru dan kemahiran mereka mengajar. Tetapi pada masa kini, tumpuan beralih kepada proses pembelajaran, maka peranan guru juga berpindah daripada kemahiran isi kandungan serta kemahiran pedagogi subjek, kepada kemahiran merekabentuk pembelajaran dan membolehkan pembelajaran terjadi.

Pembelajaran terjadi di dalam individu murid.

Apabila cikgu mengajar, tidak semestinya pembelajaran terjadi.

Cikgu mengajar, murid belum tentu belajar.

Kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru adalah untuk mengenal pasti murid belajar atau tidak, apa yang menyebabkan mereka belajar dan apa yang menghalang mereka daripada pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengenal pasti hal ini membolehkan murid beroleh peluang untuk belajar, dengan cara yang pelbagai. Sebuah bilik darjah yang positif meletakkan guru ‘mengajar’ mengikut cara murid belajar, dan bukannnya murid belajar mengikut cara guru mengajar.

There are many different ways of learning; teaching is only one of them. We learn a great deal on our own, in independent study or play. We learn a great deal interacting with others informally—sharing what we are learning with others and vice versa. We learn a great deal by doing, through trial and error. Long before there were schools as we know them, there was apprenticeship—learning how to do something by trying it under the guidance of one who knows how.

For example, one can learn more architecture by having to design and build one’s own house than by taking any number of courses on the subject.

When physicians are asked whether they learned more in classes or during their internship, without exception they answer, “Internship.”

In the educational process, students should be offered a wide variety of ways to learn, among which they could choose or with which they could experiment. They do not have to learn different things the same way. They should learn at a very early stage of “schooling” that learning how to learn is largely their responsibility—with the help they seek but that is not imposed on them.

The objective of education is learning, not teaching.

SOURCE: Turning Learning Right Side Up Putting Education Back on Track by Russell L. Ackoff Daniel Greenberg

Berikut adalah maklum balas daripada peserta berkenaan persoalan berpindahnya fokus pendidikan daripada pengajaran kepada pembelajaran:

Made with Padlet

Oleh kerana pendidikan itu sistemik, akar-akarnya  tertanam kukuh di dalam budaya. Membuat perubahan tidak semudah menukar langsir, kata mudah sesetengah orang. Budaya itu sendiri harus diperincikan agar dapat dikenal pasti bahagian mana yang memerlukan anjakan. Untuk kejadian di bilik darjah, budaya pedagogi (pedagogical culture) memerlukan semakan, pembetulan dan penambah baikan. Biar pun kajian-kajian akademik sudah membentangkan data dan pembuktian untuk menyokong bahawa satu amalan ini lebih baik daripada amalan yang lain, perubahan akan mencabar ikatan emosi seorang pendidik terhadap kebiasaan dan zon selesanya. Jika selama ini pembelajaran secara menukar tidak tahu kepada tahu sudah ‘diiktiraf’ sebagai bagus dan mencapai objektif pembelajaran, mengubah pendekatan kepada kebolehan menganalisis dan mencerakin melalui pembelajaran kolaboratif yang digerakkan oleh pelajar mungkin dirasakan membeban, malah mengada-ngada.

Demikian juga dengan budaya operasi.

Sejak sekian lama, inilah caranya kita menaksir, merekod, melapor, memantau dan mengagih, cara lain untuk melakukannya akan mengundang persoalan, “kenapa nak ubah?”

Kerana itu, transformasi pendidikan memerlukan penyataan masalah (problem statement) yang kukuh dan jelas, bahawa ini masalahnya, ini keperluannya, dan kita memerlukan perubahan untuk menyelesaikan dan mengisi keperluan tersebut.

Apakah ia?

Sebahagian peserta berkongsi pandangan mereka:

Made with Padlet

Hasrizal
Kuala Lumpur

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.