Mengembara, Usaha Melapangkan Jiwa dan Pemikiran

Baru-baru ini, saya telah dikunjungi oleh sekumpulan pelajar Malaysia yang menuntut di Turki. Mereka mewakili Jejak Europe untuk meninjau Finland dan kawasan Lapland, terutamanya dalam pemburuan Northern Light, atau aurora.

SIRI 1

Kata-kata aluan 0:04

Pengalaman mengembara 0:26

Jangan kahwin awal sangat 0:35

Motif mengembara 1:03

Peluang berinteraksi 2:19

Jangan terikut-ikut 3:34

SIRI 2

Mengembara memang boleh membantu menjadikan pemikiran kita lebih dinamik dan terbuka, tetapi ia berbalik kepada bagaimana keupayaan pemikiran seseorang memproses pengalaman yang ditempuhnya. Jika pemikiran bermasalah, bermusafir pun boleh menjadikan seseorang itu lebih taksub. Malah tinggal di luar negara pun boleh menjadikan pemikiran sangat tertutup apabila antara integrasi, asimilasi dan memencilkan diri, seseorang itu memilih untuk isolate, memencilkan diri daripada dunia sekitarnya. Semasa bermusafir, kita akan melatih keberagamaan kita, misalnya di dalam aspek menentukan halal atau tidaknya makanan. Bagaimana?

SIRI 3

Di dalam siri 3 ini, kami menyentuh tentang topik bagaimana fiqh yang dipelajari di dalam kitab memerlukan hikmah untuk menghubungkannya dengan pengalaman sebenar yang berlaku semasa kita mengembara. Di situ perlu ada keterbukaan untuk memahami bagaimana pelbagai kelompok Muslim di lokaliti berbeza mempunyai penafsiran yang berbeza-beza dalam keberagamaan mereka. Kisah menjamak qasarkan solat semasa bermusafir ke Mekah menunaikan Haji. Kisah kekeliruan di masjid Turki semasa bermusafir di sana.

SIRI 4

Di dalam siri keempat ini, kami berbual mengenai strategi untuk mengembara di Finland, terutamanya berkaitan dengan alat pengangkutan.

Finnair https://www.finnair.com/fi/gb/

Norwegian Air https://www.norwegian.com/en/

Keretapi VR https://www.vr.fi/cs/vr/en/frontpage

Onnibus https://www.onnibus.com/home

Bas Matkahuolto https://matkahuolto.fi/en/

Caravan https://www.karavaanarit.fi/caravanni…

Perbelanjaan di negara-negara Eropah Utara ini agak mahal. Justeru perancangan kewangan perlu teliti dan bijak.

SIRI 5

Di dalam siri kelima ini kami berbual mengenai alam semulajadi Finland, dan beberapa ‘adab’ yang seharusnya dihormati dan dipelihara apabila berinteraksi dengan persekitaran semasa berada di Finland. Pada musim panas, walaupun berries dan cendawan tumbuh liar melata di banyak tempat, kita perlulah mengutip berries berkenaan secara yang munasabah, tidak berlebih-lebihan dan mengambil sekadar keperluan kita sahaja. Ia mengingatkan kita kepada ciri seorang Khalifah iaitu menjaga alam sekitar agar berkenaan baik, bersih dan indah, diredhai Allah.

SIRI 6

Di dalam siri keenam ini, saya kongsikan bersama kru Jejak Europe mengenai komuniti Muslim di Oulu Finland, cabaran-cabaran yang dihadapi, dan bagaimana interaksi kami dengan penduduk tempatan. Masyarakat Finnish mempunyai social norm yang unik, dikenali sebagai JANTE LAW. Ia memberi kesan kepada bagaimana komuniti Muslim menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini.

These are the rules of Jante Law, the social norms one should apparently be aware of if one is planning a move to the north:

1. You shall not believe that you are someone.

2. You shall not believe that you are as good as we are.

3. You shall not believe that you are any wiser than we are.

4. You shall never indulge in the conceit of imagining that you are better than we are.

5. You shall not believe that you know more than we do.

6. You shall not believe that you are more important than we are.

7. You shall not believe that you are going to amount to anything.

8. You shall not laugh at us.

9. You shall not believe that anyone cares about you.

10. You shall not believe that you can teach us anything.

Reference: Booth, Michael. The Almost Nearly Perfect People . Picador. Kindle Edition.

Semoga bermanfaat buat semua.

Hasrizal
Oulu Finland

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.