Love Story (1970): Kalah Kepada Makna Mudah Sebuah Kehidupan

Kali terakhir saya dan isteri menonton filem bertemakan kisah cinta di pawagam adalah filem Eat Pray Love pada tahun 2010. Usai menontonnya, kami simpulkan bahawa zaman ini, adalah zaman yang sulit sekali bertemu dengan filem cinta yang bermakna.

Maka bermulalah, perbandingan, filem cinta manakah yang menjadi favourite kami? Jika filem favourite bersama, sudah tentu filem Notting Hill (1999). Bukan sahaja kerana filem itu memang filem yang berkualiti, saya sendiri pernah tinggal di kejiranan Notting Hill semasa bermastautin di London pada zaman filem itu dilakonkan. Isteri saya juga pernah singgah ke rumah sahabatnya di kejiranan yang sama. Kami sama-sama ada nostalgia sendiri di Notting Hill.

Tetapi secara peribadi, isteri saya ada filem cinta yang menjadi favourite beliau. Saya pula ada filem favourite sendiri.

Filem cinta pilihan saya ini karismanya seperti buku karya Amr ibn Uthman ibn Qanbar  atau lebih dikenali sebagai Sibaweih. Beliau menamakan bukunya sebagai BUKU, The Book, atau Al-Kitāb. Seolah-olah yang selain bukunya bukan buku. Bukunya mendefinisikan buku.

Itu khayalan saya semasa mengenang love story kegemaran yang bertajuk LOVE STORY. Sama ada sebagai sebuah filem, atau pun sebagai sebuah novel. Dan saya bukan seorang pembaca novel.

Love Story – Starring Ali MacGraw, Ryan O’Neal, John Marley, Ray Milland, and Tommy Lee Jones.
Release Date: December 16, 1970

Filem lakonan Ali MacGraw sebagai Jennifer “Jenny” Cavilleri dan Ryan O’Neal sebagai Oliver Barrett IV ini, adalah sebuah filem yang tidak bombastik pada jalan cerita, tiada computer-generated imagery (cgi) bagi menambah perisa. Ia adalah kisah cinta yang hanya menggunakan kekuatan perkataan di dalam dialog, bahasa tubuh, permainan emosi, tragedi yang menyayat hati… tidak perlu kepada menjerit atau meratap hiba.

Kisah antara dua darjat, kedegilan anak terhadap kebangsawanan bapa dan keluarganya, remuknya ego hanya dengan ungkapan di pintu pejabat, “thank you, father!”

Dialognya menggambarkan dua anak muda yang bijak, merepek tetapi classy, ‘roasting’ each other, sampai jatuh cinta. Jenny adalah pelajar muzik klasik di Radcliffe College, seorang anak pembuat roti berketurunan Itali. Manakala Oliver adalah pelajar Harvard College, yang cuba lari daripada bayangan kebangsawanan keluarganya yang amat berpengaruh di Harvard itu sendiri.

Cinta mereka bermula daripada dialog di perpustakaan Radcliffe College:

“Listen, I need that goddamn book.”
“Wouldja please watch your profanity, Preppie?”
“What makes you so sure I went to prep school?”
“You look stupid and rich,” she said, removing her glasses.
“You’re wrong,” I protested.
“I’m actually smart and poor.”
“Oh, no, Preppie. I’m smart and poor.” She was staring straight at me. Her eyes were brown. Okay, maybe I look rich, but I wouldn’t let some ’Cliffie—even one with pretty eyes—call me dumb.
“What the hell makes you so smart?” I asked.
“I wouldn’t go for coffee with you,” she answered.
“Listen—I wouldn’t ask you.”
“That,” she replied, “is what makes you stupid.”

ISU-ISU BERAT MENCELAH

Sejauh manakah cinta bijak pandai ini berakhir dengan kisah indah living happily forever ever after?

Ia bukan sekadar kisah cinta. Ia juga menyelitkan isu Phil, ayah Jenny (lakonan John Marley) yang merestui hubungan cinta anaknya dengan Oliver, tetapi terpaku dengan pilihan hidup anak-anak yang pandai itu, untuk menolak agama, malah menolak Tuhan, mana-mana Tuhan. Ia terlalu ekstrim untuk seorang ayah dari gereja Katholik untuk menerimanya. Tetapi Phil ‘akur’ dengan penegasan Jenny bahawa ‘zaman sudah berubah’.

Biar pun zaman telah berubah, bagi Phil, hubungan tegang antara Oliver dengan bapanya,  Oliver Barrett III lakonan Ray Milland, sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima. Walau macam mana sekali pun sikap si ayah yang mengongkong dengan etika kebangsawanan, dan harapan untuk anaknya mengambil jurusan undang-undang di Harvard School of Law serta menjadi peguam seperti dirinya… bagi Phil, ia tetap merupakan kasih sayang seorang ayah, yang tidak patut seorang anak sia-siakan.

Keluarga Barrett yang kaya raya, berdepan dengan konflik hubungan kekeluargaan. Manakala keluarga Cavilleri daripada working class mementingkan hubungan kekeluargaan, dan menimbulkan ketegangan antara Jenny yang masih berusaha untuk memulihkan hubungan suaminya dengan ayah beliau.

Soal menolak agama dan Tuhan, menyebabkan Phil hadir ke majlis perkahwinan sekular anaknya dengan tanggapan sendiri, terus berpegang dengan pendirian agamanya dalam skop peribadi, dan akur dengan pilihan budak-budak pandai untuk public life mereka.

Ketika zaman berubah, dan anak-anak menentukan hala tuju hidup mereka sendiri, filem ini memaparkan bahawa hakikat kehidupan tidak pernah berubah. Jika agama dan tradisi tidak dapat mengawal pilihan Jenny dan Oliver, ‘hukum alam’ datang menampar keegoan semua yang degil dengan kemodenan semasa.

Kegagalan Jenny mendapat zuriat, membawa mereka membuat pemeriksaan kesihatan. Ketika itu, Jenny disahkan sakit dan nazak.

Jika selama ini, Jenny dan Oliver survive untuk membayar yuran pengajian Oliver di Harvard Law School, dan menolak pertolongan bapanya, kali ini Oliver terpaksa mengadap bapanya dalam bentuk yang singkat, ringkas, padat, tetap amat tajam dan melukakan hati sesiapa yang memahami mesej yang disampaikan. Penceritaan di novel, menggambarkan secara yang lebih mendalam:

He reached into his desk drawer and took out a checkbook bound in the same cordovan leather as the handle of his letter opener and the case for his scissors. He opened it slowly. Not to torture me, I don’t think, but to stall for time. To find things to say. Non-abrasive things.

He finished writing the check, tore it from the book and then held it out toward me. I was maybe a split second slow in realizing I should reach out my hand to meet his. So he got embarrassed (I think), withdrew his hand and placed the check on the edge of his desk. He looked at me now and nodded. His expression seemed to say, “There it is, son.” But all he really did was nod.

It’s not that I wanted to leave, either. It’s just that I myself couldn’t think of anything neutral to say. And we couldn’t just sit there, both of us willing to talk and yet unable even to look the other straight in the face.

I leaned over and picked up the check. Yes, it said five thousand dollars, signed Oliver Barrett III. It was already dry. I folded it carefully and put it into my shirt pocket as I rose and shuffled to the door. I should at least have said something to the effect that I knew that on my account very important Boston dignitaries (maybe even Washington) were cooling their heels in his outer office, and yet if we had more to say to one another I could even hang around your office, Father, and you would cancel your luncheon plans
and so forth.

I stood there with the door half open, and summoned the courage to look at him and say: “Thank you, Father.”

Segal, Erich. Love Story (Love Story series Book 1) (p. 125). Avon. Kindle Edition.

Engkau percaya kepada Tuhan atau menolak Tuhan, engkau benci atau cinta, engkau berbuat kebaikan atau kejahatan, akhirnya engkau tetap akan bertemu dengan sebuah kepastian, sebuah kematian.

Kekayaan, teknologi, cinta, dan kasih sayang tidak dapat menghalang sebuah kematian.

Jenny pergi selama-lamanya di dalam pelukan Oliver, yang masih keliru apakah ini kesudahannya sebuah cinta?

SAYANGNYA

Saya cuba mencari ulasan mengenai filem ini di internet. Sayangnya, hampir tidak ada generasi muda memberi ulasan yang baik terhadap filem dan novel ini. Ia membosankan, tidak masuk akal, cringy… kata mereka.

Keluarga saya tahu betapa saya bosan dengan filem Marvel, DC dan yang seumpama dengannya. Tertidur sampai berdengkur di panggung wayang, semasa anak menangis melihat kematian hero-hero pujaan mereka dengan petikan jari Thanos.

Saya bukan anti sains fiksyen. Tetapi dialog filem-filem sekarang pendek-pendek, bercakap sentiasa seperti terdesak hendak membuat orang kagum melalui sarcasm. Mungkin sebab itu, selepas Notting Hill dan Jerry McGuire, sukar sekali hendak ditemui filem cinta yang berkualiti. Sebab sebuah kisah cinta, tidak dapat dibentuk oleh teknologi. Melainkan ia perlu diukir oleh manusia yang masih benar-benar berperasaan.

Mungkin sekarang ini orang banyak cakap dan cakapnya merepek-repek. Manakala percakapan yang bernas, ringkas tetapi bermakna jadi kurang berharga.

Kalau hanya jauhari yang kenal manikam, manikam masih manikam, tetapi jauhari semakin sirna di zaman ini. Seperti ayam mematuk jagung di padang, ayam hanya mencari jagung. Apabila terpatuk berlian, ayam campak berlian ke tepi, kerana seleranya hanya kepada jagung, semata-mata.

Saya boleh tersenyum lebar kalau anak-anak saya ‘genuinely’ faham mengapa saya sangat menghargai cerita ini, seperti cerita Abang tahun 1981 dahulu.

HASRIZAL
Oulu Finland

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

2 comments

  1. Ni ustaz kene tengok drama jepun ni 😆 Meh saya cadangkan drama favorite evergreen saya ni; Bara No Nai Hanaya -flowershop without roses

    • Lupa pula nak bagi teaser hahaha

      Saya sangat terkesan dengan hubungan antara si ayah dengan anak perempuannya. Sangat matang dan penuh dengan nilai-nilai yang indah lah pendek kata.

      Tapi love story ni terjadi antara si ayah dengan seorang wanita yg dibayar oleh seorang direktor hospital atas sebab dendam di atas kematian anak perempuannya, tapi ada twist kat sini hahaha ustaz tengok lah sendiri. Nilai kemanusiaan tu yang best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.