Tenang Dengan Anak Murid, Tertekan Dengan Anak Sendiri; Kenapa?

Kenapa di sekolah, seorang guru yang penyabar boleh sabar dengan kerenah ratusan malah ribuan murid, manakala di rumah sendiri mudah menjadi tegang dengan anak-anak?

Salah satunya, adalah soal ‘expectations’. Guru itu ada objektif yang kecil-kecil dan ada time frame spesifik dengan anak murid. Tetapi dengan anak sendiri, expectations kita kabur, terlalu besar, hingga tidak jelas kita sebenarnya mahu anak kita jadi macam mana. Apa yang jelas ialah kita tidak mahu anak kita jadi macam mana. Lantas, kesalahan anak, lebih disedari berbanding sisi positifnya. Barangkali… antaranya.

Tetapi, saya cuba memahami melalui penjelasan sains, apa sebenarnya yang menyebabkan kita tenang atau tidak tenang semasa mengibubapakan anak-anak sendiri. Ia bersempena dengan pertanyaan kawan mengapa saya melakukan kerja sukarela bersama anak-anak pelarian di kem di Oulu Finland ini, sedangkan di rumah saya sudah ada empat orang anak dan tak cukup tangan.

Untuk menjawab soalan itu, saya pergi kepada meneliti huraian yang dikemukakan di dalam buku Brain-based Parenting : the Neuroscience of Caregiving for Healthy Attachment oleh Daniel A. Hughes dan Jonathan Baylin. p. cm. — (The Norton series on interpersonal neurobiology).

Kredit gambarajah vagus nerve: https://www.thecut.com/2019/05/i-now-suspect-the-vagus-nerve-is-the-key-to-well-being.html

Baca mengenai hubungan antara heart and brain (saya gunakan istilah bahasa Inggeris), peranan vagus nerve dalam parasympathetic dan sympathetic system dan ‘kebijaksanaan’ upper vagal system kita dalam mengimbangkan heart rate dengan pernafasan kita. Mungkin cliche bagi sesetengah orang, tetapi menarik nafas dalam-dalam, bernafas perlahan-lahan, membantu kita untuk bertenang.

PETIKAN BERKAITAN:

In particular, parenting rests upon the development of strong connections between our brains and our hearts. This brain–heart connection is based on a branch of a complicated, wandering nerve called the vagus nerve...

The upper vagal system connecting the heart and lungs to the brain is a more recently evolved system that only exists in mammals. This is the system that supports social interaction and makes it possible, neurologically, to connect deeply with other people rather than become defensive and attack or run from them. It is this upper vagal system that is essential to good parenting...

… Stephen Porges (2011), a neuroscientist who has devoted his career to understanding how humans are able to be such social creatures, calls this upper vagal system the “smart vagus” because it allows us to regulate our heart rate and our breathing very flexibly across a wide range of feelings without shifting fully into a defensive reaction. This is the system that enables a parent to stay grounded and emotionally “present” when the parent–child relationship becomes stressful or strained. The smart vagal system supports social engagement, connection, and mutual understanding by helping parents to stay in tune with a child’s experience and to keep their lids on even while their usually loving son is blowing his top...

… Parents with good vagal tone have larger windows of stress tolerance and a greater capacity to regulate strong emotions than parents with poor vagal tone…

Hughes, Daniel A.. Brain-Based Parenting: The Neuroscience of Caregiving for Healthy Attachment (Norton Series on Interpersonal Neurobiology) (p. 16). W. W. Norton & Company. Kindle Edition.

Bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 9 Oktober 2019 semalam, saya kongsikan video ini, sebagai peringatan buat diri saya sendiri, bahawa keupayaan parenting anak sendiri di rumah, dan mendidik murid di sekolah, banyak bergantung kepada kesihatan mental kita sebagai orang dewasa yang memikul amanah. Oleh itu, suami dan isteri, sokong menyokonglah antara satu sama lain dalam keibubapaan, walaupun mungkin berbeza pendekatan, kerana kesejahteraan kita sebagai orang dewasa, adalah kunci kesejahteraan diri anak-anak, dan anak murid seandainya kita cikgu.

Maka cikgu, sebelum masuk kelas, tarik nafas dalam-dalam, bertenang.

Saya juga, tarik nafas dalam-dalam dan bertenang.

Moga ada redha Allah di situ.

Kata Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam:

عَلِّمُوا و يَسِّرُوا ، عَلِّمُوا و يَسِّرُوا ، ثَلاثَ مرَّاتٍ ، و إذا غَضِبتَ فاسكُت مَرَّتينِ

“Ajarlah, dan permudahkan. Ajarlah, dan permudahkan, tiga kali. Dan jika kamu marah, maka diamlah dua kali daripadanya”

الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الأدب المفرد
الصفحة أو الرقم: 991 | خلاصة حكم المحدث : صحيح لغيره

Follow me on

Youtube: https://www.youtube.com/iamhasrizal
Instagram: https://www.instagram.com/iamhasrizal/
Facebook: https://www.facebook.com/hasrizalabduljamil/
Twitter: https://twitter.com/iamhasrizal
Linkedin: https://www.linkedin.com/in/hasrizal/
Blog: http://www.saifulislam.com
Edublog: http://hasrizal.com

Check Also

Fenomena Agamawan Berbahasa Kesat Dalam Ceramah

Persoalan ustaz-ustazah, orang-orang agama berbahasa kesat di meja ceramah bukan perkara baru. Apabila saya mengulasnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share