Sunday, February 2nd, 2025

ADHDkah Aku?

ADHD berlainan sedikit berbanding dengan dyslexia, tourette syndrome dan autism di dalam pengalaman bilik darjah kerana garis yang memisahkan di antara pelajar ADHD dengan pelajar yang ‘bermasalah’ adalah kabur.

Seorang ADHD mungkin lebih diingati sebagai pelajar yang malas, sering gagal memenuhi tugasan dan deadlines, seorang yang pelik semasa bersosial, sensitif dan berfikiran negatif, moody, kalau pun tidak hiperaktif dan sukar hendak fokus di dalam kelas.

Di dalam video ini saya kongsikan beberapa isu berkaitan ADHD di kalangan pelajar peringkat universiti yang dikenang sebagai pelajar yang gagal menyiapkan proposal, assignments, malah tesis, berkali-kali. Cemuhan dan kegagalan yang berulang kali memusnahkan keyakinan dirinya.

Tetapi dengan ilmu pengetahuan, dan mudah-mudahan sokongan, semua cabaran itu boleh diatasi, Insya-Allah.

Contoh capaian untuk membuat saringan awal terhadap diri sendiri bagi simptom ADHD boleh didapati di https://addtypetest.com/

Namun ia mestilah sekadar panduan, dan diagnosis selanjutnya serta langkah mengendalikannya mestilah dilakukan dengan mendapatkan bantuan profesional psychologist atau psychiatrist.

Rizal

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

Jatuh Orang Alim, Jatuhlah Alam

HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Skip to content