Aku bukan malas.
Bukan degil.
Bukan pelupa semata.
Aku hanyalah pelayar biasa
Di lautan minda yang sentiasa bergelora.
Fikiran berlari tanpa sempadan,
Sepantas cahaya, selaju masa.
Namun tubuh ini terperangkap lama
Dalam penjara waktu yang kaku dan hampa.
Mereka berkata: “Fokuslah.”
Tapi bagaimana caranya?
Fokus pada cermin yang telah retak,
Memantul bayangan seribu arah.
ADHD bukan kelemahan,
Tapi cara lain membaca dunia.
Bukan kurangnya perhatian,
Tapi tumpuan yang sukar dipindahkan,
Hingga aku tertinggal… dan akhirnya ditinggalkan.
Dalam ruang akademia aku berjuang,
Bukan kerana minat semata.
Tapi mencari formula dan jalan
Agar mereka sepertiku esok
Melangkah lebih terang, lebih tenang.
Aku cipta alat bantu sendiri,
AI, warna, struktur, dan suara dalam sunyi.
Kekuatan terbina dari dalam diri,
Dengan sokongan yang luhur di sekeliling diri.
Aku adalah suara yang pernah diam,
Kini bangkit perlahan menjadi saksi.
Bahawa ADHD bukan sekadar diagnosis,
Tapi dimensi hidup yang harus difahami,
Bukan diperlekeh atau dipadamkan lagi.
Jangan hukum aku dengan pandangan singkat,
Kerana di balik kekalutan yang tampak,
Ada dunia yang sedang aku bangunkan,
Dengan kasih, ilmu, dan seribu kemungkinan
Tags adhd album kembara jiwa
Check Also
Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah ‘Abasa
HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and …
Saifulislam.Com Pendidikan Jalan Islah