Friday, December 5th, 2025

Single (2025): Solidariti ADHD

Masa diam, duduk diam
Diam belajar, diam kerja
Kalau diam terlalu diam
Hingga terbang entah ke mana

Ada yang tidak kena

Masa aktif, kena aktif
Aktif belajar, aktif kerja
Kalau aktif terlebih aktif
Hingga hidup porak peranda

Ada yang tidak kena

Kita diam bila kena diam
Kita aktif bila kena aktif
Otak depan kepala kita
Kawal selia fungsi semua

Suruh diri mulakan segera
Suruh diri berhenti serta merta
Fungsi otak ramai manusia
Zahir yang sama seperti kita

Tetapi kita lain ceritanya
Kita ini lain takdirnya
Diam kita terlebih diam
Aktif kita sulitkan diam
Tika sendiri, tika di rumah, juga sekolah
Semasa kerja, tak kira mana-mana
Dari kecil, sampai dewasa

Sampai bila-bila

Hidup jadi tak tentu hala
Buat kerja selalu kecewa
Belajar payah, sulit kerjaya
Dikecam malas, dilabel lalai disiplin tiada

Sepanjang masa
Sepanjang usia

Kisah hidup kita-kita aja
Kita-kita yang lain dari biasa
Lima peratus penduduk dunia
Tiga peratus orang dewasa

Itulah ADHD
Sebahagian neurodiversiti
Lagu ini lagu solidariti
Jangan kalah jangan undur diri

About Hasrizal

An educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally rooted, his advocacy remains global, informed by his lived experiences and professional insights.

Check Also

Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah ‘Abasa

HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a career spanning leadership, innovation, and …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.