Anekdot Akademik

S-Fiqh di Kedah: Kertas Kerja Psikologi Dakwah Semasa

“Kami mahukan idea-idea segar tentang pemikiran Islam, dakwah, siasah dikongsi bersama warga Utara” jelas person in charge. Saya amat jarang berpeluang untuk berwacana di sebelah utara Semenanjung. Kali terakhir sebelumnya adalah di UUM, membicarakan tentang Cinta. Apabila Persatuan Profesional Muda Islam Kedah (PROMIS) menjemput saya berwacana di Kubang Pasu, Kedah, saya …

Read More »

“Saya Sahih Sebab Rujukan Saya Sahih!”

“Saya sahih sebab rujukan saya sahih!” “Kami membawa kebenaran untuk menentang kebatilan. Menyokong kami bererti menyokong kebenaran, menentang kami bererti menentang kebenaran!” Ini merupakan salah satu penyakit pemikiran yang membimbangkan kita. Terutamanya dalam trend kembali kepada Quran dan Sunnah, ramai yang ditimpa penyakit ini. “Oleh kerana alasan idea saya adalah …

Read More »

Gertakan Khidir Terhadap Musa: Dua Kali Sabar Demi Ilmu

“Sesungguhnya engkau tidak mempunyai keupayaan untuk menyabarkan diri supaya bersabar denganku!” kata Khidir alayhi al-Salam. Dua kali sabar. Bukan sekadar sabar. Tetapi menyabarkan diri untuk bersabar. Demikian ‘ugutan’ Khidir terhadap hasrat Musa ‘alayhi al-Salaam yang mahu mengikutinya bermusafir demi belajar dan mendapat AL-RUSHD! Petunjuk, yang membezakan antara hitam dan putih, …

Read More »

Quranist: Antara Isu Fakta dan Isu Metode

Ustaz Muhamad Rozaimi Ramle, seorang ilmuwan muda yang sedang menyempurnakan pengajian di peringkat PhD beliau di University of Jordan, berkongsi pandangan tentang pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh Encik Farouk A Peru di dalam artikelnya baru-baru ini. Saya mengambil manfaat yang banyak daripada perincian yang beliau kemukakan dalam artikel berkenaan. Membaca pandangan Ustaz Rozaimi …

Read More »

Maklum Balas Farouk A Peru Kepada Artikel Saya

Saya amat berbesar hati menerima maklum balas daripada Encik Farouk A Peru kepada artikel saya ‘Anti Hadith’: Loceng Amaran Kepada Ummah Pengabai Ilmu sebagaimana yang tersiar di dalam akhbar atas talian The Malaysian Insider di bawah tajuk  Respons kepada Hasrizal Abdul Jamil: Isu anti hadith – Farouk A Peru bertarikh 6 Mac 2014. …

Read More »

Memanfaatkan Karya Orientalis ‘Pro-Islam’ Untuk Dakwah Semasa

ABSTRAK Orientalisme sebagai sebuah bidang, difahami secara umumnya oleh umat Islam secara monolitik bahawa ia bertentangan dengan Islam. Pemahaman sebegini berlaku kesan berleluasanya Orientalisme sebagai alat penjajahan dan seterusnya propaganda yang menyebarkan Islamophobia. Persoalannya benarkah Orientalis dan Orientalisme sentiasa berpegang kepada satu motif dan satu pendekatan sedemikian rupa? Apakah tidak …

Read More »

‘Anti Hadith’: Loceng Amaran Kepada Ummah Pengabai Ilmu

Kita masih belum ‘selesai’ berbicara tentang Syiah. Tumpuan beralih pula kepada Anti Hadith. Isu demi isu, yang muncul dan menjadi perdebatan masyarakat, sepatutnya sudah cukup menyedarkan kita bahawa ada sebab, mengapa perintah Allah yang pertama bukan “berimanlah!”, bukan “sujudlah” dan bukan juga “sembahyanglah!” Perintah Allah yang pertama adalah “Bacalah!” [Al-‘Alaq …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share